Syarat-syarat Mendapat Hak Penjagaan (Hadhonah)

Syarat-syarat Mendapat Hak Penjagaan (Hadhonah)

Untuk mendapatkan hak penjagaan, syarat-syarat berikut hendaklah dipenuhi: “

  1. Berakal ‘
    Oleh itu, hak penjagaan tidak diberikan kepada orang gila lelaki atau perempuan, walau pun gilanya datang sekali sekala. Ini kerana hak penjagaan adalah hak penguasaan (hak al-wilayah). Orang gila tidak boleh menjadi wali (tidak mempunyai hak al-wilayah) kerana dia tidak boleh menjaga dan mengawal. Sedangkan dirinya sendiri memerlukan penjagaan dan pengawasan.
  2. Islam
    Jika kanak-kanak tersebut seorang Islam walau daripada segi hukumnya sahaja (iaitu ketika ibu atau bapanya Islam), dia mestilah mengikut ibu atau bapanya yang paling mulia daripada segi agamanya.
    Orang kafir tidak harus diberikah hak penjagaan kanak-kanak Islam. Ini kerana hak penjagaan adalah hak penguasaan (hak al-wilayah). Orang kafir tidak mempunyai hak penguasaan (hak al-wilayah) terhadap orang-orang Islam. Juga kerana, dia mungkin mengubah agama anaknya dengan apa Cara sekalipun. Tetapi jika kanak-kanak tersebut seorang kafir, orang Islam atau kafir boleh menjaganya.
  3. ‘Iffah dan Amanah
    Maksud ’iffah dan amanah ialah penjaga bukan seorang fasik.
    Ini kerana orang fasik tidak boleh menjadi Wali dan tidak boleh
    dipercayai untuk menjaga sesuatu amanah. Oleh itu, penjaga kanak- kanak seharusnya adil, mempunyai harga diri (tidak mengikut hawa
    nafsu) dan mempunyai pegangan agama. Keadilan ditentukan berdasarkan pandangan zahir sahaja. Ia tidak memerlukan penyaksian dan keterangan. Kecuali jika kelayakan dan keadilannya dipertikaikan. Ketika itu, qadi (hakim) memerlukan bukti dan keterangan untuk mempastikan keadilannya.
  4. Bermukim
    Orang yang berhak mendapat hak penjagaan kanak-kanak ialah orang yang bermukim di tempat kanak-kanak tersebut berada. Jika ibu (yang berhak menjaga anaknya) keluar musafir kerana sesuatu keperluan seperti menunaikan haji, berniaga, melancong atau sebagainya dan tidak mampu membawa anaknya bersama, orang yang tinggal di tempat anaknya berada lebih berhak menjaga anaknya sehinggalah dia pulang. Ibu hendaklah menyerahkan anak itu kepada ibunya (nenek) sepanjang ketiadaannya. Jika musafir itu bermaksud berpindah ke tempat lain tanpa niat untuk kembali, situasi ini tidak mengugurkan hak penjagaan sekiranya jalan yang dilalui dan destinasi yang ditujui selamat. Jika kedua ibu bapa terpaksa keluar bermusafir kerana sesuatu keperluan, hak ibu terus kekal dan musafir tersebut tidak menjadi penghalang untuk dia mendapatkan hak penjagaan anaknya.
  5. Ibu Tidak Berkahwin dengan Lelaki Lain
    Hak penjagaan yang dimiliki oleh ibu akan gugur jika dia Berkahwin dengan lelaki lain, sekalipun dia belum disetubuhi oleh suaminya atau suaminya reda anak tirinya itu tinggal bersamanya.
    Dalilnya ialah sabda Rasulullah s.a.w.:

    Kamu (wahai si ibu) lebih berhak menjaga anak kamu selagi kamu tidak berkahwin.’ 1 Riwayat Abu Daud dalam kitab talak, bab siapa yang lebih berhak terhadap anak, n0. 2276.
    Dalil logik (aqli) yang menunjukkan gugurnya hak ibu apabila dia telah berkahwin dengan lelaki lain ialah dia akan sibuk menunaikan hak suaminya. Oleh itu tidak ada jaminin dia akan terus menjaga dan memberi perhatian kepada anaknya.
    Walau bagaimanapun, terdapat dua keadaan yang dikecualikan
    daripada hukum ini:
    i. Bapa kepada anak dan suami kepada bekas isterinya (bapa tiri kepada anak) bersetuju supaya anak itu tinggal bersama ibunya. Keadaan ini mengekalkan hak ibu menjaga anak itu, dan menggugurkan hak nenek.
    ii. Suami ibu yang baru (ayah tiri) adalah kaum keluarga kanak-kanak itu dan di kalangan mereka yang mempunyai hak penjagaan terhadapnya, sekalipun kedudukan dalam hierarki kekeluargaan agak jauh. Dalam keadaan ini, hak ibu menjaga anaknya tidak gugur jika suaminya bersetuju menjaganya.
    Ini kerana suami tadi mempunyai hak penjagaan terhadap kanak-kanak tersebut (anak tirinya). Juga kerana suami juga mempunyai perasaan kasih dan sayang yang mendorongnya bekerjasama dengan si ibu (isterinya) bagi menjaga dan memberikan perhatian kepadanya.
  6. Tidak Menghidap Sakit yang Berpanjangan atau Penyakit Kronik
    Jika ibu menghidap sakit yang kronik seperti batuk kering, separuh lumpuh, buta atau pekak, dia tidak berhak menjaga anaknya. Ini kerana keuzuran dirinya menyebabkan dia tidak dapat menunaikan hak anaknya dengan baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *