Agama Islam dan Aliran-alirannya

Maka i’tiqad dan kepercayaan manusia di dalam perkara ini berbagai-bagai fikiran dan fahaman, seterusnya membawa berbagai-bagai kepercayaan dan i’tiqad, maka dengan sebab itu dinyatakan di sini tiga macam i’tiqad atau kepercayaan.

a. I’tiqad Qadariyyah.

Perkataan Qadariyyah itu nisbah kepada qudrat. Maksudnya, barang siapa beri’tiqad segala perbuatan yang dilakukan manusia itu sama ada baik atau jahat semuanya terbit daripada usaha dan ikhtiar manusia itu sendiri,
sedikitpun tidak bersangkut paut dengan kuasa Tuhan lagi, maka i’tiqadnya itu dinamakan i’tiqad Qadariyyah yang dcmikian nyatalah fahaman i’tiqad Qadariyyah itu iaitu manusia sendiri membcri bekas pada segala perbuatannya
tetapi dengan qudrat yang dijadikan Allah Ta’ala pada manusia.

l’tiqad ini didapati menyalahi dengan hal kejadian manusia pada tiap-tiap masa kerana terlalu banyak kchendak manusia tidak tercapai dan selalu terbantut. Kiranya manusia ada berkuasa yang bersendirian, nescaya tidak ada siapa manusia yang mahu hidup di dalam scngsara. Hidup miskin, sakit, tiada maju bahkan semuanya hendak hidup senang lenang, kaya raya.

Maka nyatalah fikiran dan fahaman mazhab Qadariyyah itu melampaui sempadan, seolah-olah tidak kcnalkan qudrat Tuhan, maka mazhab ini hukumnya fasiq. Ada juga ‘ulama’ mengatakan kafir tetapi yang muktamad tiada kafir kerana fahamannya itu mengadakan yang tiada (berkata mcreka itu ada mcmberi bekas qudrat hamba pada hal qudrat hamba tiada boleh memberi bekas sama sekali.

b. I’tiqad Jabariyyah.

Perkataan Jabariyyah itu nisbah kepada jabr (tergagah), maksudnya barang siapa beri’tiqad bahawasanya manusia dan makhluk bergantung kepada qadha’ dan qadar semata-mata, tidak ada baginya ikhtiar atau boleh memilih sama sekali maka i’tiqadnya itu dinamakan i’tiqad Jabayyah. Ertinya: Perbuatan baik dan jahat yang dilakukan di dalam dunia ini bukan kehendak sendiri bahkan terpaksa menjalankan dengan kehendak dan kuasa Tuhan semata-mata.

Sesungguhnya i’tiqad ini mengi’tiqadkan hamba itu digagahi Allah Ta’ala semata-mata pada segala perbuatannya sama ada yang disengaja atau tidak, jadilah manusia itu sama serta pucuk ru ditiup oleh angin, tiada baginya kekuasaan dan ikhtiar dan usaha sama sekali.

Maka i’tiqad ini membawa kepada tidak berguna syurga, neraka, rasul, Al-Qur’an , kitab-kitab Allah Ta’ala yang lalu. Agama dan segala undang-undang semuanya tidak ada faedah, yang demikian itu salah dan sesat tiada bersetuju dengan ‘aqal, ‘adat dan agama. Hukumnya fasiq tetapi tidak ada ‘ulama’ yang mengatakan kafir kerana fahaman itu menidakkan barang yang ada (berkata mereka itu tidak ada usaha pada hamba pada hal yang sebenarnya hamba itu ada usaha).

c. I’tiqad Ahli As-Sunnah wal-Jama’ah.

Perkataan Ahli As-Sunnah wal Jama’ah itu ertinya orang yang mengikut perjalanan Nabi dan perjalanan orang ramai iaitu orang yang beri’tiqad bahawa hamba itu tidak digagahi semata-mata dan tidak memberi bekas segala perbuatan yang disengajanya, tetapi ada perbuatan yang disengaja pada zahir itulah yang dikatakan usaha dan ikhtiar yang tiada memberi bekas pada hal hakikatnya sengaja hamba itu pun daripada Allah Ta’ala.

Walhasil sekalian makhluk menyahaja dan berikhtiar pada zahir dan tergagah pada batin, maka ikhtiar dan usaha hamba itulah tempat pergantungan taklif(hukum) ke atasnya dengan suruh dan tegah dan itulah sebab bagi
pahala dan seksa.

Maka nyatalah i’tiqad Ahli As-Sunnah wal-Jama’ah itu i’tiqad pertengahan atau kepercayaan yang sederhana
kerana i’tiqad Jabariyyah dan Qadariyyah semuanya melebih-lebih sangat, maka dihukumkan i’tiqad Ahli As-Sunnah wal-Jama’ah dengan sebenar-benar dan pertengahan kerana ia mengadakan perkara yang ada dan
mentiadakan perkara yang tiada (berkata Ahli As-Sunnah pada hamba itu ada usaha kerana sebenarnya ada usaha
pada hamba. Dan mereka itu menidakkan hamba ini tcrgagah semata-mata kerana sebenarnya jua hamba itu
tidak tergagah semata-mata) dan sebab dihukumkan i’tiqad Ahli As-Sunnah itu pertengahan kerana ia tidak sangat kendur berjela-jela seperti Jabariyyah dan tidak tcgang berdenting-denting seperti Qadariyyah maka yang scbaik-baik perkara itu ialah yang pertengahan, bagaimana tcrsebut di dalam hadith:

Ertinya: Sebaik-baik perkara itu yang pertengahan sahaja.

Maka fikiran-fikiran orang Islam di dalam perkara yang tersebut telah didapati kebanyakan mereka itu mcngikut fahaman Jabariyyah sekalipun mereka tidak mengaku pada zahirnya tetapi gerak-geri dan tutur katanya menunjukkan demikian itu. Dalil bagi menguatkan kenyataan ini ialah diambil daripada percakapan orang-
orang Islam tatkala ditanya seorang “Kenapa awak tak naik haji.” Dijawabnya: “Belum ada seru.” Kalau ditanya: “Apa sebab si fulan itu bercerai”, maka dijawabnya: “Sudah taqdir.” Kemudian apakala ditanya: “Apa sebab nakal jahat dan tak maju”, maka dijawabnya: “Sudah nasib dan sudah bahagiannya”, maka percakapan ini dengan terang bersetuju dengan pcgangan Jabariyyah.

Maka perkataan yang seperti ini terlalu bahaya kerana ia telah mengumpat Allah Ta’ala dan telah berani menyalahkan Tuhan. la menyangka seolah-olahnya Tuhanlah yang menyebabkan dia jadi scngsara. Yang dcmikian
sangatlah salah kerana firman Tuhan:

Ertinya: Apa yang mengenai engkau daripada kebajikan maka iaitu daripada Allah dan apa yang mengenai engkau daripada kejahatan maka iaitu daripada engkau sendiri  (Surah An-Nisa’: Ayat 79)

One thought on “Agama Islam dan Aliran-alirannya”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *