Kesahihan Menurut Syarak Jual Beli

Kesahihan Menurut Syarak

Akad jual beli adalah akad yang diakui oleh syarak. Perakuan ini berpandukan dalil al-Quran, Sunnah dan juga Ijmak ulama.

1. Al-Quran

Al-Quran dengan jelas menghalalkan jual beli ketika menjawab golongan yang engkar dan rnahu mempertahankan amalan riba, kerana bagi mereka riba adalah sama seperti jual beli. Allah s.w.t. berfirman:

Padahal Allah telah menghalalkan jual beli, dan mengharamkan riba. (Al-Baqarah: 275)

Allah Taala turut berfirman menyentuh mengenai pertukaran barangan:

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan harta-harta kamu sesama kamu dengan cara yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan cara perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu. (An-Nisa‘:.29)

‘Makan’ yang djmaksudkan dalam ayat di atas ialah mengambil. Al-Quran menggunakan perkataan makan kerana pada kebiasaannya makan menjadi matlamat amalan penyelewengan harta. ‘Salah’ disini pula bermaksud cara yang tidak betul. ‘Perniagaan’ pula ialah jual beli.

Banyak lagi ayat-ayat lain yang akan dinyatakan sepanjang perbincangan ini nanti.

2. Sunnah

Terdapat banyak hadis berbentuk perkataan, perbuatan dan perakuan Rasulullah s.a.w. yang memperakui amalan para sahabat Baginda. Kesemua hadis ini menjadi daljl bahawa amalan jual beli diakui oleh syarak.

Dalam sebuah hadis Baginda s.a.w. bersabda:

Sesungguhnya perbuatan seseorang kamu mengambil talinya, lalu dia memikul seikat kayu api di atas belakangnya kemudian menjualnya, dengan itu Allah menjaga mukanya (maruahnya), adalah lebih baik daripada dia meminta-minta belas ehsan orang ramai, sama ada mereka memberi kepadanya ataupun tidak.’

Maksud Allah menjaga mukanya ialah apabila dia menjualkayu tersebut, Allah akan memelihara maruahnya daripada dihina dan menjaga air mukanya.

Manakala sunnah melalui perbuatan Baginda ialah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.ha.:

Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah membeli makanan daripada seorang yahudi secara bayaran tertangguh (nasi’ah), dan Baginda menggadaikan sebuah baju besi kepadanya.‘

Nasi’ah ialah melewatkan bayaran iaitu menangguh pembayaran pada suatu tempoh tertentu.

Para sahabat Rasulullah s.a.w. juga telah menjalankan urusan jual beli sambil diperhati atau didengar oleh Baginda, atau pun mengetahui urusan itu dijalankan dan Baginda memperakui apa yang dilakukan dan tidak pula menghalangnya. Terdapat terlalu banyak hadis yang berkisar tentang perkara  Sila lihat kitab Sahih al-Bukhari dalamKitab Jual beli, Bab apa yang dikatakan tentang tukang emas dan Bab jual senjata ketika kekacauan dan sebagainya.

Kami akan kemukakan lagi hadis-hadis lain dalam tajuk lain yang membuktikan jual beli adalah harus dan diakui oleh syarak.
Perkara yang telah disahkan oleh al-Quran dan Sunnah ini juga telah diterima secara ijmak oleh para ulama pada sepanjang zaman.

1 [Riwayat al-Bukhari, Zakat, Bab menahan diri daripada meminta, diriwayatkan oleh al-Zubair bin al-‘Awwam r.a. ,no. 1402]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *