ZIHAR

Takrif Zihar

Zihar daripada segi bahasa diambil daripada perkataan az-zohru yang bererti belakang. Ini kerana gambaran asal zihar ialah seorang suami berkata kepada isterinya: “Engkau haram keatasku seperti haramnya belakang emak aku.

Zihar daripada segi istilah ialah seorang lelaki menyamakan isterinya dengan salah seorang mahramnya seperti ibu atau adik-beradik perempuannya daripada sudut haram mengahwininya.

Orang-orang Arab dahulu menganggap zihar sebagai salah satu daripada cara talak. Islam sebaliknya memberikan tanggapan lain bagi zihar dan memberikan hukum baru yang bukan berbentuk talak.
_________________________________________

Riwayat Malik dalam al-Muwatt0′ dalam kitab talak, bab ila’, 2/556. Hadis seumpama ini juga diriwayatkan daripada lbnu Umar r.huma..

Hukum Zihar

Zihar adalah haram dan merupakan salah satu daripada dosa besar berdasarkan ijmak ulama. Dalilnya ialah firman

Dan sesungguhnya mereka (dengan melakukan zihar itu) berkata suatu perkara yang mungkar dan dusta.
(Al-Mujadalah: 2)


Lafaz-lafaz Zihar

Lafaz-lafaz yang menunjukkan kepada zihar terbahagi dua: lafaz sorih (yang jelas) dan lafaz kinayah (kiasan)

Lafaz sorih ialah lafaz yang menunjukkan kepada zihar sahaja dan tidak boleh diandaikan kepada makna-makna lain. Contohnya suami berkata kepada isterinya: “Engkau haram atasku seperti haramnya belakang ibuku,” atau “bagiku belakang engkau sama seperti haramnya belakang ibuku.”
Jika suarni melafazkan kata-kata ini bererti dia telah ziharkan isterinya, sama ada dia berniat zihar atau tidak selagi masih waras serta rnemahami apa yang dikatakannya itu

Lafaz kinayah (kiasan) ialah lafaz yang boleh diandaikan sebagai zihar dan boleh juga diandaikan sebagai bukan zihar. Contohnya, suami berkata kepada isterinya: “Bagiku engkau ibu dan adik-beradik perempuanku.”
Jika suami berkata demikian, kita perlu melihat maksudnya semasa menuturkan kata-katanya.
Seandainya dia bermaksud zihar, lafaz itu rnenjadi zihar. Tetapi jika dia bermaksud menyamakan isterinya dengan ibunya dan adik-beradik perempuannya daripada sudut kemuliaan penghormatan, lafaz itu tidak menjadi zihar dan dia tidak dikenakan apa-apa hukuman.

Hukum Hakam Zihar

Jika suami menuturkan lafaz zihar secara sorih atau kinayah tetapi dia berniat zihar, iaitu suami menyamakan isterinya dengan mahramnya daripada segi haram mengahwininya, kita perlu kepada dua keadaan yang berbeza berikut:

  1. Jika suami mengucapkan lafaz talak selepas lafaz zihar, hukum zihar dimasukkan ke dalam hukum talak. Dengan itu, lafaz zihar yang diucapkan tidak memberi apa-apa kesan kerana lafaz talak yang disebutkan kemudian telah menafsirkan maksud lafaz zihar. Dengan itu, hanya hukum talak yang diambil kira.
  2. Jika lafaz zihar tidak diikuti dengan lafaz talak, dan perkara yang memutuskan ikatan perkahwinan tidak berlaku, dia dianggap menarik balik lafaz ziharnya dan telah menyanggahi apa yang diucapkannya. Ini kerana tindakannya tidak berpisah dengan isterinya (sedangkan dia telah melafazkan lafaz zihar) dianggap sebagai tindakan yang bertentangan dengan tindakannya menyamakan isterinya dengan mahramnya daripada segi haram mengahwininya. Ketika itu dia wajib membayar kaffarah. Dia wajib membayar kaffarah dengan segera.

Kaffarah Zihar

Kaffarah zihar adalah mengikut tertib kemampuan seperti berikut:

  1. Mernbebaskan seorang hamba yang tidak mempunyai kecacatan
    yang menyebabkan dia tidak boleh bekerja seperti, hilang salah
    satu anggota badan seperti kaki atau sakit yang berterusan.
  2. Jika tidak ada hamba seperti pada zaman kita sekarang, atau
    suami tidak mampu membebaskan seorang hamba, dia mesti
    berpuasa dua bulan Islam secara berturut-turut.
  3. Jika suami tidak mampu berpuasa, atau tidak tahan berpuasa selama dua bulan berturut-turut, disebabkan sakit atau terlalu tua, maka dia mesti memberi makan 60 orang miskin. Setiap orang miskin mendapat secupak makanan asasi kawasan tersebut

Dalil Kaffarah Mengikut Tertib

Dalil kaffarah zihar mesti dilakukan mengikut tertib kemampuan ialah hadis berikut:
Salman bin Sokhr al-Ansori r.a. salah seorang lelaki Bani Bayadhoh
meriwayatkan bahawa: –
Beliau telah mengharamkan isterinya ke atas dirinya seperti belakang ibunya sehingga berlalu Ramadhan. Setelah berlalu separuh bulan Ramadhan, beliau menyetubuhi isterinya pada waktu malam. Beliau pergi berjumpa Rasulullah
s.a.w. dan menceritakan apa yang telah berlaku. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bebaskan seorang hamba.”Beliau berkata: “Aku tidak mampu melakukannya. ” Baginda bersabda lagi: “Kalau begitu, berpuasalah dua bulan berturut-turut.” Beliau menjawab: “Aka tidak mampu.” Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Farwah bin Amru: “Berikan bakul itu
kepadanya, iaitu sebuah bakul yang muat 15 atau 16 gantang makanan untuk diberi makan kepada 60 orang miskin.”

Kaffarah Zihar Perlu Dilakukan Segera

Suami dituntut membayar kaffarah zihar dengan segera. Maksudnya dia tidak boleh bersetubuh dengan isterinya sehingga menyernpurnakan salah satu daripada tiga kaffarah yang kita sebutkan di atas.
Jika dia menyetubuhi isterinya sebelum membayar kaffarah dia telah melakukan maksiat dan kaffarah tetap diwajibkan. Bersetubuh sebelum membayar kaffarah zihar adalah haram berdasarkan firman Allah Taala:

Sebelum mereka berdua (suami isteri) bersama.
(A1-Mujadalah: 3)

Dalam sebuah hadis disebut:
Seorang lelaki clatang menemui Nabi s.a.w.. Beliau telah menziharkan isterinya, kemudian menyetubuhinya. Beliau berkata: “Wahai Rasulullah, aku telah rnenziharkan isteriku, kemudian aku menyetubuhinya sebelum aku membayar kaffarah.” Baginda s.a.w. menjawab: “Apakah yang menyebabkan engkau melakukan perkara itu? Semoga kamu dirahmati oleh Allah. ”Beliau menjawab: “Aku melihat gelang kakinya di bawah cahaya bulan.” Baginda pun bersabda: “Janganlah karnu mendekati isterimu sehingga kamu melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah. ”

__________________
1 Riwayat Tirmizi dalam kitab talak, bab hadis tentang kaffarah zihar, no. 1200; dan lain-lain.
2 RiwayatTirmizi dalam kitab talak, bab hadis-hadis mengenai suami yang melakukan zihar bersetubuh dengan isterinya sebelum membayar kaffarah, no. 1199; Ibnu Majah dalam kitab talak, bab suami yang melakukan zihar bersetubuh sebelum membayar kaffarah zihar, no. 2065; dan perawi-perawi lain, daripada lbnu Abbas r.huma.

Dalil Hukum Zihar

Dalil hukum zihar secara kasarnya diambil daripada hadis yang diceritakan oleh Aisyah r.ha.:
lsteri Aus bin as-Somit datang mengadu hal suaminya kepada Rasulullah s.a.w.. Beliau berkata: “Wahai Rasulullah, suamiku telah memakan keremajaanku, dan aku telah melahirkan banyak anak (hasil hubungannya denganku).
Apabila aku telah tua dan tidak boleh melahirkan anak lagi, dia menziharkanku. Ya Allah, sesungguhnya aku mengadu kepada-Mu. ”Beliau tidak berganjak sehingga Jibril menurunkan ayat-ayat ini

Sesungguhnya Allah telah mendengar kata-kata perempuan yang bersoaljawab denganmu (wahai Muhammad) mengenai suaminya, sambil dia mengadu kepada Allah (mengenai perkara yang menyusahhannya), sedang Allah mendengar perbualan kamu berdua. Sesungguhnya Allah Amat Mendengar lagi Amat Melihat. Orang-orang yang menziharkan isteri-isteri mereka daripada kalangan kamu (adalah orang-orang yang bersalah kerana) isteri-isteri mereka bukanlah ibu-ibu, mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain melainkan perempuan-perempuan yang telah melahirkan mere/ea. Sesungguhnya mereka (dengan melakukan yang demikian itu) berkata satu perkara yang mungkar dan dusta. Sesungguhnya Allah Amat Pemaaf lagi Amat Pengampun. Orang-orang yang menziharkan isteri-isteri mereka, kemudian mereka berbalik daripada apa yang mereka ucapkan (bahawa isteri-isteri itu haram kepada mereka), maka hendaklah (si suami) memerdekakan seorang hamba sebelum mereka berdua (suami isteri) bercampur. Dengan hukum yang demikian itu, kamu diberi pengajaran (supaya jangan kamu mendekati perkara yang mungkar itu). Allah amat mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang hamu lakukan. Kemudian, sesiapa yang tidak dapat (memerdekakan hamba), maka hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka (suami isteri) itn bercampur. Sesiapa yang tidak rnampu berpuasa, maka hendaklah dia memberi makan 60 orang miskin. Ditetapkan hukum itu untuk membuktikan keimanan kamu kepada Allah dan Rasul-Nya (dengan mematuhi perintah-Nya serta menjauhi adat jahiliah). Itulah batas-batas hukum Allah. Bagi orang-orang yang kafir disediakan azab siksa yang tidak terperi sakitnya.
(Al-Mujadalah: 1-4)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *