Definisi Ilmu Faraidh

Definisi Ilmu Faraidh

Ilmu bermaksud mengetahui keadaan sebenar sesuatu perkara. Ilmu juga didefinisikan sebagai hukum akal yang pasti dan bersesuaian dengan realiti. Ia juga didefinisikan sebagai kaedah-kaedah yang ditulis atau kemahiran yang tinggi.

Semantaya faraidh () pula adalah kata jamak bagi faridhah bermaksud sesuatu yang diwajibkan, atau sesuatu yang ditetapkan. Ini kerana dalam faraidh terdapat pembahagian-pembahagian yang ditetapkan oleh syarak.

Faraidh daripada segi bahasa ialah ketetapan. Contohnya firman Allah s.w.t.:

…..maka mereka berhak mendapat separuh daripada mas kahwin yang telah kamu tetapkan itu.
(A1-Baqarah: 237)

Faraidh menurut syarak ialah bahagian yang ditetapkan oleh syarak kepada pewaris.

Ilmu Faraidh daripada segi syarak pula bermaksud pengetahuan mendalam tentang pusaka dan ilmu kita-kira yang membolehkan kita mengetahui bahagian pusaka yang berhak diterima oleh orang-orang yang berhak.

Dalam definisi lain, ilmu Faraidh adalah ilmu berkaitan kaedah fekah dan kaedah kira-kira yang membolehkan kita mengetahui bahagian pusaka setiap pewaris.

Ilmu Faraidh juga disebut sebagai ilmu mawarits ( ), kata jamak bagi mirats ( ) yang juga disebut sebagai tufata ( ) dan irts ( ). Ia adalah kata nama bagi harta pusaka yang diwarisi daripada si’mati. Contohnya terdapat dalam firman Allah:

Bagi Allah jualah hak milik segala mirats (warisan) langit-langit dan bumi.
(Ali-Imran: 180)

Sudah pasti pewaris akan menerima hak milik harta bagi menggantikan si mati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *