Penyelewengan dan Adat Jahiliah

Penyelewengan dan Adat Jahiliah

Sesungguhnya manusia telah kembali semula ke zaman jahiliah. Kita mendapati sebahagian mereka yang tidak mempunyai anak pergi ke pusat penjagaan anak-anak terbuang dan anak-anak yatim. Mereka mengambilnya dan mendakwa sebagai anak mereka sendiri. Mereka mendaftarkan anak tersebut dalam sijil kelahiran sebagai anak mereka.

Dengan itu mereka melakukan maksiat kepada Allah. Mereka juga melakukan perkara yang sangat buruk yang dilarang oleh Allah s.w.t. iaitu menghalalkan perkara yang haram dan mengharamkan perkara yang halal. Mereka telah menyalahi ayat al-Quran yang jelas dan sunnah yang sahih yang rnengharam dan melarang seseorang menjadikan anak orang lain sebagai anaknya sendiri.

Malah tindakan mereka lebih dahsyat daripada tindakan orang-orang jahiliah kerana mereka telah mengisytiharkan anak tersebut adalah anak mereka sendiri, bukannya anak angkat. Dengan ini mereka memasukkan anak tersebut ke dalam bukan keluarganya yang sebenar. Anak tersebut bergaul dengan perempuan~perempuan using (ajnabi) di dalam keluarga tersebut dengan alasan mereka adalah mahrarnnya. Dia juga dilarang berkahwin dengan anak-anak perempuan keluarga tersebut dengan alasan yang sama, sedangkan sebenarnya mereka halal berkahwin. Mereka sepatutnya dilarang bergaul dan hidup bersama sebagai mahram.

Perkara ini juga menyebabkan anak sebenar tidak mendapat hak harta pusaka sepenuhnya kerana ia diambil oleh orang lain (anak angkatnya) dengan cara yang batil. Banyak lagi impak negatif yang terhasil akibat tindakan mereka sama ada disedari atau tidak. Dengan itu mereka dimurkai Allah dan rnemang patut menerima balasan yang amat dahsyat di hari kiamat, Walaupun mereka menyangka mereka melakukan kebaikan. Kepada Allah kita memohon supaya membetulkan perjalanan hidup kita dan meletakkan kita di atas jalan yang diredhai-Nya.

Segala pujian adalah rnilik Allah jua, Tuhan sekalian alam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *