AL-QIDAM

2. AL-QIDAM(  )

Ertinya: Sedia.

Maka hakikatnya ibarat daripada menafikan ada permulaan wujud Tuhan kerana Tuhan yang menjadikan tiap-tiap suatu yang ada, yang demikian tak dapat tiada keadaannya lebih dahulu daripada tiap-tiap sesuatu itu kiranya Tuhan tidak lebih dahulu daripada tiap-tiap suatu, nescaya boleh ada sesuatu lebih dahulu daripada yang mengadakan yang demikian itu batil.

Apabila disebut Tuhan bersifat dengan qidam jadilah ia qadim, misalnya seperti Zaid apabila dikatakan ia bersifat dengan anjur nescaya disebutlah ia itu penganjur. Di dalam ‘ilmu Tauhid ini ada satu perkataan yang sama maknanya dengan qadim, iaitu; azali. Setengah-setengah ‘ulama’ mengatakan: “Kedua-dua perkataan ini sama maknanya iaitu sesuatu yang tiada permulaan baginya”, dan setengah ‘ulama’ yang lain pula berkata: “Ankara kedua perkataan (qadim dan azalz) ini ada beza iaitu qadim itu disebutkan pada perkara yang ada (maujud) sahaja seperti dzat Allah qadim dan qudratnya qadim. Adapun azali itu disebutkan pada perkara yang ada (maujud) seperti dzat Allah dan qudratNya azali dan pada perkara yang tiada (ghair maujud) seperti yang menyerupai Allah itu azali. Maka qadim itu khas dan azali itu am tiap-tiap qadim azali tiada boleh ‘akas (sebaliknya), yakni tiap-tiap azali tiada boleh disebut qadim.

Adalah qadim dengan nisbah kepada nama terbahagi kepada empat bahagian:
a. Qadim Sifati (tidak ada permulaan sifat Allah Ta’ala).
b. Qadim Dzati (tidak ada permulaan dzat Allah Ta’ala).
c. Qadim Idhafi (terdahulu suatu atas suatu seperti terdahulu bapa nisbah kepada anak).
d. Qadim Zamani (lalu masa atas sesuatu sekurang-kurangnya setahun).

Maka Qadim Hakiki (Qadim Sifati dan Qadim Dzati) tiada harus dikatakan lain daripada Allah Ta’ala.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *