Definisi Hijab

Definisi Hijab

Hijab ( ) dalam Bahasa Arab bermaksud halangan.

Hijab menurut syarak pula ialah menghalang orang yang layak menerima pusaka daripada menerima pusaka semua sekali atau sebahagiannya.

Berdasarkan definisi ini, menghalang orang yang tidak berkelayakan menerima pusaka daripada menerimanya tidak dianggap sebagai hijab.

Bahagian Hijab

Terdapat dua jenis hijab iaitu hijab kerana sesuatu sifat dan hijab kerana seseorang individu.

a. Hijab kerana Sesuatu Sifat

Hijab kerana sesuatu sifat ialah menghalang seseorang yang layak menerima pusaka daripada menerima pusakanya sama sekali kerana adanya sifat yang menyebabkannya dihalang daripada menerima pusaka.

Sifat-sifat yang boleh menghalang pusaka ialah halangan yang telah disebutkan di dalam topik halangan-halangan pusaka iaitu; perhambaan, membunuh dan kufur. Perkara ini telahpun dijelaskan beserta dalilnya. Orang yang dihalang daripada menerima pusaka kerana sesuatu sifat dinamakan mahrum.

b. Hijab kerana Seseorang Individu

Hijab kerana seseorang individu ialah menghalang seseorang yang layak menerima pusaka sama ada sebahagian atau semua sekali kerana ada orang yang lebih dekat hubungannya dengan si mati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *