B. Jual beli yang Tidak Dibenarkan

B. Jual beli yang Tidak Dibenarkan

Terdapat beberapa bentuk jual beli yang tidak dibenarkan oleh syarak kerana sesuatu kecacatan atau kerana sesuatu perkara yang dikaitkan dengan jual beli tersebut. Jual beli yang tidak dibenarkan ini terdapat dalam dua jenis; iaitu jual beli yang tidak sah dan jual beli yang sah tetapi haram.

1.Jual beli yang Diharamkan dan Tidak Sah

Jual beli ini tidak dibenarkan oleh syarak kerana tidak memenuhi rukun-rukun atau syarat-syarat tertentu yang ditetapkan oleh syarak. Syarak telah menyenaraikan beberapa jenis jual beli yang tidak dibenarkan dan para fuqahak telah menetapkan jual beli ini sebagai tidak sah.

i. Menjual susu yang masih belum diperah atau bulu haiwan yang masih belum diketam atau buah-buahan yang masih belum masak.
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. katanya:
Rasulullah s.a.w. telah melarang menjual buah sehingga ia boleh dimakan atau bulu yang masih di badan atau susu yang masih di pundi susu atau keju yang masih dalam bentuk susu.

1 [Riwayat al-Daruqutni, Jual beli, no. 42]

Maksud keju yang masih dalam bentuk susu ialah susu itu masih belum diperam dan diproses.

Punca jual beli seperti ini tidak sah kerana Wujud ketidakpastian tentang barangan yang dijual. Buah-buahan yang masih belum masak tidak diketahui berapakah nilainya apabila telah masak, kerana mungkin wujud perbezaan nilai yang jauh. Demikian juga dengan susu yang masih dalam pundi susu. Bulu haiwan pula jika diketam sehingga ke pangkalnya akan membawa kemudaratan kepada haiwan tersebut. Oleh itu ia tidak dibenarkan. Jika dibiarkan sebahagiannya dengan tujuan tidak memudaratkan haiwan tersebut, jumlah yang ditinggalkan tidak diketahui pula. Semua ini terdedah kepada risiko dan ketidak pastian yang menyebabkan jual beli tersebut tidak sah.

Di sini kami ingin bincangkan secara lebih mendalam mengenai buah-buahan yang dijual sebelum masak kerana hari ini ramai orang yang terlibat dalam kesalahan ini.

Buah-buahan yang dijual sebelum masak (pajak)

Karni sebutkan istilah pajak dalam kurungan kerana pada hari ini ramai yang rnenamakan jualan seperti ini sebagai pajak. Nama ini tidak penting bagi kami kerana ia salah dalam apa jua keadaan. Apa yang penting ialah barangan yang djpajak iaitu buah-buahan tersebut dijual sebelum ia masak dan belum sesuai untuk dimakan. Malah ramai yang bertindak lebih jauh dengan membeli buah-buahan sebelum ia wujud atau dengan hanya berpandukan kepada putik atau bunga sahaja. Tindakan ini merupakan suatu kesalahan yang lebih besar yang menyebabkan jual beli ini tidak sah dan lebih besar dosanya kerana menjual barangan yang tidak wujud dan mungkin tidak akan wujud.

Dalam apa keadaan sekalipun, kami wajib memberikan penjelasan. Bagi mereka yang beriman dengan Allah Taala dan mempercayai kebenaran Rasulullah s.a.w., bagi mereka yang beriman bahawa mereka akan menghadap Allah pada hari yang tidak berguna segala harta dan anak kecuali mereka yang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera, mereka ini perlu dengar, akur dan tunduk kepada perintah syarak. Mereka sepatutnya tidak melakukan perkara yang dilarang walaupun merasakan perkara itu memberi keuntungan kepada mereka. Segala kemudaratan sebenarnya wujud dalam semua perbuatan yang bercanggah dengan perintah Allah Taala atau perintah Rasulullah s.a.w.

Menjual buah-buahan sebelum sampai tempoh matangnya selain kerana tidak mengetahui dengan jelas nilai buah-buahan tersebut, jual beli seperti ini juga mengandungi risiko yang besar. Ada kemungkinan wujud kerosakan akibat penyakit atau sebagainya yang mungkin menyebabkan pokok tersebut tidak mengeluarkan hasil. Dalam keadaan ini, pemilik pokok menerima sejumlah Wang tanpa sebarang timbal balas iaitu barangan jualan yang didakwa sebagai buah-buahan daripada pokoknya. Dengan ini pemilik ini telah menerima Wang orang lain dengan cara yang salah. Inilah yang dinyatakan dengan jelas oleh hadis Nabi s.a.w. apabila Baginda bersabda:

Apakah pandangan kamu, apabila Allah menahan buah-buahannya, maka dengan cara apakah seseorang kamu mahu mengambil harta saudaranya?

Dalam riwayat lain disebut:
Maka dengan cara apakah engkau mahu menghalalkan harta saudaramu?’

Dengan ini, menjual buah-buahan sebelum sampai tempoh matangnya adalah haram dan tidak sah. Larangan ini telah dinyatakan dengan jelas. Kedua-dua pihak iaitu penjual dan pembeli akan menanggung dosa

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a.:
Rasulullah s.a. w. tidak membenarkan jual beli buah-buahan kecuali setelah sampai tempoh matangnya. Baginda melarang penjual dan juga pembeli?

Hikmah di sebalik hukum ini jelas dalam realiti hari ini. Jarang sekali tidak berlaku pertelingkahan dan pergaduhan apabila dua pihak menjalankan urusniaga seperti ini. Iaitu apabila wujud pemajak dan penerima pajak (berdasarkan istilah hari ini). Sehingga ada kalanya kes ini membawa kepada pertumpahan darah. Inilah akibat mereka melanggar syariat Allah Azza wa Jalla dan menolak larangan Nabi s.a.w. serta hikmahnya.

Oleh itu, adalah lebih baik bagi orang-orang yang beriman malah seluruh manusia amnya untuk berpegang kepada syariat Allah supaya mereka dapat mengecapi kebahagiaan dan keharmonian hidup. Orang yang mengenepikan sesuatu hanya kerana Allah, nescaya Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik.

Jika buah-buahan tersebut dijual selepas tempoh matangnya dan nyata telah masak, jual beli tersebut dibenarkan. Ini disokong oleh hadis yang disebutkan tadi dan juga hadis-hadis lain yang akan dinyatakan nanti. Apabila wujud larangan menjual buah-buahan sebelum sampai tempoh matangnya, bermakna menjual buah-buahan tersebut selepas tempoh matang adalah dibenarkan.

Hikmah di sebaljk hukum ini adalah jelas. Biasanya, buah-buahan akan lebih terselamat daripada kerosakan dan kemusnahan selepas tempoh matang. Ini kerana buahnya lebih tahan dan bijinya lebih besar. Sebelum tempoh ini, buah-buahan akan muda


2 [Al-Bukhari, Jual beli, Bab menjual buah-buahan sebelum sampai tempoh matangnya, no. 2082. Muslim, Jual beli, Bab larangan menjual buah-buahan sebelum sampai tempoh matangnya, no. 1534.]

msak kerana ia masih tidak tahan dan bijinya masih kecil atuu
subagainya.
. Jika buah-buahan tersebut dijual selepas tempoh matang,
|‘>urnbeli berhak membiarkannya di atas pokok sehingga sampai
masa untuk dia memetiknya. Namun perkara ini perlu mengikut
umalan yang diguna pakai (uruf) di tempat itu. Kecuali jika penjual
mensyaratkan buah-buahan tersebut perlu dipetik serta-merta.
Kaedah bagi menentukan tempoh matang atau masak
Bagi buah-buahan yang bertukar warna, ia akan bertukar
kepada warna merah atau kuning atau timbul tanda-tanda
kematangannya.
Bagi buah-buahan yang tidak bertukar warna, akan timbul
tanda-tanda kematangannya dan timbul hasil yang dikehendaki
seperti rasa masam, manis, lembut atau sebagainya. .
Sebuah hadis menyebut:
$13»: $2 5‘ i~>”~’>*%.¢ai
j 1 0 ofl @ / / / 3
. J‘-4-03! j‘ )-09;; IJU
Baginda s.a.w. melarang dijual buah kurma sehingga jelas
warnanya. Ada yang berkata: “Apakah maksud jelas warna-
nya?”Baginda menjawab: ”Ia menjadi merah atau kuning. ”
Dalam hadis yang sama, disebut:
1; “/11,516:/fl,a:-/: 1,2: //./°,,: /.2: fl/
.\:g-‘.fJ§}g_j).1~4-v))Lo.>u J13 $6” Le)
Sehingga ia berubah warna. Lalu ada yang berkata: ‘1/lpakah

  • maksud ia berubah warna?”Baginda menjawab: “Ia menjadi
    rnerah, menjadi kuning dan boleh dimakan. ”’
    Namun demikian, buah-buahan yang belum masak masih boleh
    dijual dengan syarat ia mestilah dipetik dan boleh dimanfaatkan.
    Contohnya, anggur yang belum masak. Ini kerana faktor yang
    menghalang sesuatu jual beli iaitu risiko (gharar), ia tidak wujud
    di sini. Sebaliknya syarat yang dikenakan ke atas barangan yang
    dijual ialah mestilah barangan itu bermanfaat.
    1 [AI-Bukhari dan Muslim, Ibid]


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *