Nafkah Furu’ kepada Usul

Nafkah Furu’ kepada Usul

Usul (ayah datuk ke atas) wajib memberikan nafkah kepada furu’ (anak cucu ke bawah) sebagaimana dalil dan syarat-syarat yang telah kami jelaskan. Begitu juga furu’ wajib memberikan nafkah kepada usul iaitu bapa, ibu, datuk, nenek dan ke atas berdasarkan dalil dan syarat-syarat di bawah.

Dalil Furu’ Wajib Memberikan Nafkah kepada Usul

Dalil-dalil yang menunjukkan furu’ Wajib memberikan nafkah kepada usul adalah berdasarkan al-Quran, sunnah dan qias.

Dalil daripada al-Quran ialah firman Allah Taala:

Dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan, baik. (Luqman: 15)

Dan Tuhan telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.
(Al-Isra’: 23)

Bergaul dengan baik dan berbuat baik kepada ibu bapa yang ingin dilakukan oleh anak tidak dapat dilaksanakan kecuali dendan dia mengambil tanggung jawab memberikan nafkah kepada mereka berdua ketika diperlukan.

Dalil daripada sunnah ialah sabda Rasulullah s.a.W.:

Sesungguhnya antara sebaik-baik harta yang dimakan oleh seseorang lelaki ialah harta yang diperolehi daripada hasil usahanya sendiri. Anaknya juga adalah daripada hasil usahanya sendiri.’

Kamu dan harta kamu adalah milik ayahmu. Sesungguhnya anak-anak kamu adalah antara sebaik-baik hasil usaha kamu. Oleh itu, makanlah daripada hasil usaha anak-anak kamu?

Toriq al-Muharibi r.a. berkata:

Aku sampai di Madinah. Tiba-tiba aku dapati Rasulullah s.a.w. sedang berdiri di atas mimbar sambil berkhutbah kepada orang ramai dengan bersabda:


Tangan orang yang memberi ialah tangan yang paling tinggi (lebih mulia daripada tangan orang yang diberikan kepadanya). Mulakanlah dengan tanggunganmu: emak kamu, bapa kamu, saudara perempuanmu dan saudara lelaki kamu, kemudian orang yang paling dekat, paling dekat.”

Datuk Kulaib bin Manfa’ah r.a. menceritakan

Beliau datang menemui Nabi s.a.w. lalu bertanya: “Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku perlu berbuat baik?” Baginda menjawab: “Ibumu, bapamu, saudara perempuanmu, saudara lelakimu dan kerabatmu yang berikutnya selepas mereka. Ini adalah kata-kata yang benar, dan mereka adalah kaum keluarga yang wajib dihubungkan silaturrahim.”

Dalil daripada qias dan ijtihad ialah qias kepada hukum wajib memberi nafkah kepada furu’. Ini kerana jika usul mernberi nafkah kepada furu’ ketika tidak berkemampuan, jugalah dengan furu’. Dia wajib memberi nafkah kepada usul tidak berkemampuan. Ini kerana illahnya sama iaitu akrabnya hubungan. Ia merupakan asas hubungan kaum keluarga tertanam kukuh di antara usul dan furu’.

  1. Riwayat Abu Daud dalam kitab jual beli dan sewa, bab tentang bapa makan daripada harta anaknya, no. 3528; Tirmizi dalam kitab hukum hakam, bab bapa mengambil harta untuknya, no. 1358; dan Iain-lain, daripada Aisyah r.ha.
  2. Riwayat Abu Daud dalam kitab jual beli dan sewa, bab tentang bapa makan daripada harta anaknya, no. 3530
  3. Riwnyat Nasaie dalam kitab zakat, bab tangan yang mana satu lebih tinggi, 5/61.
  4. Riwayat Abu Daud dalam kitab adab, bab berbuat baik kepada ibu bapa, no. 5140 daripada Kulaib bin Manfaah daripada datuknya r.a..

Syarat Wajib Nafkah Furu’ kepada Usul

Syarat-syarat yang menjadikan furu ‘ wajib memberikan kepada usul ialah:

  1. Anak (furu’) mempunyai lebihan nafkah untuk keperluan asasi (dharuri) diri dan isterinya untuk tempoh sehari semalam. Jika nafkah yang dimiliki hanya cukup untuk keperluan diri dan isterinya untuk tempoh sehari semalam, dia tidak dipertanggungjawabkan memberi nafkah kepada bapa dan ibunya. Ini kerana orang fakir tidak wajib memberikan nafkah kepada orang fakir yang sepertinya. Jika dia mempunyai lebihan setelah digunakan untuk keperluan asasi diri dan isteri , dia hendaklah memberikannya kepada kedua ibu bapanya. Jika lebihan tersebut hanya cukup untuk seorang, ibu hendaklah didahulukan. Ini berdasarkan kaedah: Sesuatu yang tidak dapat diambil (dipenuhi) semuanya, tidak boleh ditinggalkan semuanya.
  2. Usul hendaklah di kalangan orang-orang fakir. Maksud fakir di sini ialah dia tidak mempunyai pekerjaan yang boleh memenuhi keperluan asasinya (dharuri), sama ada dia mampu bekerja atau tidak. Syarat ini berbeza dengan syarat yang mewajibkan bapa memberikan nafkah kepada anak. Ini kerana di samping syarat fakir, anak mestilah memenuhi syarat tidak mampu bekerja sama ada kerana masih kecil (kanak-kanak), sakit yang berterusan (tidak boleh bekerja) atau gila.
    Perbezaan di antara usul dan furu’ dalam masalah ini ialah, usul (bapa) tidak dipandang hina apabila menyuruh furu’ (anaknya) yang mempunyai kemampuan supaya bekerja. Tetapi furu’ (anak) dipandang hina apabila menyuruh usul (ayah dan datuk ke atas) bekerja memandangkan mereka telah lama bekerja dan bersungguh demi membesarkan furu’, lebih-lebih lagi jika mereka telah tua.
  3. Ibu tidak mendapat nafkah secukupnya daripada suaminya, sama ada dari segi realiti atau hukum. Maksud syarat ini ialah: Anak wajib memberikan nafkah kepada ibunya dalam dua keadaan:

Keadaan pertama: Bapa tidak mampu memberikan nafkah kepada isterinya (ibu kepada anak tadi).

Keadaan kedua: Bapa telah meninggal dunia dan ibunya tidak mempunyai suami (tidak berkahwin lagi). Kemampuan ibu untuk berkahwin tidak membatalkan kewajiban ini. Ertinya, anak wujib memberikan nafkah kepada ibunya sehinggakan walaupun ada lelaki yang setaraf (kufu) dengannya meminta untuk berkahwin dengannya.

Syarat ini juga bermaksud kewajiban anak memberikan nafkah kepada ibunya terbatal dalam dua keadaan:
Keadaan pertama: Bapa mampu memberikan nafkah kepada isterinya (ibu kepada anak tadi).
Keadaan kedua: Ibu telah berkahwin dengan lelaki yang bukan bapanya, sama ada suaminya itu mampu memberikan nafkah kepadanya atau tidak.

Jika ibu meminta fasakh daripada suaminya yang tidak mampu memberikan nafkah dan fasakh itu diterima, ketika itu anak wajib memberikan nafkah kepada ibunya

Kewajiban Nafkah Tidak Terjejas Disebabkan Perbezaan Agama

Jika diteliti syarat-syarat di atas, sama ada syarat nafkah usul kepada furu’ atau sebaliknya, kita dapati persamaan agama di antara usul dan furu’ bukanlah syarat wajib nafkah. Oleh itu kewajipan memberikan nafkah usul kepada furu’, atau sebaliknya tidak terjejas dengan wujudnya perbezaan agama.
Dengan ini seseorang anak beragama Islam wajib memberikan nafkah kepada ayahnya yang bukan Islam. Begitu juga seorang ayah beragama Islam wajib memberikan nafkah kepada anak-anaknya yang bukan Islam apabila cukup baki syarat yang telah kita sebutkan.
Walau bagaimanapun, orang murtad tidak termasuk dalam hukum ini. Nafkah tidak diberikan kepadanya sama ada dia di kalangan usul ataupun furu’ kepada pemberi nafkah.

Dalil harus rnemberikan nafkah kepada usul walaupun bukan Islam (musyrik) ialah hadis yang diriwayatkan daripada Asma’ binti Abu Bakar r.huma. katanya:
Ibuku datang menemuiku dalam keadaan dia masih musyrik, iaitu semasa perjanjian damai Quraisy dengan Nabi s.a.w. (antara Perjanjian Hudaibiah dan Pembukaan Mekah). Aku pun bertanya Rasulullah s.a.w. dengan berkata:
”Wahai Rasulullah, ibuku datang menemuiku sedangkan dia membenci Islam. Adakah aku perlu menghubungkan silaturrahim dengannya?” Baginda s.a.w. bersabda: ”Hubunglah silaturrahim dengan ibumu. “’

Kadar Nafkah Furu’ kepada Usul

Kadar nafkah furu’ kepada usul juga tidak ditentukan. Ia terserah kepada kebiasaan (‘uruf) yang berlaku.

Ia juga tidak menjadi hutang jika tidak diberikan pada waktunya. Kecuali jika berlaku perselisihan di antara usul dan furu‘. Ketika itu qadi (pemerintah) hendaklah menentukan kadar yang sepatutnya diberikan kepada usul. Bayaran ini menjadi yang wajib dibayar oleh furu’ jika tidak diberikan pada waktunya. Perkara ini telah kita bincangkan sebelum ini.

Siapakah Sepatutnya Memberikan Nafkah

Jika kedua ibu bapa adalah orang fakir dan mereka mempunyai furu‘ yang sama hampir dengan mereka (dari segi hubungan kerabat), kesemua furu’ itu mesti memberikan nafkah kepada ibu bapa mereka. Ini kerana mereka semua memiliki illah (sebab) wajib nafkah. Bahagian nafkah yang perlu dikeluarkan oleh perempuan adalah separuh daripada bahagian lelaki sama seperti dalam masalah harta pesaka.
Jika mereka berselisih pendapat dalam menentukan siapakah yang paling hampir seperti anak atau cucu, nafkah diwajibkan kepada yang paling hampir sama mereka adalah waris ataupun bukan waris, lelaki atau perernpuan. Ini kerana hampir (dari segi hubungan kerabat) adalah lebih utama untuk diambil kira.

Jika anak adalah orang fakir dan ibu bapanya adalah orang yang senang (bukan fakir miskin), nafkahnya Wajib diberikan oleh bapanya. Ini kerana bapalah yang bertanggung jawab memberikan nafkah kepada anaknya yang masih kecil berdasarkan firman Allah:

Jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya.
(At-Tolaq: 6)

Nafkah bapa kepada anak yang telah besar tetapi fakir adalah sebagai lanjutan kepada nafkah semasa kecil. Sesiapa yang fakir dan mempunyai usul dan furu’ yang kaya, kewajiban memberi nafkah diserahkan kepada furu’ terlebih dahulu sekalipun hubungan mereka jauh. Ini kerana hubungan ‘as0bah furu’ adalah lebih kuat daripada hubungan ‘asobah usul. Furu’iah yang sepatutnya menjag ayahnya kerana kehormatan bapa amat besar.

Jika bilangan usul, furu’ atau orang lain yang memerlukan nafkah adalah ramai sedangkan lebihan keperluan dirinya tidak mencukupi untuk diberikan kepada mereka semua, dia hendaklah memberikan keutamaan berdasarkan susunan berikut:

Selepas memenuhi keperluan dirinya dia hendaklah mendahulukan:

  1. Isterinya kerana nafkah kepada isteri adalah pasti. Nafkah kepada isteri tidak akan terbatal walaupun dengan berlalunya masa. Ini berbeza dengan nafkah kepada usul dan furu’ kerana ia boleh terbatal dengan berlalunya masa sebagai mana yang telah kami jelaskan sebelum ini.
  2. Anaknya yang masih kecil. Begitu juga dengan anak yang telah dewasa tetapi gila kerana mereka amat tidak mampu untuk berkerja.
  3. lbu, kerana dia juga tidak mampu bekerja. Juga kerana haknya telah pasti disebabkan dialah yang mengandung, melahir, menyusu dan mendidik.
  4. Bapa, kerana kelebihannya juga amat besar.
  5. Anak yang sudah besar tetapi fakir, kerana hubungannya dengan bapanya amat dekat. Dekatnya hubungan mempunyai kelebihan tersendiri.
  6. Datuk dan ke atas, kerana kehormatannya seperti kehormatan bapa. Datuk menjadi asal keturunan dan haknya wajib dijaga.

_____________________
1 Riwayat Bukhari dalam kitab adab, bab hubungan dengan bapa yang musyrik, no.5633, Muslim dalam kitab zakat, bab kelebihan memberi nafkah dan sedekah kepada kaum keluarga terdekat…, no. 1003; dan lain-lain.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *