Sebab-sebab Pusaka

Sebab-sebab Pusaka

Definisi Sebab

Sebab daripada segi Bahasa Arab bermaksud sesuatu yang dapat mencapai sesuatu yang lain. Daripada segi istilah bermaksud sesuatu yang mewajibkan kewujudan sesuatu yang lain, atau sesuatu yang mewajibkan ketiadaan sesuatu yang lain. ;

Definisi Pusaka

Daripada segi Bahasa Arab, al-mirats ( ) dan al-irts ( ) mempunyai maksud yang sama, iaitu kekal atau perpindahan sesuatu daripada seseorang kepada seseorang yang lain.

Al-Irts juga digunakan dengan makna harta yang diwarisi atau warisan. Daripada segi Bahasa Arab, ia bermaksud asal atau baki sebagaimana dalam firman Allah:

Dan kamu memakan harta pusaka secara rakus (sama ada halal atau haram). (A1-Fajr: 19)

Begitu juga dalam sabda Rasulullah s.a.w.:

Teruslah berada di tempat-tempat wukuf kamu itu, kerana sesungguhnya kamu memang menepati pusaka moyang kamu, Nabi Ibrahim a.s..’

Maksudnya mengikut agama asal dan saki baki peninggalan agama Nabi Ibrahim a.s..

Pusaka menurut istilah syarak ialah hak milik yang boleh dibahagikan kepada yang berkelayakan selepas kematian pemiliknya, sama ada kerana hubungan kekeluargaan atau seumpamanya, seperti hubungan perkahwinan dan wala‘.

Sebab-sebab Pusaka ada Empat

  1. Hubungan keturunan. Iaitu hubungan kekeluargaan. Ia diwarisi oleh ibu bapa simati dan orang yang ada hubungan dengan mereka berdua, seperti adik beradik lelaki dan perempuan simati, dan anak-anak kepada adik beradik lelaki seibu sebapa atau sebapa si mati.
    Pusaka juga diwarisi oleh anak-anak dan orang yang ada hubungan dengan mereka, seperti anak-anak lelaki dan perempuan si mati, dan cucu-cucu lelaki daripada anak lelaki dan perempuan simati.
  2. Pernikahan. Iaitu hubungan perkahwinan yang sah, walaupun mereka tidak sempat bersetubuh atau berkhalwat. Kedua-dua suami isteri berhak mewarisi pusaka pasangannya.
    Mereka juga berhak mewarisi pusaka ketika iddah talak raj ‘ie. Walau bagaimanapun, suami atau isteri tidak boleh mewarisi pusaka pasangannya jika pernikahan mereka tidak sah, walaupun sempat bersetubuh atau berkhalwat. Contoh pernikahan yang tidak sah ialah pernikahan yang dilangsungkan tanpa wali, atau tanpa saksi, termasuklah nikah mut ‘ah.
  3. Wala‘ ( ). Wala‘ daripada segi bahasa Arab bermaksud hubungan kekeluargaan. Maksud wala‘ di sini ialah pembebasan hamba, iaitu hubungan ’ash0bah yang disebabkan oleh jasa hubungan pembebas hamba kepada hamba yang dibebaskan.
    Dengan hubungan ini, bekas hamba itu akan diwarisi oleh pembebasnya, sama ada lelaki ataupun wanita, seterusnya oleh ‘ashobah binnafsi kepada pembebas itu.Rasulullah s.a.w. bersabda:
    Wala‘ (hubungan bekas hamba dengan pembebasnya) adalah satu hubungan yang sama seperti hubungan keturunan. Walau bagaimanapun, bekas hamba tidak boleh mewarisi harta pembebasnya.
  4. Islam. Apabila seorang muslim mati dan tidak sesiapa yang mewarisinya berdasarkan sebab-sebab di atas, maka harta peninggalan hendaklah diserahkan Baitul Mal. Dalilnya ialah sabda Nabi s.a.w.:Sesiapa yang mati meninggalkan ahli keluarga, maka urusan mereka terserah kepadaku. Sesiapa yang mati meninggalkan harta, maka ia adalah’ hak para warisnya. Aku adalah pewaris bagi sesiapa yang tiada pewaris. Akulah yang akan membayar diyatnya dan mewarisi hartanya?

Sememangnya dimaklumi, Nabi s.a.w. tidak pernah mewarisi sebarang pusaka untuk dirinya sendiri, sebaliknya baginda membelanjakan harta untuk kepentingan umat Islam.

Umat Islam mewarisi harta si mati sebagaimana ashobah yang mewarisi pusaka si mati. Dengan ini, pemerintah hendaklah menyerahkan harta si mati yang tiada pewaris kepada Baitul Mal atau memberikannya kepada sesiapa yang dikehendaki Berdasarkan kenyataan di atas, Baitul Mal hendaklah didahulukan  daripada radd dan Zawil Arham (kaum kerabat yang tidak mewarisi si mati).

1 Riwayat Ahmad dalam Musnad (1/191, 194)
2 Riwayat Abu Daud (2956) dengan sanad sahih dalam [Kitab Kharaj Dan lmarah, Bab rezeki dan Zuriat] daripada al-Miqdam bin Ma’ dikanb r.a..

Pandangan Para Ulamak Mutakhir Mazhab Syafie tentang Baitul Mal

Para ulamak mutakhir mazhab Syafie mengeluarkan fatwa bahawa tidak perlu menyerahkan harta pusaka kepada Baitul Mal, kerana syarat Baitul Mal boleh mewarisi harta pusaka ialah ia diurus tadbir dengan baik. Maksud diurus tadbir dengan baik ialah harta pusaka dibelanjakan menurut yang dibenarkan syarak.

Malangnya, Baitul Mal kini tidak tersusun, dan tiada harapan untuk disusun dengan baik. Keadaan ini mungkin berterusan sehingga Nabi Isa a.s. diturunkan kelak.

Oleh itu, mereka berpendapat harta pusaka ini perlu dikembalikan ke’pada Ashabul Furudh (waris-waris yang mewarisi si mati secara fardh) selain suami isteri. Sekiranya mereka tiada, maka ia diserahkan kepada Zawil Arham (kaum kerabat yang tidak mewarisi si mati). Dengan ini, kebanyakan ulamak masa kini tidak menyebut Baitul Mal sebagai pewaris pusaka.

Imam Abu Abdillah Muhammad bin Ali bin Muhammad bin Husain ar-Rahabi yang lebih dikenali sebagai Ibnu Muwaffaqiddin menyebut di dalam nazamnya yang dinamakan ar-Rahabiyyah:

Sebab-sebab mewarisi pusaka manusia ada tiga.
Setiap satunya menyebabkan tuannya mewarisi pusaka.
Iaitu pernikahan, wala‘ dan keturunan.
Selepas itu, tiada lagi sebab lain bagi pusaka.

 

RiwayatAbu Daud (1919) dalam [Kitab Manasik, Bab Tempat Berhenti DiArafah], Tarmizi (883) dalam [Kitab Haji, Bab Wukuf Dan Doa Di Arafah], Nasaie (5/255) dalam [Kitab Haji, Bab Mengangkat Kedua-dua Tangan Ketika Doa Di Arafah] dan Ibnu Majah (3011) dalam [Kitab Manasik, Bab Tempat Berhenti Di Arafah].

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *