Hikmat Kanak-kanak Mumayyiz Boleh Memilih Ibu atau Bapanya

Hikmat Kanak-kanak Mumayyiz Boleh Memilih Ibu atau Bapanya

Kita telah mengetahui sebab-sebab kenapa ibu lebih diutamakan dalam menjaga anaknya. Kita juga mengetahui kenapa masa penjagaan berakhir setelah kanak-kanak tersebut mumayyiz
Ini kerana kanak-kanak yang belum mumayyiz amat memerlukan penjagaan ibunya. Bapa atau lelaki lain tidak mampu memenuhi keperluan tersebut

Kafalah berbeza daripada hadhonah kerana ia adalah penjagaan umum. Ibu atau bapa mampu menjaga anak mereka disebabkan anak tersebut telah mampu menguruskan kebanyakan urusan hidup sendirinya. Juga disebabkan anak tersebut pada ketika itu, secara umumnya sudah mempunyai kemampuan berfikir. Sesuai dengan keadaan ini, anak-anak diberi pilihan untuk memilih salah seorang daripada ibu bapa mereka atau sesiapa yang mampu menggantikan tempat ibu bapa mereka. Dia boleh pilih siapa yang disukainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *