Golongan yang Tidak Dihijab dengan Hijab Pengharaman

Golongan yang Tidak Dihijab dengan Hijab Pengharaman

Terdapat enam golongan yang tidak akan dihijab dengan hijab pengharaman. Mereka ialah bapa, ibu, anak lelaki, anak perempuan, suami dan isteri.
Selain daripada mereka boleh dihijab dengan hijab pengharaman.

Siapakah yang Menerima Hijab Pengharaman?

Selain daripada enam golongan yang saya sebutkan tadi, pewaris-pewaris lain boleh dihijab.

1. Datuk, dihalang menerima pusaka sama sekali oleh bapa sama ada melalui fardh atau ‘ash0bah atau kedua-duanya sekali. Sebabnya, bapa lebih dekat dengan si mati berbanding datuk dan datuk dihubungkan dengan si mati melalui bapa. Sesiapa yang dihubungkan dengan si mati melalui perantara, maka ia terhalang dengan adanya perantara tersebut.

2. Nenek, sama ada sebelah bapa atau sebelah ibu. Ia dihalang oleh ibu. Nenek sebelah bapa juga dihalang oleh bapa kerana ia dihubungkan dengan si mati melalui bapa.

3. Nenek-nenek yang jauh sebelah bapa. Jika si mati mempunyai dua orang nenek yang berlainan daripada segi pihak dan hubungan; seorang daripada sebelah bapa dan seorang lagi daripada sebelah ibu, dan salah seorang daripada mereka lebih hampir dengan si mati; contohnya ibu kepada ibu (umm al-umm) dan ibu kepada ibu kepada bapa (umm umm al-ab). Ketika itu nenek sebelah ibu (ibu kepada ibu) menghijab nenek-nenek
yang jauh daripada sebelah bapa. Nenek daripada sebelah ibu memperoleh satu perenam (1/6) kerana dua sebab, dia lebih hampir dan datang daripada pihak ibu. Ini kerana ibu dianggap asal dan nenek-nenek adalah unjurannya.

Jika nenek daripada sebelah bapa yang lebih hampir dengan si mati berbanding nenek daripada sebelah ibu seperti ibu kepada bapa (umm al-ab) atau ibu kepada ibu kepada bapa (umm umm al-ab), dalam mazhab Syafie pendapat yang paling kuat (al-azhar) mengatakan ia tidak menghijab nenek sebelah ibu. Kedua-duanya berkongsi satu perenam (1/6). Ini kerana dalam kes ini bapa tidak menghijabnya apatah lagi nenek sebelah bapa.

Ar-Rahabi menyebut dalam nazamnya:

Jika yang hampir ialah sebelah ibu, ia menghijab sebelah bapa
dan ia memperoleh satu perenam.
Jika sebaliknya, ada dua pandangan
Dalam mazhab ini ada disebutkan
Menurut yang sahih, yang jauh tidak terhijab
Dan kebanyakan ulamak mazhab menyokongnya.

4. Anak kepada anak lelaki (Walad al-ibni). Anak-anak kepada anak lelaki sama ada lelaki atau perempuan akan dihijab oleh anak lelaki (al-ibnu) sama ada dia adalah bapa mereka atau bapa saudara sebelah bapa mereka. Ini kerana ia lebih hampir ataupun kerana ia adalah ’ashobah yang lebih hampir berbanding mereka. Ini adalah ijmak ulamak.

Begitu juga setiap anak kepada anak lelaki (walad al-ibni) akan menghijab mereka yang lebih jauh daripadanya. Sementara anak-anak perempuan kepada anak lelaki (banat al-ibni) pula akan terhijab sekiranya terdapat dua orang anak perempuan (bintain) kecuali jika ada anak lelaki kepada anak lelaki (ibnul ibni) yang menjadikan mereka ’ashobah, sama ada anak lelaki kepada anak lelaki (ibnul ibni) ini sama taraf dengan mereka atau lebih
rendah.

5. Semua adik beradik lelaki atau perempuan seibu sebapa, sebapa atau seibu akan dihijab jika terdapat:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *