Keprihatinan Para Sahabat dan Para Ahli Fikah terhadap Ilmu Faraid

Keprihatinan Para Sahabat dan Para Ahli Fikah terhadap Ilmu Faraid ‘

Para sahabat r.hum. amat mengambil berat terhadap ilmu Faraid sama ada pembelajarannya atau pengajarannya. Umar al-Khattab r.a. sendiri pernah berkata: “Pelajarilah ilmu Faraidh kerana ia sebahagian daripada agama kamu.”

Terdapat beberapa orang sahabat Rasulullah s.a.w. yang khusus mempelajari ilmu ini dan mereka menguasainya melebihi orang lain seperti Ali bin Abu Tolib, Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Mas’ud dan Zaid bin Tsabit r.hum.. Nabi s.a.w. sendiri mengakui penguasaan Zaid bin Tsabit r.a. dalam ilmu ini. Baginda bersabda:

Orang yang paling arif tentang ilmu Faraidh di antara kamu semua ialah Zaid bin Tsabit.

Umar bin al-Khattab r.a. pernah berkata: “Sesiapa yang ingin bertanya tentang faraidh, hendaklah dia menemui Zaid bin Tsabit

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.huma., beliau berkata pada hari kematian Zaid r.a.: “Hari ini, seorang ilmuwan Madinah telah meninggal dunia.”

Para tabiin r.hum. juga turut mengambil berat tentang ini sebagaimana para sahabat r.hum.. Mereka sentiasa berusaha mempelajari dan mengajarnya. Antara mereka yang masyhur adalah tujuh orang ulamak yang terkenal, iaitu Said bin al-Musa‘, Urwah bin az-Zubair, al-Qasim bin Muhammad, Kharijah bin Zaid, Abu Bakar bin Harits bin Hisyam, Sulaiman bin Yasar, dan Ubaidullah bin Abdullah bin Utbah bin Mas‘ud r.hum..

Setelah itu muncul pula ulamak tabi’ tabi’in dan ulamak generasi seterusnya. Semoga Allah merahmati mereka dan mengurniakan mereka syurga yang luas. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita agar mengikut jalan dan petunjuk mereka. .

1 Riwayat Tarmizi (3794) dalam Kitab manaqib; lbnu Majah (154) dalam Muqaddimmah Bab Kelebihan Sahabat Rasulullah s.a.w.; Ahmad dalam Musnad (3/281). ‘

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *