Penerima Satu Perempat Pusaka dan Syaratnya

Penerima Satu Perempat Pusaka dan Syaratnya

Terdapat dua jenis pewaris yang berhak menerima satu perempat (1/4) pusaka apabila memenuhi syarat-syarat yang di tetapkan. Mereka ini ialah:

1. Suami (az-Zauj)

Suami memperoleh satu perempat (1/4) pusaka isterinya jika isterinya mempunyai anak atau anak kepada anak lelaki (walad al-ibni). Anak itu sama ada daripada dia atau daripada orang lain, lelaki mahupun perempuan.

Dalilnya ialah firman Allah:

Seterusnya, jika isteri-isteri kamu itu mempunyai anak, maka kamu beroleh seperempat daripada harta yang mereka tinggalkan. (An-Nisa’: 12)

Telah disebutkan sebelum ini bahawa anak (lelaki atau perempuan) kepada anak lelaki (walad al-ibni) adalah seperti mana anak lelaki (al-ibnu) dalam soal pusaka, hijab dan ’ash0bah.

2. Isteri atau Isteri-isteri

Isteri ataupun para isteri berhak memperoleh satu perempat (1/4) pusaka jika si suami tidak mempunyai anak atau anak kepada anak lelaki (walad al-ibni). Anak ini sama ada daripada dia mahupun daripada orang lain, lelaki ataupun perempuan.

Dalilnya ialah firman Allah:

Dan bagi isteri-isteri kamu pula seperempat daripada harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak . (An-Nisa’: 12)

Ar-Rahabi menyebut dalam nazam ar-Rahabiyyah:

Satu perempat pusaka adalah bahagian suami sekiranya si isteri ada anak yang telah menghalang pusakanya
Ia juga untuk isteri atau isteri-isteri, Sekiranya si suami tiada anak, demikian telah ditetapkan
Kami telahpun sebut tentang anak kepada anak lelaki (walad al-ibni)
Kami telah sebutkannya dalam kes anak (walad).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *