8. KARAHIYYAH ( )
Ertinya: Tergagah
(Umpama menjadikan ‘alam dengan tidak kehendak atau dengan lupa atau serta lalai atau mengadakan dengan
‘illat atau tabiat).
Adapun makna lupa iaitu pada mulanya ada pengetahuan, kemudian masa menjadikan tiada pengetahuan dan makna lalai ‘am sama ada pada mulanya ada pengetahuan atau tiada, maka lupa itu khas kerana tertentu ada
pengetahuan dahulunya dan lalai itu ‘am (sama ada, ada pengetahuan terdahulunya atau tiada).
Dan makna menjadi dengan ‘illat itu, iaitu dikatakan wujud Allah Ta’ala itu melazimkan wujud kainat, seperti
lazim ma’lul dengan ‘illat umpama gerak tangan ‘illat gerak cincin dan makna menjadi dengan tabi’at seperti api
tabi’atnya menghanguskan.
Adapun jalan lupa dan lalai menafikan iradat itu ialah keduanya melazimkan ternafi ‘ilmu yang membawa kepada lazim ternafi iradat kerana iradat menyahaja pada menentukan setengah yang harus atas mumkin dan mcnyahaja daripada yang jahil itu mustahil. Dan jalan ‘illat atau tabi’at itu mcnafikan iradat kcrana jika dikatakan adanya ‘alam ini dengan ‘illat atau tabiat, nescaya ‘alam itu qadim jua kctika itu adanya tiada dapat diqasadkan yang dcmikian tcrbit tahsil al-hasil