Siapa yang Lebih Berhak Menjaga Anak-anak

Siapa yang Lebih Berhak Menjaga Anak-anak

Pasangan suami isteri yang bercerai dan mempunyai anak lelaki ataupun perempuan yang masih kecil dan belum mencapai usia mumayyiz, ibu lebih berhak terhadap hak penjagaannya

Sebab Ibu Lebih Berhak térhadap Hak Penjagaan

Ibu lebih berhak daripada bapa dalam menjaga anak kecil kerana:

  1. Seorang ibu lebih kasih dan lebih sabar menanggung beban_an
    menjaga dan mendidik anak kecil.
  2. Ibu lebih lembut dalam menjaga dan mendidik anak-anak. Ibu
    juga lebih mampu mémberikan kasih-sayang dan kecintaan
    yang diperlukan oleh anak-anak kecil.

Dalil Ibu Lebih Berhak terhad ap Hak Penjagaan

Dalil hak penjagaan adalah hak ibu, dan dia lebih layak daripada bapa ialah hadis Rasulullah s.a.w.:
Abdullah bin Amru r.huma. berkata:
Seorang wanita datang berjumpa Rasulullah s..a.w. dan berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya anakku ini, perut akulah yang mengandungnya, susu akulah yang diminumnya, dan riba akulah tempat ribaanya. Bapanya telah menceraikanku, dan sekarang dia ingin mengambil anakku. Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Kamu lebih berhak ke atas anak itu (daripada bekas suamimu) selagi kamu tidak berkahwin”

1 Diriwayatkan oleh Abu Daud dalam kitab talak, bab siapa yang lebih berhak terhadap anak, no. 2276.

Selepas Ibu, Siapakah yang Lebih Berhak?

Jika ibu kepada anak tersebut tiada, atau ada tetapi tidak mahu menjaganya, orang yang lebih berhak menjaganya ialah nenek sebelah ibu (ibu kepada ibu) dan ke atas. Tujuannya supaya nenek melalui sifat keperempuanannya dapat rnemberikan penjagaan dan kasih sayang kepada anak tersebut. Didahulukan pihak terdekat di kalangan yang dekat

Selepas itu nenek sebelah bapa, seterusnya ibu-ibu kepada nenek tersebut (moyang). Didahulukan pihak terdekat di kalangan yang dekat.
Seterusnya adik-beradik perempuan seibu sebapa. Kemudian adik-beradik perempuan sebapa. Kemudian adik beradik perempuan seibu.
Selepas itu ibu saudara sebelah ibu dan kemudiannya ibu saudara- sebelah bapa.
Seterusnya anak-anak saudara perempuan daripada adik-beradik lelaki. Kemudian anak-anak saudara perempuan daripada adik-beradik perempuan

Rahsia Perempuan Diutamakan dalam Hak Penjagaan Anak

Rahsianya ialah sebagaimana juga seorang ibu, perempuan kebiasaamnya lebih lembut dalam menjaga anak-anak. Dia lebih banyak bersabar menghadapi kerenah anak-nanak dan lebih mampu memberikan kasih-sayang kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *