DEFINISI PUSAKA

JENIS-JENIS PUSAKA

Pusaka terbahagi kepada dua iaitu: pusaka melalui fardh (ketetapan) dan pusaka melalui ‘ash0bah (harta lebihan).

Definisi Fardh daripada Segi Bahasa dan Istilah

Fardh daripada segi Bahasa Arab mempunyai pelbagai makna antaranya; waktu, bahagian dan ukuran. Fardh daripada segi istilah pula bermaksud bahagian yang ditetapkan oleh syarak kepada waris tanpa sebarang tambahan kecuali melalui rad dan tanpa sebarang pengurangan kecuali melalui ‘aul.

Fardh yang Ditetapkan dalam Kitab Allah s.w.t.

Fardh yang ditetapkan dalam Kitab Allah s.w.t. ada enam, iaitu: satu perdua (1 / 2), satu perempat (1 / 4), satu perlapan (1 / 8), dua pertiga (2/3), satu pertiga (1 / 3), dan satu perenam (1/6).

Fardh yang Ditetapkan melalui Ijtihad

Melalui ijtihad, para ulamak telah menambah satu lagi fardh sebagai tambahan kepada enam jenis fardh yang disebutkan dalam al-Quran. Fardh yang ketujuh ialah satu pertiga (1/3) daripada baki pusaka. Bahagian ini terdapat dalam kes hak pusaka datuk bersama-sama adik beradik lelaki dan perempuan (seibu sebapa atau sebapa) dan hak pusaka ibu bersama bapa dan salah seorang suami isteri. Kes ini akan dihnraikan dalam tajuk khusus mengenainya.

Definisi ‘Ashobah

’Ashobah daripada segi Bahasa Arab ialah kaum keluarga lelaki sebelah bapa. Mereka diistilahkan sebagai ‘ash0bah kerana mereka melingkungi nasab si mati. Setiap sesuatu yang melingkungi sesuatu bermakna ia bersama sepertimana kain serban dengan kepala.  Ada yang berpendapat mereka diistilahkan sebagai ’ash0bah keranu mereka saling sokong menyokong antara satu sama lain iaitu saling memperkuat dan mempertahankannya.

‘Ash0bah daripada segi istilah pula bermaksud orang yang mengambil kesemua harta sekiranya mereka pewaris tunggal. Atau orang yang mengambil baki yang ditinggalkan oleh pewaris melalui fardh (Ashabul Furudh ) jika mereka bukan pewaris tunggal. Walau bagaimanapun mereka tidak akan menerima sebarang pusaka jika tiada lagi baki setelah kesemua pusaka dibahagikan kepada pewaris melalui fardh.

Imam ar-Rahabi menyebut dalam nazam ar-Rahabiyyah:

Ketahuilah pusaka ada dua jenis iaitu Fardh dan ’ash0bah untuk pusaka yang dibahagi
Fardh dalam Kitab ada enam
Tiada fardh yang selainnya.
Satu perdua, satu perempat dan satu perlapan
Satu pertiga, satu perenam ditetapkan dengan nas syarak
Dua pertiga iaitu yang akhir
Peliharalah kerana sesiapa yang mengingatinya akan menjadi panduan.

Keutamaan bagi Penerima secara Fardh dalam Pusaka

Jika ada pewaris ’ashobah dan penerima secara fardh (Ashabul Furudh ) di kalangan pewaris, penerima secara fardh lebih diutamakan berbanding ‘ashobah berdasarkan sabda Rasulullah:

Berikanlah bahagian-bahagian pusaka yang telah ditentukan itu kepada para pemiliknya. Apa sahaja yang berbaki selepas itu, maka berikanlah kepada waris lelaki yang terdekat.‘ ,

—————————————–

1 Riwayat Bukhari (6351) dalam [Kitab Faraidh, Bab Pusaka Anak Bersama lbu Bapanya],; Muslim (1615) dalam [Kitab Faraidh, Bab Berilah Faraidh Kepada Pemiliknya]. Kedua-dua riwayat ini diriwayatkan daripada lbnu Abbas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *