Syarat Anak yang Diambil Boleh Tinggal Terus Bersama dengan Orang yang Mengambilnya

Syarat Anak yang Diambil Boleh Tinggal Terus Bersama dengan Orang yang Mengambilnya

Seperti mana dimaklumi, hukum mengambil anak terbuang adalah fardu kifayah kepada semua orang Islam apabila mereka menjumpainya tanpa sebarang syarat. Jika salah seorang penduduk mengambil anak itu, hukum fardu kifayah tidak lagi dikenakan kepada mereka semua.

Walau bagaimanapun, bagi membolehkan anak itu terus dijaga, ia perlu memenuhi empat syarat:

  1. Islam
    Anak yang terbuang tidak boleh dijaga oleh orang kafir kecuali jika anak itu dihukumkan sebagai orang kafir. Contohnya, apabila dapat diketahui melalui apa cara sekalipun, ibu bapa anak tersebut adalah orang kafir. Ketika itu, dibolehkan untuk mereka terus menjaga anak itu.
  2. Adil
    Anak yang terbuang tidak boleh terus dijaga oleh orang yang dikenali sebagai fasik. Dia mestilah diserahkan kepada individu yang dimaklumi keadilan dan amanahnya.
  3. Rusyd (Waras/Matang)
    Jika anak tersebut dijumpai oleh orang yang kurang matang seperti belum sampai umur, anak itu hendaklah diambil daripadanya. Begitu juga jika dia seorang yang tidak sempurna akan (safih) sedangkan sebelum ini dia waras. Ini sekiranya dia dihalang daripada membelanjakan hartanya. Anak itu tidak dibenarkan tinggal bersamanya.
  4. Bermukim
    Jika orang yang rnengarnbil anak itu ingin bermusafir bersamanya ke suatu tempat tertentu, anak ituy hendaklah diambil daripadanya. Ini kerana anak tersebut tidak selafilat daripada diperhambakan atau ditipu.

Walau bagaimanapun, dalam menjaga syarat-syarat di atas, keputusan membenarkan anak itu terus tinggal bersama orang yang menjumpainya atau tidak tertakluk kepada keputusan qadi atau hakim (pemerintah). Ini kerana pemerintah adalah Wali kepada mereka yang tidak mempunyai wali. Oleh itu pemerintah bertanggung jawab menentukan penjagaan anak t erbuang dan menjaga kepentingannya dalam masalah tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *