Menyerahkan Kuasa Talak kepada Isteri (Talak Tafwidh)

Menyerahkan Kuasa Talak kepada Isteri (Talak Tafwidh)

Sah bagi seorang suami menyerahkan kuasa talak kepada isterinya. Penyerahan kuasa ini sama seperti menyerahkan hak menjatuhkan talak kepada isteri.

Syarafit-syarat Jatuh Talak Tafwidh

Syarat-syarat jatuh talak tafwidh (talak yang dilakukan oleh isteri setelah suami menyerahkan hak tersebut kepadanya) ialah;

  1. Talak itu mestilah berlaku terus (talak tanjiz). ’Tidak sah talak yang dilakukan secara ta’lik seperti suami berkata: “Apabila tibanya hari esok, engkau cerailah diri engkau sendiri.”
  2. Suami yang menyerahkan kuasa talak mestilah seorang mukallaf. Tidak sah penyerahan tersebut jika suami masih kecil atau gila.
  3. Isteri juga mestilah seorang mukallaf. Tidak sah tersebut jika isteri masih kecil atau gila.
  4. Isteri mestilah menceraikan dirinya dengan segera sebaik sahaja berlaku penyerahan kuasa talak tersebut. Tidak sah talak tersebut jika isteri melambat-lambatkannya ijab dan qabul terpisah.

Dalil Harus Menyerahkan Kuasa Talak kepada Isteri

Dalil harus menyerahkan kuasa talak kepada isteri ialah tindakan Nubi Muhammad .s.a.w. yang memberikan pilihan kepada isterinya sama ada ingin kekal tinggal bersamanya atau berpisah. Peristiwa ini berlaku setelah turunnya ayat al-Quran yang berbunyi:

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri~isterimu: “Jika kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah)
dan perhiasannya (yang indah), maka marilah aku berikan kepada kamu pemberian saguhati, dan aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya.
– (A1-Ahzab: 28)

Kalaulah tawaran pilihan untuk berpisah tidak memberi apa-apa kesan, sudah tentu memberi pilihan kepada mereka tidak mendatangkan sebarang makna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *