Takrif Wasiat

Takrif Wasiat

Wasiat dari segi bahasa bermaksud menghubung dan menyampaikan.

Wasiat dari segi syarak pula bermakna sumbangan sesuatu hak yang hanya dilaksanakan selepas kematian. Sumbangan ini dinamakan Wasiat, kerana melalui sumbangan ini, pewasiat telah menghubung kebaikan akhiratnya dengan kebaikan dunianya.

Perbezaan antara Wasiat dan Cara-cara Pemilikan yang Lain

Takrif Wasiat di atas jelas menunjukkan perbezaan antara wasiat dan cara-cara pemilikan harta yang lain. Hak milik melalui wasiat hanya boleh selepas kematian pewasiat, sementara hak milik yang lain, seperti hadiah, boleh dimiliki ketika hayatnya.

Dalil Wasiat

Wasiat adalah disyariatkan. Dalilnya ialah al-Quran al-Karim, sunnah Nabawiyyah, amalan sahabat dan ijmak ulamak.

Dalam al-Quran, Allah Taala berfirman: ‘

Diwajibkan ke atas kamu, apabila seseorang daripada kamu hampir mati, jika dia meninggalkan harta, (maka wajiblah dia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertakwa.
(A1-Baqarah: 180)

 

(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayar hutangnya.                                                               (An-Nisa’: 11)

Wahai orang-orang yang beriman, apabila salah seorang diantara kamu hampir mati, sedangkan dia akan berwasiat, maka hendaklah wasiatnya itu disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu.
(Al-Maidah: 106)

Dalam sunnah pula, terdapat beberapa hadis yang menyebut tentang Wasiat. Antaranya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

Seseorang muslim yang mempunyai sesuatu yang hendak diwasiatkan, tidak sepatutnya bermalam selama dua
malam, melainkan dalam keadaan wasiatnya telah siap ditulis di sisinya.1

1 Diriwayatkan oleh Bukhari (2587) di dalam [Kitab Wasiat, Bab Wasiat Dan Sabda Nabi s.a.w: Wasiat Seseorang Hendaklah Ditulis Disisinya] dan Muslim (1627) di awal [Kitab Wasiat] daripada Abdullah bin Umar.

Hadis ini menyebut kalimah tidak sepatutnya menunjukkan bahawa langkah berhati-hati perlu diambil. Iaitu dengan menulis di sisinya kerana dia tidak mengetahui bila ajalnya akan tiba. Kemungkinan kelalaiannya mengakibatkan segala hajatnya tergendala.

Rasulullah s.a.w. bersabda: –

Orang yang malang ialah orang yang terhalang (dengan sebab tidak sempat atau sebagainya) daripada berwasiat?

2 Diriwayatkan oleh lbnu Majah (2700) di dalam [Kitab Wasiat, Bab Galakan Berwasiat] daripada Anas r.a.

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:

Sesiapa yang mati dalam keadaan telah meninggalkan wasiat, nescaya dia mati atas jalan Allah dan sunnah rasulNya, mati atas takwa dan syahadah, serta mati dalam diampunkan.1

1 Diriwayatkan oleh lbnu Majah (2701) di dalam [Kitab Wasiat, Bab Galakan Berwasiat]

Menurut amalan para sahabat pula, mereka sering mewasiatkan sebahagian harta mereka kerana ingin mendekatkan diri dengan Allah s.w.t..

abdur Razzak meriwayatkan dengan sanad yang sahih bahawa Anas r.a. berkata:

Para sahabat r.hum. menulis di awal wasiat mereka: ”Dengan nama Allah Yang Maha Mengasihani lagi Maha Merahmati. Ini adalah wasiat fulan bin fulan, bahawa dia bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah tanpa sekutu bagiNya. Dia juga bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya. Dia juga bersaksi bahawa Hari Akhirat pasti akan datang tanpa keraguan padanya, dan Allah akan membangkitkan manusia dari kubur. Dia mewasiatkan ahli keluarganya yang ditinggalkan agar bertakwa kepada Allah, membaiki hubungan sesama mereka, serta mentaati Allah dan RasulNya sekiranya mereka orang-orang yang beriman. Dia juga mewasiatkan mereka dengan wasiat Nabi Ibrahim dan Nabi Yaakub képada anak-anak mereka:

Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini bagi kamu. Oleh itu, janganlah kamu mati melainkan dalam
keadaan Islam.
(A1-Baqarah: 32)

Menurut amalan para sahabat pula, mereka sering sebahagian harta mereka kerana ingin mendekatkan
Abdur Razzak meriwayatkan dengan sanad yang sahih bahawa Adapun ijmak para ulamak pula, maka ijmak para fuqahak islam telah terhasil semenjak zaman sahabat r.hum. bahawa wasiat adalah harus. Tidak pula diriwayatkan ada di kalangan mereka yang menolaknya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *