AL-BAQA’

3. AL-BAQA’ ( )

Ertinya: Kekal.

Sentiasa ada, tiada akhir, maka hakikatnya ‘ibarat daripada menafikan ada kesudahan bagi wujud Allah
ta’ala.

Adapun yang lain daripada Tuhan, adajuga yang kekal tiada binasa selama-lamanya, tetapi bukan dinamakan kekal yang hakikic(yang sebenar) bahkan kekal ‘aradhi’ (yang mendatang jua scperti syurga, ncraka, lauh, ‘arasy, qalam, kursi, dan roh). Maka pcrkara yang tcrscbut ini dikatakan kekal kerana mendatang tatkala berta’luq qudrat, iradat
Allah Ta’ala pada mengekalkannya.

Pcringatan: Segala jisim scmuanya binasa mclainkan ‘ajbu az-zanabi (tulang kccil scperti biji sawi, duduknya
ditungking manusia, itulah benih anak Adam ketika bangkit daripada kubur kelak). Jisim sekalian nabi-nabi dan jisim orang yang mati perang sabilillah, maka ketiga-tiga ini kekal juga tetapi kekalnya ‘aradhi.

Yang demikian nyatalah pcrkara yang dii’tibarkan permulaan dan kesudahan itu terbahagi kepada tiga bahagian:
a. Tiada permulaan dan tiada kcsudahan ialah dzat dan sifat Allah Ta’ala.
b. Ada permulaan tetapi tiada kcsudahan iaitu syurga, neraka dan sebagainya yang sepuluh perkara di atas itu.
c. Ada permulaan dan ada kesudahan iaitu segala makhluk yang lain daripada sepuluh yang terscbut di atas ltu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *