Walimah (Kenduri Kahwin)

Walimah (Kenduri Kahwin)

Maksud Walimah

Walimah berasal daripada perkataan al-walmu ( ), maksudnya perjumpaan. Dinamakan walimah kerana kedua-dua bertemu di sini.

Maksud walimah yang disebut dalam al-Qamus ialah untuk kenduri kahwin atau semua makanan yang dibuat memanggil orang atau untuk selainnya.

 

Hukum Walimah

Hukum walimah ialah sunat muakkad kerana ia sabit daripada Nabi s.a.w. secara perkataan dan perbuatan. Antaranya hadis-hadis yang bermaksud:

Nabi s.a.w. mengadakan walimah sempena perkahwinannya dengan seorang isterinya dengan dua cupak barli.’

Nabi s.a.w. mengadakan walimah sempena perkahwinannya dengan Sofiyyah binti Huyai r.ha. dengan sawiq (sejenis makanan yang dibuat daripada tepung gandum dan barli) dan kurma?

Sesungguhnya Nabi s.a.w. mengadakan kenduri perkahwinannya dengan Zainab r.ha. dengan roti dan daging.

Baginda s.a.w. bersabda kepada Abdur Rahman bin Auf r.a.:

Buatlah walimah, walaupun dengan seekor kambing

Para ulama mengatakan perbuatan dan perkataan Nabi s.a.w. di atas menunjukkan hukum melakukan walimah adalah sunat.

 

Kadar Walimah

Kadar minima bagi orang kaya ialah seekor kambing dan tidak ada kadar maksima dalam mengadakan walimah. Bagi orang miskin kadarnya ialah makanan yang dia mampu.

Waktu Walimah

Waktu kenduri adalah luas dan panjang. Iaitu dari berlakunya akad sehinggalah selepas persetubuhan. Walau bagaimanapun waktu yang paling baik ialah selepas persetubuhan. Ini kerana Nabi s.a.w. hanya mengadakan walimah untuk perkahwinannya dengan istéri-isterinya selepas persetubuhan.

Hadis-hadis mengenai perkahwinan Nabi s.a.w. menyatakan bahawa setelah Nabi s.a.w. rnenjadi pengantin, barulah Baginda mengajak orang ramai.‘

Hikmat Disyariatkan Walimah

Hikmat disyariatkan walimah ialah untuk menunjukkan rasa syukur kepada Allah kerana berjaya mengadakan perkahwinan tersebut. Hikmat lain ialah manusia boleh berhimpun dan berjumpa pada waktu itu. Perjumpaan ini akan rnengeratkan hubungan kasih-sayang dan persaudaraan.

Walimah juga diadakan untuk menghebahkan kepada orang ramai berita yang dulunya rahsia. Pemberitahuan ini dapat menzahirkan perbezaan di antara perkahwinan yang syarie dengan perzinaan yang dilarang.

Hukum Menghadirkan Diri ke Majlis Walimah

Menghadiri majlis walimah menjadi fardu ain kepada mereka yang dijemput.

Dalilnya ialah sabda Rasulullah s.a.w.:

Apabila seseorang kamu dijemput ke majlis kenduri, maka hendaklah dia hadir.

Sesiapa yang tidak menyahut jemputan, maka sesungguhnya dia télah mengingkari Allah dan Rasul-Nya.”

 

Syarat Wajib Menghadiri Walimah (kenduri kahwin)

Para ulama meletakkan beberapa syarat untuk menjadikan walimah wajib dihadiri, antaranya:

1. Walimah tidak dikhususkan kepada orang-orang kaya sahaja. Jika dikhususkan kepada orang-orang kaya sahaja, kita tidak wajib menghadirinya. Rasulullah s.a.w. bersabda:

Seburuk-buruk makanan ialah makanan walimah (kenduri) yang dijemput hanya orang-orang kaya sahaja dengan meninggalkan orang-orang miskin. Sesiapa yang tidak menghadiri jemputan, sesungguhnya dia telah menderhakai Allah dan Rasul-Nya.’

Hadis di atas memberitahu apa yang akan berlaku selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.. Ketika walimah, mereka hanya menjemput, merai dan menghidang makanan-makanan yang lazat kepada orang-orang kaya sahaja sebagaimana yang biasa berlaku hari ini.

2. Orang yang menjemput ialah orang Islam. Begitu juga orang yang dijemput. Jika tidak, kita tidak wajib menghadiri walimah tersebut.

3. Hendaklah jemputan pada hari pertama, jika walimahnya diadakan lebih daripada sehari. Sunat menghadirinya jika dijemput pada hari kedua. Makruh menghadiri jemputan pada hari ketiga. Rasululllah s.a.w bersabda:

Makanan (kenduri) pada hari pertama wajib dihadiri. Makanan pada hari kedua adalah sunat. Makanan pada
hari ketiga pula adalah menunjuk-nunjuk. Sesiapa yang menunjuk-nunjuk, Allah akan menunjuk-nunjuk dengannya (menghukurn dan mendedahkan aib-aibnya pada hari kiamat).’

 

Walimah pada hari pertama adalah hak, pada hari kedua adalah kebajikan, dan pada hari ketiga pula adalah
menunjuk-menunjuk dan mengharap pujian orang?

4. Jemputan dilakukan untuk menambahkan kasih-sayang dan mengeratkan hubungan. Jika jemputan dilakukan kerana takut kepadanya atau ingin mendapatkan kedudukan dan pangkat, jemputan itu tidak wajib dihadiri.

5. Empunya walimah bukan orang yang zalim, jahat atau memiliki harta haram. Jika sebaliknya, walimah itu tidak wajib dihadiri.

6. Dalam walimah itu tidak terdapat perkara-perkara mungkar seperti arak, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan atau gambar manusia atau haiwan yang tergantung pada dinding rumah pengantin. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka janganlah dia duduk sama sekali di hidangan yang diedarkan arak

Jika kehadirannya boleh menghapuskan kemungkaran, dia wajib hadir dan menghapuskan kemungkaran itu.

 

Memakan Makanan Walimah

Orang yang menghadiri jemputan walimah tidak wajib memakan makanan walimah itu. Yang wajib hanyalah hadir. Jika dia mahu makan bolehlah makan. Tetapi jika tidak mahu makan bolehlah dia meninggalkan makanan tersebut. ‘
Rasulullah s.a.w. bersabda: ’

Apabila seseorang kamu dijemput untuk menikmati makanan, maka hendaklah dia pergi. Jika ingin makan, bolehlah dia makan. Jika ingin (beredar tanpa makan), bolehlah dia meninggalkannya.’

Ada ulama yang mengatakan wajib makan kecuali jika dia berpuasa. Dalilnya ialah sabda Rasulullah s.a.w.:

Apabila seseorang kamu dijemput, hendaklah dia menghadiri jemputan itu. Jika berpuasa, hendaklah dia berdoa untuk taun punya walimah (supaya Allah memberi keampunan dan keberkatan). Jika tidak berpuasa, hendaklah dia makan?

Orang yang menghadiri walimah disunatkan makan makanan yang dihidangkan kepadanya dan dia hanya dibenarkan makan (bukan disimpan untuk dibawa pulang).

Dia boleh mengambil makanan untuk dibawa pulang misalnya, jika dia tahu tuanpunya walimah membenarkannya. Dihalalkan mencampakkan benda-benda manis dan sebagainya seperti buah kurma, kacang, duit syiling dan duit kertas ke arah pengantin perempuan. Halal mengambilnya, tetapi meninggalkannya adalah lebih utama.

 


1 Riwayat Bukhari dalam kitab wudhuk, bab membaca bismillah dalam semua keadaan dan semasa jimak, no. 141; dan Muslim dalam kitab nikah, bab kata-kata yang disunatkan ketika jimak, no 1434, daripada Abu Abbas r.huma.

1 Riwayat Bukhari dalam kitab nikah, bab orang yang mengadakan walimah kurang daripada seekor kambing, no. 4877.
2 Riwayat Tirmizi dalam kitab nikah, bab hadis-hadis mengenai walimah, no. 1095; Abu Daud dalam kitab makanan, bab sunat mengadakan walimah ketika berkahwin, no. 3744; dan lbnu Majah dalam kitab nikah, bab walimah, no. 1909.
3 Riwayat Muslim dalam kitab nikah, bab perkahwinan Zainab… dan sabitnya walimah  perkahwinan, no. 1428. .
4 Riwayat Bukhari dalam kitab nikah, bab walimah walaupun dengan seekor kambing, no. 4872; dan Muslim dalam kitab nikah, bab mas kahwin dan diharuskan dengan mengajar al Quran…, no. 1427.

1 Riwayat Bukhari dalam kitab nikah, bab walimah adalah hak yang perlu ditunaikan; dan Muslim dalam kitab nikah, bab kelebihan membebaskan hamba perempuan kemudian mengahwininya.
2 Riwayat Bukhari dalam kitab nikah, bab hak menghadiri walimah dan jemputan, no. 487 dan Muslim dalam kitab nikah, bab suruhan menyahut jemputan, no. 1429, daripada lbnu Umar r.huma..
3 Riwayat Muslim dalam kitah nikah. bab suruhan menyahut jemputan, no. 1432, daripada Abu Hurairah r.a.

1 Riwayat Muslim dalam kitab’nikah, bab suruhan menyahutjemputan, no. 1432, daripada Abu Hurairah r.a..
Sabda Rasulullah s.a.w.

1 Riwayat Muslim dalam kitab nikah, bab suruhan menyahut jemputan, no. 1430, daripada Jnbir r.a.. ‘ ‘
2 Riwayat Muslim dalam kitab nikah, bab suruhan menyahut jemputan, no. 1431, daripada Abu Hurairah r.a.. –
3 Adat ini biasanya dilakukan oleh orang Arab untuk menzahirkan rasa gembira. (pent).

1 Riwayat Tirmizi dalam kitab nikah, bab hadis-hadis mengenai walimah, no. 1097, daripada lbnu Mas’ud r.a..
2 Riwayat Ahmad, 5/28; dan lain-lain.
3 Dikeluarkan oleh Hakim dan beliau mensahihkannya. Lihat: al-Mustadrak, kitab adab bab jangan duduk di hidangan yang diedar arak, 4/288.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *