Pelaksanaan Hukum Pusaka adalah Wajib

Pelaksanaan Hukum Pusaka adalah Wajib

Sistem pusaka adalah suatu sistem yang sah berdasarkan kepada nas-nas al-Quran, sunnah dan ijmak ulamak. Ia sama seperti hukum sembahyang, zakat, muamalat dan hudud.

Ia wajib dilaksanakan, diamalkan, tidak harus diubah atau diabaikan, Walaupun ia telah lama disyariatkan. Ia merupakan syariat Allah Yang Maha Bijaksana dan Terpuji. Ia memelihara kepentingan semua orang. Walau bagaimana sekalipun manusia merasakan pandangan mereka lebih baik, namun undang-undang Allah tetap yang terbaik. Allah berfirman:

(Segala hukum yang tersebut) itu adalah batas-batas (syariat) Allah. Sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga-syurga yang sungai-sungai mengalir di bawahnya, dalam keadaan mereka kekal di dalamnya. Itulah kejayaan (sebenar) yang besar. Sesiapa yang derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya serta melampaui batas-batas syariat-Nya, akan dimasukkan oleh Allah kedalam api neraka, dalam keadaan dia kekal di dalamnya, dan baginya azab yang menghinakan. (An-Nisa‘: 13-14)

Tidak harus bagi mana-mana orang yang beriman, lelaki atau perempuan, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara, mereka (tidak harus) ada pilihan (yang lain) mengenai urusan mereka. Sesiapa yang derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata. (Al-Ahzab: 36)

Golongan yang Tidak Dihijab dengan Hijab Pengharaman

Golongan yang Tidak Dihijab dengan Hijab Pengharaman

Terdapat enam golongan yang tidak akan dihijab dengan hijab pengharaman. Mereka ialah bapa, ibu, anak lelaki, anak perempuan, suami dan isteri.
Selain daripada mereka boleh dihijab dengan hijab pengharaman.

Siapakah yang Menerima Hijab Pengharaman?

Selain daripada enam golongan yang saya sebutkan tadi, pewaris-pewaris lain boleh dihijab.

1. Datuk, dihalang menerima pusaka sama sekali oleh bapa sama ada melalui fardh atau ‘ash0bah atau kedua-duanya sekali. Sebabnya, bapa lebih dekat dengan si mati berbanding datuk dan datuk dihubungkan dengan si mati melalui bapa. Sesiapa yang dihubungkan dengan si mati melalui perantara, maka ia terhalang dengan adanya perantara tersebut.

2. Nenek, sama ada sebelah bapa atau sebelah ibu. Ia dihalang oleh ibu. Nenek sebelah bapa juga dihalang oleh bapa kerana ia dihubungkan dengan si mati melalui bapa.

3. Nenek-nenek yang jauh sebelah bapa. Jika si mati mempunyai dua orang nenek yang berlainan daripada segi pihak dan hubungan; seorang daripada sebelah bapa dan seorang lagi daripada sebelah ibu, dan salah seorang daripada mereka lebih hampir dengan si mati; contohnya ibu kepada ibu (umm al-umm) dan ibu kepada ibu kepada bapa (umm umm al-ab). Ketika itu nenek sebelah ibu (ibu kepada ibu) menghijab nenek-nenek
yang jauh daripada sebelah bapa. Nenek daripada sebelah ibu memperoleh satu perenam (1/6) kerana dua sebab, dia lebih hampir dan datang daripada pihak ibu. Ini kerana ibu dianggap asal dan nenek-nenek adalah unjurannya.

Jika nenek daripada sebelah bapa yang lebih hampir dengan si mati berbanding nenek daripada sebelah ibu seperti ibu kepada bapa (umm al-ab) atau ibu kepada ibu kepada bapa (umm umm al-ab), dalam mazhab Syafie pendapat yang paling kuat (al-azhar) mengatakan ia tidak menghijab nenek sebelah ibu. Kedua-duanya berkongsi satu perenam (1/6). Ini kerana dalam kes ini bapa tidak menghijabnya apatah lagi nenek sebelah bapa.

Ar-Rahabi menyebut dalam nazamnya:

Jika yang hampir ialah sebelah ibu, ia menghijab sebelah bapa
dan ia memperoleh satu perenam.
Jika sebaliknya, ada dua pandangan
Dalam mazhab ini ada disebutkan
Menurut yang sahih, yang jauh tidak terhijab
Dan kebanyakan ulamak mazhab menyokongnya.

4. Anak kepada anak lelaki (Walad al-ibni). Anak-anak kepada anak lelaki sama ada lelaki atau perempuan akan dihijab oleh anak lelaki (al-ibnu) sama ada dia adalah bapa mereka atau bapa saudara sebelah bapa mereka. Ini kerana ia lebih hampir ataupun kerana ia adalah ’ashobah yang lebih hampir berbanding mereka. Ini adalah ijmak ulamak.

Begitu juga setiap anak kepada anak lelaki (walad al-ibni) akan menghijab mereka yang lebih jauh daripadanya. Sementara anak-anak perempuan kepada anak lelaki (banat al-ibni) pula akan terhijab sekiranya terdapat dua orang anak perempuan (bintain) kecuali jika ada anak lelaki kepada anak lelaki (ibnul ibni) yang menjadikan mereka ’ashobah, sama ada anak lelaki kepada anak lelaki (ibnul ibni) ini sama taraf dengan mereka atau lebih
rendah.

5. Semua adik beradik lelaki atau perempuan seibu sebapa, sebapa atau seibu akan dihijab jika terdapat:

Pembahagian Hijab kerana Seseorang Individu

Pembahagian Hijab kerana Seseorang Individu

Hijab kerana seseorang individu terbahagi kepada dua, hijab pengharaman dan hijab pengurangan.

1. Hijab Pengharaman

Hijab Pengharaman ialah menghalang seseorang daripada menerima pusakanya sama sekali contohnya anak lelaki (al-ibnu) menghalang anak lelaki kepada anak lelaki (ibnul ibni).

2. Hijab Pengurangan

Hijab pengurangan ialah menghalang seseorang daripada menerima sebahagian hak pusakanya contohnya pusaka suami dikurangkan daripada satu perdua (1/2) kepada satu perempat (1/4) jika isterinya mempunyai anak.

Definisi Hijab

Definisi Hijab

Hijab ( ) dalam Bahasa Arab bermaksud halangan.

Hijab menurut syarak pula ialah menghalang orang yang layak menerima pusaka daripada menerima pusaka semua sekali atau sebahagiannya.

Berdasarkan definisi ini, menghalang orang yang tidak berkelayakan menerima pusaka daripada menerimanya tidak dianggap sebagai hijab.

Bahagian Hijab

Terdapat dua jenis hijab iaitu hijab kerana sesuatu sifat dan hijab kerana seseorang individu.

a. Hijab kerana Sesuatu Sifat

Hijab kerana sesuatu sifat ialah menghalang seseorang yang layak menerima pusaka daripada menerima pusakanya sama sekali kerana adanya sifat yang menyebabkannya dihalang daripada menerima pusaka.

Sifat-sifat yang boleh menghalang pusaka ialah halangan yang telah disebutkan di dalam topik halangan-halangan pusaka iaitu; perhambaan, membunuh dan kufur. Perkara ini telahpun dijelaskan beserta dalilnya. Orang yang dihalang daripada menerima pusaka kerana sesuatu sifat dinamakan mahrum.

b. Hijab kerana Seseorang Individu

Hijab kerana seseorang individu ialah menghalang seseorang yang layak menerima pusaka sama ada sebahagian atau semua sekali kerana ada orang yang lebih dekat hubungannya dengan si mati.

Bahagian Datuk dalam Pusaka

Bahagian Datuk dalam Pusaka

Sebagaimana disebutkan sebelum ini, datuk merupakan pewaris yang rnenerima pusaka melalui fardh. Dalam pada itu datuk juga termasuk dalam golongan ’ash0bah. Dengan ini kedudukan datuk sama seperti bapa; memperoleh pusaka melalui fardh, melalui ’ash0bah dan melalui kedua-duanya sekali fardh dan ’ash0bah. Walau bagaimanapun datuk berbeza dengan bapa dalam beberapa keadaan.

Perbezaan di antara Bapa dan Datuk

Datuk dan bapa berbeza dalam tiga keadaan:

Pertama: Jika adik beradjk lelaki atau perempuan seibu sebapa (ikhwah asyiqqa‘ atau akhawat syaqiqat) atau sebapa (ikhwah  atau akhawat li-ab) ada bersama datuk, bapa akan menghijab (menghalang) mereka semua daripada menerima pusaka. Sementara datuk pula hanya akan berkongsi pusaka bersama mereka. Saya akan detailkan kemudian.

Kedua: Dalam kes Umariyatain, jika tempat bapa digantikan oleh datuk, maka ibu memperoleh satu pertiga (1/3) pusaka bukannya satu pertiga (1/3) baki sebagaimana jika dia bersama bapa.

Ketiga: Bapa akan menghijab ibunya (nenek) tetapi datuk tidak.

Jika si mati mempunyai bapa dan nenek, iaitu ibu kepada bapa, nenek akan dihfiab olehbapa tetapi ia tidak dihijab oleh datuk kerana dia memperoleh pusaka ini tidak melalui datuk. Sememangnya datuk adalah seperti bapa kerana dia juga menghfiab ibunya kerana ibunya ini memperoleh pusaka melaluinya sama sepertimana ibu kepada bapa memperoleh pusaka melalui bapa.

Bahagian Bapa dalam Pusaka

Bahagian Bapa dalam Pusaka

Sebagaimana disebutkan sebelum ini, bapa adalah pewaris melalui fardh dan bapa juga ‘ash0bah. Oleh itu dalam pembahagian harta pusaka, terdapat beberapa keadaan yang membabitkan bapa:

Keadaan Pertama: Pusaka melalui Fardh Sahaja

Ini berlaku sekiranya si mati mempunyai furu’ waris lelaki sama ada anak lelaki atau anak lelaki kepada anak lelaki (ibnu ibni).

Keadaan Kedua: Pusaka melalui ‘Ashobah Sahaja

Ini berlaku sekiranya si mati tiada furu’ waris sama ada lelaki atau perempuan seperti anak lelaki (al-ibnu), anak perempuan (al-bint), anak lelaki kepada anak lelaki (ibnul ibni) atau anak perempuan kepada anak lelaki (bintul ibni).

Dalil bagi keadaan pertama ialah firman Allah:

Dan bagi ibu bapa si mati, bagi setiap seorang daripada mereka berdua, satu perenam daripada harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika dia mempunyai anak.  (An-Nisa’: 11)

Dalil bagi keadaan kedua pula ialah firman Allah:

Seterusnya, jika si mati tidak mempunyai anak, dan dia diwarisi oleh ibu bapanya, maka bagi ibunya satu pertiga. (An-Nisa’: 11)

Maksudnya, bapa si mati mendapat baki pusaka kerana apabila al-Quran tidak menyebut bahagian bapa, ini bermakna bapa memperoleh baki pusaka iaitu bahagian ’ashobah selepas bahagian ibu.

Keadaan Ketiga: Pusaka melalui Fardh dan ‘Ash0bah

Keadaan ini berlaku sekiranya terdapat anak perempuan (al-bint) atau anak perempuan kepada anak lelaki (bintul ibni); seorang atau ramai bersama bapa. Bapa memperoleh satu perenam (1/6) pusaka melalui fardh kemudian memperoleh baki melalui ‘ashobah jika masih ada baki selepas fardh.

Dalilnya ialah sabda Nabi s.a.w.:

Berikanlah bahagian-bahagian pusaka yang telah ditentukan itu kepada para pemiliknya. Seterusnya, apa sahaja yang berbaki selepas itu, maka ia adalah hak waris lelaki yang terdekat. 1

Dalam kes ini bapa merupakan lelaki yang paling layak. Dia mendapat satu perenam (1/6) melalui fardh, kemudian anak perempuan mengambil bahagian mereka dan akhirnya bapa mendapat baki pusaka melalui ’ash0bah pula.

__________________________

1 Riwayat Bukhari (6351) dalam [Kitab Faraidh, Bab Pusaka Anak Bersama Bapa Dan lbu], Muslim (1615) dalam [Kitab Faraidh, Bab Berikanlah bahagian faraidh kepada yang  layak].

 

Jenis ‘Ashobah

Jenis ‘Ashobah

Terdapat dua jenis ‘ashobah, iaitu: ‘ashobah nasabiyyah dan ’ashobah sababiyyah.

1. ‘Ashobah Sababiyyah

‘Ashobah sababiyyah ialah orang yang membebaskan hambanya sama ada lelaki atau perempuan. Mereka menjadi ‘ash0bah atas sifat peribadi mereka. Mereka ini termasuklah kaum keluarga orang yang membebaskan hamba ini iaitu kaum lelaki yang tidak diselangi salasilahnya dengan perempuan. Walau bagaimanapun saya tidak berbicara secara panjang lebar berkenaan topik ini kerana kes ini sudah tidak wujud lagi. Ia sudah menjadi sejarah dan tidak diperlukan lagi oleh kebanyakan orang.

2. ‘Ashobah Nasabiyyah

‘Ashobah nasabiyyah ialah semua lelaki yang disebut di dalam senarai lelaki yang layak mewarisi pusaka sebelum ini kecuali suami dan adik beradik lelaki seibu (akh lil-umm). Mereka hanya menjadi pewaris melalui fardh sahaja dan tidak boleh menjadi ’ash0bah.

Oleh itu bapa, datuk, anak lelaki (al-ibnu), anak lelaki kepada anak lelaki (ibnul ibni), adik beradik lelaki seibu sebapa (akh syaqiq), adik beradik lelaki sebapa (akh lil-ab), anak lelaki kepada adik beradik lelaki seibu sebapa (ibnu akh syaqiq), anak lelaki kepada adik beradik‘) lelaki sebapa (ibnu akh lil-ab), bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa (amm syaqiq), bapa saudara sebelah bapa sebapa (amm lil-ab), anak lelaki kepada bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa (ibnu amm‘ syaqiq) dan anak lelaki kepada bapa saudara sebelah bapa sebapa (ibnu amm lil-ab) adalah ’ashobah. Mereka mewarisi harta pusaka melalui ‘ashobah, sekalipun kadang-kadang ada di kalangan mereka yang mendapat pusaka secara fardh seperti bapa dan datuk.

Mengenai golongan ‘ashobah nasabiyyah dan ‘ash0bah sababiyyah ini ar-Rahabi ada menyebut dalam nazamnya: ‘

Al-Ab, al-jadd, jadd al-jadd dan al-ibnu sama ada dekat atau jauh.
Al-Akh, ibnu al-akh, al-a’mam dan pemerdeheka hamba yang pemurah.
Termasuklah anak-anak mereka semua.
Oleh itu, dengarlah apa yang telah saya perkatakan.

Jenis ‘Ashobah Nasabiyyah

Terdapat tiga jenis ‘ash0bah nasabiyyah:
I. ‘Ashobah kerana diri sendiri (’ash0bah binnafsi)
2. ‘Ashobah kerana orang lain (‘ash0bah bilghair)
3. ‘Ashobah kerana bersama orang lain (’ashobah ma’al ghair)

Setiap bahagian ini akan diperjelaskan dalam topik yang berasingan.

a. ‘Ashobah kerana diri sendiri (al-‘Ashobah bil Nafs)

‘Ashobah kerana diri sendiri ialah lelaki yang mempunyai hubungan keturunan dengan si mati tanpa diselangi oleh mana-mana perempuan. Hubungan dan bilangan mereka telahpun dinyatakan dalam nazam ar-Rahabiyyah tadi.

Pihak yang Telibat dalam ‘Ashobah kerana Diri Sendiri

‘Ashobah kerana diri sendiri melibatkan empat pihak:

1. Pihak anak lelaki iaitu keturunan (furu’) si mati seperti anak lelaki (al-ibnu), anak lelaki kepada anak lelaki (ibnul ibni) dan seterusnya.
2. Pihak bapa iaitu asal-usul si mati seperti bapa, datuk iaitu bapa kepada bapa.
3. Pihak adik beradik lelaki iaitu keturunan (furu) bapa si mati yang tidak diselangi dengan perempuan. Seperti adik beradik lelaki seibu sebapa (akh syaqiq), adik beradik lelaki sebapa (akh li-ab), anak lelaki kepada adik beradik lelaki seibu sebapa (ibnu akh syaqiq) dan anak lelaki kepada adik beradik lelaki sebapa (ibnu akh li-ab).
4. Pihak bapa saudara sebelah bapa iaitu keturunan (furu’) datuk si mati yang tidak diselangi oleh perempuan. Seperti bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa (amm syaqiq), bapa saudara sebelah bapa sebapa (amm lil-ab), anak lelaki kepada bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa (ibnu amm syaqiq) dan anak lelaki kepada bapa saudara sebelah bapa sebapa (ibn amm lil-ab).

Kaedah Pembahagian Harta kepada ‘Ash0bah kerana Diri Sendiri

Pembahagian harta pusaka kepada ‘ashobah kerana diri sendiri adalah menurut kaedah-kaedah berikut:

1. Mereka yang berada di pihak terkemudian tidak boleh mewarisi harta selagi mereka yang berada di pihak awal masih ada. Bapa tidak boleh memperoleh harta pusaka secara ’ash0bah selagi si mati ada anak-anak lelaki atau anak-anak lelaki kepada anak lelaki (ibnul ibni). Adik beradik lelaki seibu sebapa atau adik beradik lelaki sebapa pula tidak boleh mewarisi harta pusaka selagi ada bapa. Bapa saudara sebelah bapa pula tidak boleh mewarisi selagi ada adik beradik lelaki seibu sebapa atau sebapa.

2. Jika mereka berada di pihak yang sama contohnya, bapa dengan datuk atau anak lelaki (al-ibnu) dengan anak lelaki kepada anak lelaki (ibnul ibni), atau adik beradik lelaki (akh) dengan anak lelaki kepada adik beradik lelaki (ibnu akh), atau bapa saudara sebelah bapa dengan anak lelaki kepada adik beradik lelaki bapa, maka orang yang hubungannya jauh tidak boleh mewarisi harta pusaka selagi ada orang yang lebih dekat hubungannya dengan si mati. Datuk tidak boleh mewarisi harta selagi ada bapa, anak lelaki kepada anak lelaki (ibnul ibni) tidak boleh mewarisi harta selagi ada anak lelaki (al-ibnu) dan seterusnya. Dengan kata lain, orang yang dihubungkan dengan si mati melalui perantaraan tidak boleh mewarisi pusaka
selagimana perantara tersebut masih ada.

3. Jika mereka berada di pihak yang sama dan hubungan mereka dengan si mati juga sama, cuma berbeza kedudukan mereka daripada segi dekat atau jauh dengan si mati, maka didahulukan orang yang paling dekat dengan si mati. Adik beradik lelaki seibu sebapa (akh syaqiq) diberi keutamaan
berbanding adik beradik lelaki sebapa (akh li-ab), bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa (amm syaqiq) diberikan keutamaan berbanding bapa saudara sebelah bapa sebapa (amm lil-ab) dan sebagainya.

Kaedah ini telah disebut oleh al-Ja’bari dalam syairnya:

Diutamakan pihak kemudian hubungan mereka,
kemudian diutamakan pula kedudukan mereka.

4. Jika mereka berada di pihak yang sama begitu juga dengan hubungan dan kedudukan, mereka semua layak memperoleh pusaka dengan sama rata. Contohnya, tiga orang anak, atau empat orang adik beradik seibu sebapa atau sebagainya.

Imam ar-Rahabi menyebut dalam nazamnya:

Orang yang jauh tidak  beroleh pusaka selagi ada yang dekat
Adik beradik_ lelaki dan bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa
lebih utama daripada yang sama hubungan dengannya..

b. ‘Ashobah kerana orang lain (al-‘Ashobah bil Ghair)

’Ash0bah kerana orang lain ialah perempuan-perempuan yang memperoleh bahagian secara fardh tetapi disebabkan adanya adik heradik lelaki bersama-sama mereka, hak mereka telah berubah daripada menjadi pewaris melalui fardh kepada pewaris melalui ’ashobah.

Contohnya, anak lelaki (al-ibnu) bersama anak perempuan (al-hint), adik beradik lelaki seibu sebapa (akh syaqiq) bersama adik beradik perempuan seibu sebapa (ukht syaqiqah) dan sebagainya.

Walau bagaimanapun anak-anak (lelaki atau perempuan) kepada ibu dikecualikan daripada kaedah ini kerana adik beradik lelaki seibu tidak termasuk dalam golongan ’ashobah kerana diri sendiri dan tidak boleh menjadikan adik beradik perempuannya sebagai ’ashobah.

‘Ash0bah kerana orang lain ini disyaratkan mestilah berada di dalam hubungan dan kedudukan yang sama. Jadi adik beradik perempuan seibu sebapa (ukht syaqiqah) tidak menjadi ’ashobah disebabkan adanya adik beradik lelaki sebapa (akh li-ab) kerana dia lebih kuat kedudukannya berbanding adik beradik sebapanya. Begitu juga anak perempuan (al-bint) tidak boleh menjadi ’ashobah disebabkan adanya anak lelaki kepada anak lelaki (ibnul ibni) kerana anak perempuan ini lebih hampir hubungannya.

Walau bagaimanapun syarat ini dikecualikan sekiranya ada anak-anak perempuan kepada anak lelaki (bintul ibni) bersama anak lelaki kepada anak lelaki kepada anak lelaki (ibnu ibni al-ibni) yang lebih bawah daripada mereka. Anak lelaki kepada anak lelaki kepada anak lelaki (ibnu ibni al-ibni) ini akan menjadikannya ’ashobah dalam satu keadaan sahaja. Iaitu ketika anak perempuan kepada anak lelaki (bintul ibni) ini memerlukan mereka. Ini berlaku sekiranya si mati mempunyai dua orang anak perempuan dan anak-anak perempuan kepada anak lelaki (banat al-ibni). Anak perempuan memperoleh dua pertiga (2/3) sementara anak perempuan kepada anak lelaki tidak memperoleh apa-apa. Dalam kes ini sekiranya terdapat anak lelaki kepada anak lelaki kepada anak lelaki (ibnu ibni al-ibni) bersama anak perempuan kepada anak lelaki (banat al-ibni), maka kesemua mereka akan menjadi ’ashobah dan memperoleh baki pusaka.

‘Ash0bah kerana orang lain hanya terdiri daripada pewaris perempuan yang memperoleh dua pertiga (2/3) atau satu perdua (1/2) pusaka. Mereka menjadi ’ashobah disebabkan adanya adik beradik lelaki mereka, mereka ialah

1. Anak perempuan (seorang atau lebih) bersama anak lelaki.
2. Anak-anak perempuan kepada anak lelaki (banat al-ibni) bersama anak lelaki kepada anak lelaki (ibnul ibni).
3. Dua orang atau lebih adik beradik perempuan seibu sebapa (akhawat syaqiqat) bersama adik beradik lelaki seibu sebapa (akh syaqiq).
4. Dua orang atau lebih adik beradik perempuan sebapa (akhawat li-ab) bersama adik beradik lelaki sebapa (akh li-ab).

Dalil ’Ashobah kerana Orang Lain

Dalil mereka menjadi ’ashobah ialah firman Allah:

Allah memerintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. (An-Nisa’: 11)

Dan jika mereka adalah adik beradik, lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang lelaki menyamai bahagian dua orang perempuan. (An-Nisa’: 176)

Dalam faraidh, ulamak mengkiaskan anak-anak perempuan kepada anak lelaki (banat al-ibni) kepada anak-anak perempuan. Manakala apabila disebut adik beradik lelaki dan adik beradik perempuan, ia hanya merangkumi seibu sebapa atau sebapa sahaja.

Ar-Rahabi menyebut dalam nazamnya:

Anak lelaki dan adik beradik lelaki jika bersama perempuan akan menjadikan mereka ‘ash0bah dalam pusaka.

c. ‘Ashobah kerana Bersama Orang Lain (al-Asobah ma’al Ghair)

‘Ashobah kerana bersama orang lain ialah adik beradik perempuan seibu sebapa (ukht syaqiqah) atau sebapa (ukht li-ab) jika ada bersama mereka anak perempuan (al-bint) atau anak perempuan kepada anak lelaki (bintul ibni).

Contohnya jika si mati meninggalkan dua orang anak perempuan bersama seorang adik beradik perempuan seibu sebapa (ukht syaqiqah) atau sebapa (ukht li-ab). Anak perempuannya memperoleh dua pertiga (2/3) melalui fardh. Sementara adik beradik perempuan seibu sebapa (ukht syaqiqah) atau sebapa (ukht 1i-ab) memperoleh baki iaitu satu pertiga (1/3) secara ‘ash0bah.

Begitulah juga dua orang atau lebih adik beradik perempuan seibu sebapa (akhawat syaqiqat) atau sebapa (akhawat 1i-ab) jika bersama seorang atau lebih anak perempuan kepada anak lelaki (al-bint atau banat al-ibni).

Dalilnya ialah hadis Ibnu Mas‘ud r.a. ketika beliau ditanya tentang anak perempuan (al-bint) jika bersama anak perempuan kepada anak lelaki (bintul ibni) dan adik beradik perempuan (al-ukht) si mati. Beliau menjawab:

Saya akan menghukumnya sebagaimana yang telah dihukum oleh Nabi s.a.w.. Untuk anak perempuan satu perdua, untuk anak perempuan kepada anak lelaki (bintul ibni) satu perenam  dun untuk adik beradik perempuan (al-ukht) bakinya 1

Ar-Rahabi menyebut dalam nazamnya:

Adik beradik perempuan jika bersama anak-anak perempuan mereka menjadi ‘ashobah.

__________________________
1 Riwayat Bukhari (6355) dalam [Kitab faraidh, Bab Pusaka Anak Perempuan Kepada Anak Lelaki Bersama Anak Perempuan].

 

Pusaka Melalui ‘Ashobah

Pusaka Melalui ‘Ashobah

‘Ashobah sebagaimana yang dinyatakan dalam definasi sebelum ini merupakan kaum keluarga lelaki sebelah bapa. Mereka dinamakan ‘ash0bah kerana mereka melingkungi nasab si mati dan kuatnya hubungan si mati dengan mereka.

Telah disebutkan juga bahawa ’ash0bah daripada segi istilah ialah orang yang mengambil kesemua harta sekiranya dia adalah pewaris tunggal. Atau orang yang mengambil baki yang ditinggalkan oleh pewaris melalui fardh (Ashabul Furudh) jika dia bukan pewaris tunggal. Walau bagaimanapun dia tidak akan menerima sebarang pusaka jika tiada lagi baki setelah kesemua pusaka dibahagikan kepada pewaris melalui fardh.

‘Ash0bah dalam bahasa “arab pula adalah kata nama jamak yang menunjukkan ramai. Walau bagaimanapun para ahli fikah menggunakannya untuk seorang kerana ia seolah-olah ramai kerana mengaut kesemua harta pusaka.

Ar-Rahabi menyebut dalam nazamnya mengenai takrif ‘ash0bah:

Mereka yang mengaut semua harta
terdiri daripada ahli keluarga atau pembebas hamba
Atau mereka yang mengaut baki pusaka setelah furudh
Mereka ialah golongan ’ash0bah yang dihormati

Pensyariatan Pusaka Melalui ‘Ashobah

Al-Quran dan sunnah telah menyebut tentang kesahihan pusaka melalui ’ashobah.

Firman Allah:

Allah memerintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan.  (An-Nisa’: 11)
 
Dan sekiranya mereka adalah adik beradik, lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang lelaki menyamai bahagian dua orang perempuan. (An-Nisa’: 176)

Kedua-dua ayat ini menyebut bahawa anak lelaki dan adik beradik lelaki akan mewarisi pusaka secara ’ash0bah dan mereka Juga akan menjadikan adik beradik perempuan mereka sebagai ’ashobah.

Sunnah pula menyebut melalui hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

Berikanlah bahagian-bahagian pusaka yang telah ditentukan itu kepada para pemiliknya. Seterusnya, apa sahaja yang berbaki selepas itu, maka ia adalah hak waris lelaki yang terdekat.1

Oleh itu, hadis ini mengesahkan hak ‘ash0bah bagi semua adik beradik lelaki. Hadis ini juga menunjukkan jika terdapat lebih daripada seorang ‘ash0bah, keutamaan diberikan kepada lelaki yang paling hampir dengan si mati. ‘

_________________________
1. Riwayat al-Bukhari (6351) dalam [Kitab Faraidh Bab Pusaka Anak Bersama Bapa Dan lbunya], Muslim (1615) dalam [Kitab Faraidh, Bab Berikan Bahagian Furud Kepada Yang Layak].

Penerima Satu Pertiga Baki

Penerima Satu Pertiga Baki

Terdapat dua jenis pewaris yang memperoleh satu pertiga daripada baki pusaka iaitu:

1. Datuk, iaitu Bapa kepada Bapa si Mati

Datuk memperoleh satu pertiga (1/3) baki dalam beberapa keadaan iaitu jika dia bersama adik beradik lelaki atau perempuan seibu sebapa ataupun sebapa si mati.

Topik ini akan dibincangkan dengan lebih terperinci di dalam tajuk khusus selepas ini.

2. Ibu

Ibu memperoleh satu pertiga (1/3) baki di dalam kes yang dikenali sebagai Umariyyatain atau Gharrawiyyatain. Ia dikenali sebagai Umariyatain kerana Umar bin al-Khattab yang menetapkan satu pertiga (1/3) baki ini. Ia juga dikenali sebagai Gharrawiyyatain kerana ia hangat dibincangkan seperti bintang al-Agharr.

Kes ini berlaku sekiranya terdapat:

Suami, ibu dan bapa

Atau

Isteri, ibu dan bapa

Dalam kes pertama, suami memperoleh satu perdua (1/2) pusaka, ibu mendapat satu pertiga (1/3) daripada baki satu perdua (1/2) tadi dan bapa mendapat bakinya. Sekiranya harta pusaka ialah enam ringgit, suami mendapat tiga ringgit, ibu mendapat satu ringgit dan bapa dua ringgit.
Dalam kes kedua pula, isteri mendapat satu perempat (1/4) pusaka, ibu mendapat satu pertiga (1/3) baki dan bapa mendapat bakinya. Sekiranya harta pusaka ialah dua belas (12) ringgit, isteri mendapat tiga ringgit, ibu mendapat tiga ringgit iaitu satu pertiga (1/3) baki dan bapa enam ringgit iaitu bakinya.

Dalam kes pertama dapat diperhatikan, ibu mendapat satu perenam (1/6) sementara dalam kes kedua si ibu mendapat satu perempat (1/4). Walau bagaimanapun para ahli fikah tetap menamakannya satu pertiga (1/3) baki kerana menghormati al-quran. Allah berfirman:

Seterusnya, jika si mati tidak mempunyai anak, dan diwarisi oleh ibu bapanya, maka bagi ibunya satu pertiga. (An-Nisa’: 11)

Hikmah ibu hanya diberikan satu pertiga (1/3) baki dalam kes ini ialah sekiranya dalam kes pertama ibu mendapat satu pertiga (1/3) penuh dia mendapat pusaka melebihi bapa kerana ibu mendapat (2) bahagian sementara bapa mendapat satu (1) bahagian iaitu bakinya. Dalam kes kedua pula, bapa mendapat lima (5) bahagian hanya lebih sedikit daripada bahagian ibu yang mendapat empat (4) bahagian iaitu satu pertiga (1/3) penuh.

Sedangkan dalam amalan syariat, sekiranya lelaki dan perempuan berada pada taraf yang sama, maka perempuan mendapat satu perdua (1/2) daripada bahagian lelaki. Contohnya anak perempuan bersama anak lelaki atau adik beradik perempuan bersama adik beradik lelaki. Sehubungan dengan itu, berdasarkan kepada kaedah ini ibu diberikan satu pertiga ( 1/3) baki sebagaimana menurut hukum yang diputuskan oleh Umar bin al-Khattab dan dipersetujui oleh para sahabat nabi.

Mengenai kes Umariyatain ini Imam ar-Rahabi menyebut dalam nazamnya:

Sekiranya terdapat suami, ibu dan bapa
Maka ditetapkan satu pertiga baki bagi si ibu

Begitulah juga jika bersama isteri atau para isteri
Janganlah kamu menjauhkan diri daripada mempelajari ilmu ‘