ILA’

ILA‘, ZIHAR DAN LI’AN

Terdapat tiga perkara yang kesudahannya sama dengan talak atau ia bertukar menjadi talak. Tiga masalah tersebut ialah ila’, zihar dan li’an. Kami akan huraikan tajuk ini secara mendalam seperti di bawah.

PERTAMA: ILA‘

Takrif Ila‘

Ila‘ daripada segi bahasa berasal daripada perkataan al-alliyyah yang bermaksud: sumpah.

Firman Allah s.w.t.:

Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidup-nya di antara kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum keluarga dan orang-orang miskin.
(An-Nur: 22)

Ila‘ daripada segi istilah pula ialah suami yang berhak mentalakkan isterinya bersumpah tidak akan bersetubuh dengan isterinya lebih daripada empat bulan, atau secara mutlak (tanpa disebut tempoh masanya).

Hukum Ila’

Jika suami bersumpah tidak akan bersetubuh dengan isterinya secara mutlak atau selama lebih daripada empat bulan, dia telah melakukan ila‘ terhadap isterinya. Terdapat beberapa hukum syarak berkaitan dengan ila‘ tersebut

Hakim hendaklah memberi peluang selama empat bulan kepada suami bermula dari hari dia bersumpah. Ini akan memberi peluang kepada suami untuk menarik balik sumpahnya dan membayar kaffarah sumpah, atau menceraikan isterinya jika dia tidak mahu rujuk dan tidak mahu membayar kaffarah sumpah.

Jika tempoh empat bulan tadi telah tamat, dan suami tetap dengan sumpahnya, dia telah memudaratkan isterinya. Ketika itu berdasarkan tuntutan isteri, hakim berhak mengambil salah satu tindakan berikut:

  1. Memaksa suami menarik balik sumpahnya dan kembali semula kepada isterinya serta membayar kaffarah sumpah jika dia bersumpah dengan nama Allah atau bersumpah dengan salah satu sifat Allah. Jika dia bersumpah untuk melakukan sesuatu atau bersedekah dengan sesuatu, dia hendaklah melakukannya.
  2. Memaksa suami menceraikan isterinya jika dia enggan menarik balik sumpahnya dan tetap berpegang dengan sumpahnya.

Sekiranya suami enggan melakukan salah satu daripada perkara di atas, hakim hendaklah menjatuhkan talak satu bagi pihaknya. Itu adalah hak hakim untuk mengelakkan kemudaratan berlaku kepada orang lain dan tidak ada cara lain melainkan dengan hakim menjatuhkan talak bagi pihaknya. Ketika itu hakim menggantikan tempat suami dalam menjatuhkan talak. Masalah sama dengan masalah membayar hutang dan menjelaskan hak-hak yang berbentuk harta. ‘Tindakan tersebut dilakukan jika suami tidak mempunyai keuzuran yang menghalangnya daripada rnelakukan persetubuhan. Jika suami mempunyai keuzuran seperti sakit atau sebagainnya dia hendaklah diminta menarik balik sumpahnya dengan lidahnya sendiri seperti dia berkata: “Jika aku mampu bersetubuh, aku akan menarik balik pendirianku dan sumpahku.” .Dalil Hukum-hakam Berkenaan Ila‘

Dalil hukum-hakam berkenaan i1a’ ialah firman Allah TaalaKepada orang-orang yang bersumpah tidak akan mencampuri isteri-isteri mereka, diberikan tempoh empat bulan. Setelah itu, jika mereka kembali (mencampuri isteri-isteri itu), maka sesungguhnya Allah Amat Pengampun lagi Amat Pengasihani. Jika mereka berazam hendak menjatuhkan talak (dan tidak mahu kembali mencampuri isteri-isteri itu), maka (hendaklah mereka menjatuhkan talak, kerana) sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
(Al-Baqarah: 226-227)

Ali r.a. berkata:

Apabila seseorang lelaki melakukan ila’ terhadap isterinya, maka talaknya tidak akan jatuh, walaupun telah berlalunya empat bulan itu, sehingga si suami diminta membuat keputusan, sama ada mahu menceraikan isterinya ataupun mahu menarik balik sumpahnya (iaitu dengan kembali kepada
isterinya dan menyelesaikan kaffarahnya).’

Hukum seumpama ini turut diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.huma. Hukum seumpama ini juga tidak mungkin dikatakan dengan pendapat akal semata-mata. Oleh itu, hadis ini dihukum sebagai hadis marfu’.

Beberapa Masalah Talak

Penutup: Beberapa Masalah Talak

  1. Jika seorang lelaki bukan berbangsa Arab melafazkan talak menggunakan Bahasa Arab sedangkan dia tidak mengetahui maknanya, talak itu tidak jatuh, kerana dia tidak berniat demikian. Tetapi jika dia melafazkan talak menggunakan bahasanya, talak itu jatuh, sekalipun dia tidak berniat talak.
    Hukum ini berlaku selagi lafaz yang digunakan adalah lafaz sorih (jelas), iaitu tidak boleh ditafsirkan selain daripada makna talak. Jika lafaz yang digunakan tidak sorih (ielas), ia memerlukan niat, agar talak tersebut jatuh sebagaimana talak yang diucapkan menggunakan bahasa Arab.
  2. Seorang lelaki berkata kepada isterinya: ”     (aku bercerai daripada kamu). Jika dia berniat talak, talak itu jatuh.
    Jika tidak, talak tidak jatuh. Ini kerana lafaz tersebut bertukar menjadi lafaz kinayah (kiasan) disebabkan dia menyandarkan sesuatu bukan pada tempatnya. Dengan ini, niat diperlukan dalam menentukan jatuh talak atau tidak.
  3. Suami berkata kepada isterinya: “Aku ceraikan kamu. Aku ceraikan kamu. Aku ceraikan kamu.” Jika suami diam seketika di antara ketiga-tiga ayat tersebut, jatuhlah talak tiga, jika ‘uruf menganggap diam tersebut sebagai pemisah antara ayat-ayat yang dilafazkan. Mahkamah tidak boleh ménerima dakwaannya yang mengatakan dia melafazkannya sebanyak tiga kali untuk menzahirkan kesungguhannya, kerana ia bertentangan dengan zahir ayat. ‘ Jika suami menyebutnya secara bersambung tanpa berhentl (tidak dipisahkan oleh pemisah seperti dalam masalah di atas), jika dia melakukannya dengan niat menguatkan lagi kata katanya, maka jatuh talak satu. Jika dia berniat talak tiga, jatuh talak tiga. Jika dilafazkan tanpa mempunyai apa-apa niat (bukan untuk menguatkan kata-kata, dan bukan juga untuk menjatuhkan talak tiga), maka jatuh talak tiga berdasarkan zahir lafaz yang digunakan.
  4. Jika suami berkata kepada isterinya: “Insya Allah (jika Allah kehendaki) aku ceraikan kamu,” talak tersebut tidak jatuh jika dia berniat mengaitkannya dengan kehendak Allah. Ini kerana kita tidak tahu kehendak Allah. Jika suami tidak berniat mengaitkannya dengan kehendak Allah tetapi berniat mengambil berkat, atau tidak mempunyai sebarang niat, maka jatuh talak tersebut.
  5. Isteri mencerca suami, seperti berkata: “Wahai si bodoh,” atau “wahai si dungu,” dan suami pula menjawab: “Jika aku ini seperti yang kamu katakan, aku ceraikan kamu.” Jika suami berkata demikian sebagai membalas kata-kata isterinya dan menzahirkan kemarahannya dengan ancaman talak, sebagaimana isterinya rnenzahirkan kemarahannya dengan celaan itu, maka talak tersebut jatuh walaupun suaminya tidak bodoh atau dungu. Ini seolah-olah suami berkata: “Jika engkau menyangka aku seperti itu, aku ceraikan kamu.”  Jika suami bermaksud mengaitkan talak dengan wujudnya kebodohan atau kedunguan, atau suam1 menyebutnya tanpa mempunyal maksud tertentu, maka hukumnya sama seperti talak ta’lik. Jika suami tidak bodoh atau dungu, talak tersebut tidak jatuh. Jika suami benar-benar bodoh atau dungu seperti yang dikatakan, talak tersebut jatuh.

 

Menyerahkan Kuasa Talak kepada Isteri (Talak Tafwidh)

Menyerahkan Kuasa Talak kepada Isteri (Talak Tafwidh)

Sah bagi seorang suami menyerahkan kuasa talak kepada isterinya. Penyerahan kuasa ini sama seperti menyerahkan hak menjatuhkan talak kepada isteri.

Syarafit-syarat Jatuh Talak Tafwidh

Syarat-syarat jatuh talak tafwidh (talak yang dilakukan oleh isteri setelah suami menyerahkan hak tersebut kepadanya) ialah;

  1. Talak itu mestilah berlaku terus (talak tanjiz). ’Tidak sah talak yang dilakukan secara ta’lik seperti suami berkata: “Apabila tibanya hari esok, engkau cerailah diri engkau sendiri.”
  2. Suami yang menyerahkan kuasa talak mestilah seorang mukallaf. Tidak sah penyerahan tersebut jika suami masih kecil atau gila.
  3. Isteri juga mestilah seorang mukallaf. Tidak sah tersebut jika isteri masih kecil atau gila.
  4. Isteri mestilah menceraikan dirinya dengan segera sebaik sahaja berlaku penyerahan kuasa talak tersebut. Tidak sah talak tersebut jika isteri melambat-lambatkannya ijab dan qabul terpisah.

Dalil Harus Menyerahkan Kuasa Talak kepada Isteri

Dalil harus menyerahkan kuasa talak kepada isteri ialah tindakan Nubi Muhammad .s.a.w. yang memberikan pilihan kepada isterinya sama ada ingin kekal tinggal bersamanya atau berpisah. Peristiwa ini berlaku setelah turunnya ayat al-Quran yang berbunyi:

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri~isterimu: “Jika kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah)
dan perhiasannya (yang indah), maka marilah aku berikan kepada kamu pemberian saguhati, dan aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya.
– (A1-Ahzab: 28)

Kalaulah tawaran pilihan untuk berpisah tidak memberi apa-apa kesan, sudah tentu memberi pilihan kepada mereka tidak mendatangkan sebarang makna.

Penggunaan Lafaz Pengecualian dalam Talak

Penggunaan Lafaz Pengecualian dalam Talak

Sebagaimana yang kami sebutkan, talak ta’lik yang dikaitkan dengan syarat atau sifat adalah sah. Begitu juga dengan talak yang menggunakan lafaz pengecualian.

Maksud lafaz pengecualian dalam talak ialah suami menyebut bilangan talak yang banyak dalam satu lafaz kemudian melakukan pengecualian terhadap bilangan tersebut. Contohz suami berkata: ” Aku ceraikan engkau dengan talak tiga kecuali satu talak,” atau “Aku ceraikan engkau dengan talak tiga kecuali dua talak.”

Ini kerana lafaz pengecualian dalam uslub bahasa Arab adalah diiktiraf. Ia digunakan oleh al-Quran dan sunnah untuk menjelaskan sesuatu dan mengira dengan tepat.

Firman Allah Taala mengenai Nabi Nuh a.s.:

Dia tinggal di kalangan mereka selama 1,000 tahun kecuali 50 tahun.
(Al-‘Ankabut: 14)

Oleh itu lafaz pengecualian boleh digunakan untuk menjatuhkan talak dan mengira bilangan talak yang hendak dijatuhkan.

Syarat Sah Talak yang Menggunakan Lafaz Pengecualian

Syarat sah talak yang menggunakan lafaz pengecualian ialah:

  1. Ketika melafazkan talak, suami mesti rnempunyai niat memasukkan lafaz pengecualian sebelum selesai melafazkan talak. Jika dia selesai melafazkan lafaz talak kemudian baru terfikir untuk melakukan pengecualian, pengecualian tersebut tidak sah. Talak tetap jatuh sebagaimana yang diucapkannya
    sebelum melakukan pengecualian.
  2. Lafaz talak dan pengecualian hendaklah tidak terpisah. Terpisah atau tidaknya diukur berdasarkan ‘uruf (kebiasaan yang berlaku). Jika ‘uruf mengatakan lafaz talak dan pengecualian yang dipisahkan oleh satu tempoh masa tertentu seperti seminit sebagai pemisah, pengecualian tersebut adalah terbatal. Dengan itu talak berlaku mengikut lafaz yang diucapkan sebelum pengecualian.
  3. Pengecualian tersebut tidak sama dengan bilangan talak yang dilafazkan seperti suami berkata: “Kamu diceraikan dengan talak tiga kecuali tiga talak.” Pengecualian ini tidak membawa sebarang makna. Dengan itu talak berlaku mengikut lafaz yang diucapkan sebelum pengecualian.

Perlu difahami bahawa pengecualian daripada ayat isbat, dikira sebagai menafikan sesuatu. Manakala pengecualian daripada ayat nafi, dikira sebagai mengisbat (mengiya) sesuatu. Ini kerana pengecualian memberikan makna yang berlawanan daripada maksud asal sesuatu ayat. Jika suami berkata: “Aku tidak menceraikan kamu kecuali dengan talak dua,” ketika itu jatuhlah talak dua.

Dalil Sah Menggunakan Lafaz Pengecualian dalam Talak

Dalil sah menggunakan lafaz pengecualian dalam talak ialah sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Sesiapa yang membebaskan hamba atau melafazkan talak, dan dia menggunakan lafaz pengecualian, maka baginya pengecualian tersebut.’ 1


1 Disebut oleh lbnu al-Atsir dalam an-Nihayah dalam kata dasar  .

Talak Ta’lik

Talak Ta’lik (Tergantung)

Talak sah dilakukan secara talak tanjiz (di1aksanakan terus). Ia juga sah dilakukan secara talak ta’lik (tergantung).

Maksud talak ta’lik (talak tergantung) ialah suami mengaitkan talak dengan sesuatu sifat atau syarat, sama ada mempunyai hubungan dengan isterinya atau orang lain. Contoh: suami mengaitkan talak dengan pulangnya orang yang hilang atau mengaitkannya dengan tindakan tertentu yang dilakukan oleh isterinya atau orang lain.

Contoh talak ta’lik yang dikaitkan dengan sifat ialah suamiberkata: “Aku ceraikan kamu ketika kedatangan ayah kamu, atau “aku ceraikan kamu pada bulan Ramadhan.” Oleh itu, isteri akan jatuh talaknya apabila ayahnya datang, atau apabila masuknya bulan Ramadhan.

Contoh talak ta’lik yang dikaitkan dengan syarat ialah suami berkata: “Aku ceraikan kamu jika kamu keluar dari rumah ini, atau “aku ceraikan kamu jika saudaramu masuk ke rumah ini. Talak akan jatuh jika isteri keluar dari rumah itu, atau apabila saudaranya masuk ke dalam rumah itu.

Dalil sah talak ta’lik yang dikaitkan dengan sifat atau syarat dan jatuhnya talak jika syarat atau sifat itu benar-benar berlaku ialah sabda Nabi s.a.W. yang bermaksud:

Orang-orang Islam terikat dengan syarat-syarat mereka. 1

Difahami daripada hadis di atas, syarat-syarat yang dikaitkan dengan berlakunya sesuatu perkara adalah diambil kira oleh syarak selagi ia tidak mengharamkan perkara halal atau menghalalkan perkara haram.

Kesan Talak Ta’lik

Kesan-kesan yang timbul daripada talak ta’lik ialah;

  1. Talak tidak akan berlaku selagi perkara yang dikaitkan dengan talak itu masih belum berlaku.
  2. Kehidupan suami isteri akan berterusan secara sempurna daripada segi hukum-hakam dan kewajipannya selagi syarat yang disebutkan dalam talak ta’lik belum berlaku, walaupun ia pasti berlaku seperti suami berkata: “Apabila datangnya bulan Ramadhan, aku ceraikan kamu.”
  3. Talak akan jatuh sebaik sahaja syarat yang disebutkan dalam talak ta’lik berlaku. Suami tidak perlu melafazkan talak yang baru.

1 Riwayat Hakim dalam kitab jual beli, bab orang muslim terikat denganmereka dan perjanjian damai adalah harus, 2/49.

Hukum Talak Tiga dengan Satu Lafaz

Hukum Talak Tiga dengan Satu Lafaz

Jika suami menceraikan isterinya tidak menggunakan cara yang paling afdhal (sebagaimana yang disebutkan sebelum ini), ini tidak bermakna talak tidak jatuh. Bahkan talak tetap jatuh dalam apa juga keadaan selagi syarat-syarat yang telah kita bincangkan terdapat pada suami yang menceraikan isterinya.

Berdasarkan kenyataan di atas, jika suami melafazkan talak tiga dengan satu lafaz dalam satu masa seperti dia berkata: “Aku ceraikan engkau dengan talak tiga,” jatuh talak dengan talak tiga. Keadaannya adalah sama seperti dia melafazkan talak dengan cara yang berasingan (satu persatu sebanyak tiga kali).

Talak seperti itu tidak haram, malah ia hanyalah khilaf sunnah dan tidak bertepatan dengan cara talak yang terbaik. Dalilnya ialah hadis yang menyebut bahawa:

Rukanah telah menceraikan isterinya sama sekali (iaitu beliau berkata kepada isterinya: ‘Aka ceraikan engkau sama sekali). ” Nabi s.a.w. berkata kepadanya selepas beliau bertanyakan cara untuk rujuk kepada isterinya: “Demi Allah, adakah kamu hanya bermaksud talak satu sahaja?” Rukanah menjawab: “Demi Allah, aku hanya bermaksud talak satu sahaja.!” Maka Nabi s.a.w. mengembalikan semula isterinya kepadanya.’ 1

Hadis di atas menjadi dalil kerana jika Rukanah bermaksud talak tiga semasa dia berkata semua sekali, nescaya talak tiga itu akan berlaku, dan Nabi s.a.w. tidak akan membenarkan dia kembali rujuk kepada isterinya. Jika Nabi s.a.w. tidak mengizinkannya, permintaan dan sumpah yang dilakukan tidak akan membawa apa-apa makna. Tetapi di sini permintaan dan sumpah memberi makna kepadanya, kerana Nabi s.a.w. membenarkannya kembali
merujiuk kepada isterinya.

  1. Rlwayat Tirmizi dalam kitab talak, bab hadis tentang seorang Ielaki yang menceraikan isterinya secara semua sekali, no. 1177; Abu Daud dalam kitab talak, bab talak semua sekali,, no. 2208; dan Ibnu Majah dalam kitab talak, bab talak semua sekali, no. 20511.
  2. Kalimah sifat di sini hendaklah difahami dengan makna yang dikehendaki dalam tajuk sifat dan mausuf dalam tatabahasa bahasa Arab.

 

Cara Talak yang Paling Afdal

Cara Talak yang Paling Afdal

Ketahuilah, cara talak syarie yang paling baik dan bertepatan dengan hikmat Allah menyerahkan hak talak kepada suami dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu;

Suami menceraikan isterinya dengan talak satu semasa dia masih suci dan tidak menyetubuhinya semasa suci itu. Jika ingin hidup bersama dan menyesal, dia boleh rujuk kembali kepada isterinya dalam tempoh masa edah.

Jika dia ingin menceraikan isterinya selepas itu (selepas dirujuk), dia boleh menceraikannya dengan talak dua. Dia masih  mempunyai satu talak. Jika dia menceraikan isterinya buat ketiga, talak tersebut dikira sebagai talak bain. Dia tidak boleh lagi rujuk atau mengahwini bekas isterinya melainkan selepas dia berkahwin dengan lelaki lain dengan perkahwinan yang syar’ie.

Kita akan terangkan hukum ini kemudian insya Allah.

Inilah yang difahami secara jelas daripada firman Allah;

Talak (yang boleh rujuk kembali itu) hanya dua kali. Sesudah itu, bolehlah dia (merujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya, atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik.
(al-Baqarah: 229)

Cara Talak yang Syarie

Cara Talak yang Syarie

Talak mungkin berlaku dengan pelbagai cara. Antaranya:

1. Menghimpunkan talak pertama, talak kedua dan talak ketiga dalam satu lafaz atau menjatuhkan setiap talak tersebut dengan lafaz yang berasingan. ‘
2. Menjatuhkan talak dengan menggunakan lafaz tanjiz (dilaksanakan terus) atau ta’lik (tergantung) dengan syarat, atau menggunakan lafaz tanjiz atau ta’lik dan disertai dengan lafaz istisna’ (pengecualian).

Syarat Sah Talak

Syarat Sah Talak

Suami mestilah mempunyai syarat-syarat berikut supaya dia mempunyai hak talak dan membolehkan talak berlaku:

1. Akad nikah telah sabit berlaku.

Talak seorang lelaki terhadap seorang perempuan yang tidak dinikahinya tidak jatuh. Talak juga tidak jatuh terhadap perempuan yang akan dinikahinya sama ada talak itu menggunakan lafaz tanjiz (dilaksanakan terus) seperti dia berkata: “Aku ceraikan engkau” atau ta’lik (tergantung) seperti dia berkata: “Jika aku berkahwin dengan engkau, aku ceraikan engkau.”

Hukum di atas adalah berpandukan kepada firman Allah,

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuh mereka, maka tiadalah kamu berhak terhadap mereka mengenai sebarang edah yang kamu boleh hitungkan masanya.
(Al-Ahzab: 49)

Allah Taala mengaitkan kesan talak dan hukum hakamnya dengan termeterainya akad nikah terlebih dahulu.

Dalil daripada hadis ialah sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:

Talak tidak berlaku sebelum akad nikah. 1

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Nazar seseorang tidak berlaku pada sesuatu yang tidak dimilikinya. Pembebasan hamba oleh seseorang tidak berlaku pada hamba yang tidak dimilikinya. Talak seseorang tidak berlaku pada perempuan yang bukan isterinya? 2

2. Waras serta sempurna akalnya. 

Talak kanak-kanak, orang gila dan orang yang tidur tidak jatuh. Dalilnya ialah hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ali r.a.:

Diangkatkan qalam (taklif) daripada tiga golongan: daripada orang yang tidur sehingga dia terjaga; daripada kanak-kanak sehingga dia baligh; dan daripada orang gila sehingga dia kembali berakal 3

1 Riwayat Hakim dalam kitab talak, bab tidak sah talak bagi orang yang tidak memiliki, 2/205. Beliau mengatakan hadis ini sahih.
2. Riwayat Abu Daud dalam kitab talak, bab talak sebelum berkahwin, no. 2190; dan Tirmizi dalam kitab talak, bab talak sebelum kahwin, no. 1181, danpada Abdullah bin Umar r huma..
3. RiwayatAbu Daud dalam kitab hudud, bab orang gila mencuri atau me!akukan jenayah hudud, no. 4403; dan lain-lain.

Orang yang terlupa dan orang yang tidak mengetahui makna kata-kata yang telah dituturkannya termasuk ke dalam
tiga golongan yang disebutkan di atas. Walau bagaimanapun, dakwaannya bahawa dia lupa atau dia tidak tahu makna kata-katanya tidak boleh diterima sehingga adanya bukti dan saksi yang menyokong dakwaannya.

Talak Orang yang Mabuk

Orang yang mabuk disebabkan ubat yang mesti digunakan dan dia mabuk selepas menggunakannya atau dipaksa
ugutan supaya meminum minuman yang memabukkan atau yang memabukkan dimasukkan ke dalam tubuhnya,
adalah sama dengan hukum kanak-kanak, orang yang dan orang yang lupa. Semuanya mempunyai illah yang sama iaitu keuzuran.

Jika dia mabuk dengan niat dan pilihannya sendiri tanpa sebarang keuzuran, talaknya adalah jatuh dan berlaku. Hukumnya sama seperti hukum orang yang Waras. Ia juga adalah hukuman kepadanya kerana tindakannya meminum minuman yang memabukkan. Ini kerana orang yang mabuk adalah mukallaf (bertanggung jawab terhadap tindakannya). Juga kerana ijmak sahabat Nabi s.a.w. menyatakan bahawa kata-kata yang dilafazkan semasa mabuk seperti menuduh perempuan yang suci berzina dan lain-lain akan dikenakan tindakan.

3. Mempunyai kuasa memilih yang sempurna dan mencukupi.

Talak yang dilafazkan secara paksa tidak jatuh. Talak paksaan hendaklah mengambil kira syarat-syarat paksaan seperti

i. Paksaan yang berlaku tidak syar’ie. Tetapi jika paksaan itu berlaku secara syar’ie seperti suami memberi mudarat kepada isteri lalu hakim memaksa suami menceraikan isterinya, talak yang dilafazkan secara paksa itu tetap jatuh.

ii. Paksaan disertai dengan ugutan yang ditujukan terus kepada suami. Ugutan tersebut hendaklah ugutan yang
menyebabkan suami terdedah kepada mudarat yang besar seperti dibunuh, dipotong anggota atau dipukul dengan
yang sangat menyakitkan. Bagi mereka yang mempunyai kedudukan dan dipandang mulia, pukulan yang kurang menyakitkan dan disakiti dengan sedikit kesakitan sudah cukup untuk memenuhi syarat ini. ’

iii. Orang yang memaksa mampu melaksanakan ugutannya. Sabda Rasulullah s.a.w. :

Tidak sah talak dan tidak sah pembebas.an hamba dalam keadaan dipaksa.1

Sesungguhnya Allah telah menggugurkan daripada umatku hukum tersalah, terlupa dan dipaksa 2

iv. Suami yang dipaksa tidak melakukan lebih daripada apa yang dipaksa. Jika dia dipaksa menjatuhkan talak satu atau menjatuhkan talak tanpa disuruh berapa kali tetapi dia menceraikan isterinya dengan talak dua atau talak tiga, talak itu jatuh.

Talak Orang yang Bergurau atau Main-main

Jika diperhatikan syarat-syarat jatuhnya talak orang yang dipaksa, kamu akan mengetahui bahawa talak orang yang bergurau dan bermain-main juga jatuh selagi dia seorang yang waras, baligh, berakal dan boleh memilih. Gurauan dan main-mainnya itu tidak dianggap sebagai sebab talak tidak jatuh.

Hukum ini berpandukan kepada sabda Rasulullah s.a.W.:

Tiga perkara yang jika dilakukan secara bersungguh-sungguh akan berlaku, dan jika dilakukan secara main-main
juga akan berlaku: nikah, talak dan rujuk.3

1 Riwayat lbnu Majah dalam kitab talak, bab talak orang yang dipaksa dan orang yang lupa, no. 2046.
2 Riwayat lbnu Majah dalam kitab talak, bab talak orang yang dipaksa dan orang yang lupa, no. 2045; dan Iain-lain.
3 Riwayat Tirmizi dalam kitab talak, bab hadis tentang bersungguh dan bergurau dalam talak, no. 1184; Abu Daud dalam kitab talak, bab talak dengan bergurau, no. 2194; dan lbnu Majah dalam kitab talak, bab sesiapa yang mentalak, berkahwin dan rujuk dengan main-main, no. 2039, daripada Abu Hurairah r.a..