Tempoh Penjagaan Anak

Tempoh Penjagaan Anak

Dari perspektif syarak, tempoh penjagaan kanak-kanak berterusan sehingga setelah sempurna sifat mumayyiznya. Maksud mumayyiz ialah kanak-kanak tersebut boleh menguruskan urusan hidup yang khusus untuk mereka tanpa memerlukan bantuan orang lain

Maksud urusan hidup yang khusus untuk mereka ialah mengambil makanan dan minuman, membuang air besar, membersihkan diri daripada kotoran, boleh bersuci seperti mengambil Wudhu’ dan sebagainya. Biasanya, umur mumayyiz ialah tujuh tahun. Apabi1a kanak-kanak itu telah mencapai usia tujuh tahun dan telah mumayyiz, maka tempoh hadhonah dikira telah selesai

Dari saat itu bermulalah satu peringkat yang lain dalam penjagaan iaitu kafalah.
Jika kanak-kanak tersebut telah mencapai usia tujuh tahun dan telah mumayyiz, dia diberi pilihan untuk memilih antara kedua ibubapanya. Sesiapa yang terpilih, dialah yang berhak menjaganya

Dalilnya ialah hadis daripada Abu Hurairah r.a.:
Nabi s.a.w telah memberi pilihan kepada seorang kanak-kanak di antara ibunya dan bapanya.’
Dalam satu riwayat di sisi Abu Daud dan selainnya disebabkan:
Seorang perempuan datang mengadu: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya bekas suamiku ingin mengambil anakku. Anakku telah memberiku minum daripada telaga Abu ‘Inabah, Sesungguhnya dia amat bermanfaat kepadaku.” Rasulullah s.a.w. bersabda (kepada perempuan itu dan bekas suaminya): “Buatlah undian untuk mendapatkan anak kamu.” Bekas suami perempuan tersebut berkata: “Siapa yang mahu bertelagah denganku pada anakku?”Nabi s.a.w. bersabda (kepada si anak): “Ini bapa kamu, dan ini ibu kamu. Peganglah tangan sesiapa yang kamu pilih. ”Anak tersebut memegang tangan ibunya, lalu si ibu beredar membawa anaknya pulang

I Riwayat Tirmizi dalam kitab hukum-hakam, bab hadis tentang memberi pilihan kepada kunak-kanak di antara kedua ibubapanya apabila mereka telah berpisah, no. 1357.
2 Abu Daud dalam kitab talak, bab siapakah yang lebih berhak terhadap anak, no. 2277; dan lain-Iain.

Maksud telaga Abu Inabah ialah telaga tertentu. Zahir hadis menunjukkan ia terletak di tempat yang jauh. Perempuan tersebut bermaksud: anaknya telah besar dan mampu menolongnya. Dialah yang mendidiknya ketika kecil, ketika anaknya tidak dapat memberikan apa-apa pertolongan kepadanya

Jika kanak-kanak mumayyiz tersebut memilih bapanya, kemudian bapanya hilang atau tidak layak menjaganya lagi, datuk atau keturunan di atas yang lebih berhak menggantikannya

Seterusnya ialah adik beradik lelaki dan bapa saudara sebelah bapa. Seterusnya anak lelaki kepada bapa saudara sebelah bapa (sepupu) sewaktu ketiadaan mereka berdua. Begitulah seterusnya berdasarkan turutan yang telah kami sebutkan sebelumy ini

Jika anak itu adalah seorang gadis yang boleh memikat hati atau gadis remaja (hampir mencapai umar baligh), dia tidak boleh diletakkan di bawah jagaan sepupunya. Jika tidak ada kaum keluarga selain sepupunya, dia wajib dijaga oleh seorang pérempuam yang boleh dipercayai dan dibantu oleh sepupunya.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *