Cara Talak yang Paling Afdal

Cara Talak yang Paling Afdal

Ketahuilah, cara talak syarie yang paling baik dan bertepatan dengan hikmat Allah menyerahkan hak talak kepada suami dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu;

Suami menceraikan isterinya dengan talak satu semasa dia masih suci dan tidak menyetubuhinya semasa suci itu. Jika ingin hidup bersama dan menyesal, dia boleh rujuk kembali kepada isterinya dalam tempoh masa edah.

Jika dia ingin menceraikan isterinya selepas itu (selepas dirujuk), dia boleh menceraikannya dengan talak dua. Dia masih  mempunyai satu talak. Jika dia menceraikan isterinya buat ketiga, talak tersebut dikira sebagai talak bain. Dia tidak boleh lagi rujuk atau mengahwini bekas isterinya melainkan selepas dia berkahwin dengan lelaki lain dengan perkahwinan yang syar’ie.

Kita akan terangkan hukum ini kemudian insya Allah.

Inilah yang difahami secara jelas daripada firman Allah;

Talak (yang boleh rujuk kembali itu) hanya dua kali. Sesudah itu, bolehlah dia (merujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya, atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik.
(al-Baqarah: 229)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *