4. MUKHALAFATUHU TA’ALI,A LILHAWADITH
Ertinya: Bersalahan Allah Ta’ala dengan segala yang baharu.
Sama ada pada dzatNya atau pada sifatNya atau pada perbuatanNya dan sama ada yang baharu yang telah ada atau yang belum ada. Maka hakikatnya ibarat daripada mcnafikan Tuhan berserupa dengan yang baharu pada dzatNya atau pada sifatNya atau perbuatanNya.
Adapun bersalahan Tuhan dengan yang baharu pada dzatNya itu, iaitu sesungguhnya dzat Tuhan bukan ia j ixim
dan bukan ia ‘aradh dan tiada sekali-kali dzatNya berdarah, berdaging, bertulang dan bukan jenis leburan, jenis tumbuh-tumbuhan dan tiada ia di dalam pihak dan tiada bagiNya pihak-pihak, tiada ia di dalam tempat-tcmpat, tiada ia di dalam masa.
Bersalahan Tuhan dengan yang baharu pada sifatNya itu iaitu sungguhnya sifat Allah Ta’ala itu tiada bersamaan
dcngan sifat yang baharu kerana sifat Tuhan itu qadim lagi azali dan mclengkapi ta’luqnya, maka sesungguhnya
sifat makhluk itu berta’luq pada setengah perkara jua, seperti sama’ Tuhan berta’luq ia pada segala yang maujudat dan sama’ yang baharu berta’luq ia kepada setengah jua iaitu pada suara sahaja, demikianlah pada sifat-sifat yang lain tiada scrupa dengan sifat Tuhan.
Bersalahan Tuhan dengan yang baharu pada perbuatanNya iaitu sesungguhnya perbuatan Tuhan tiada bersamaan dengan perbuatan yang baharu kerana perbuatan Tuhan memberi bekas bersalahan perbuatan yang baharu. Dan perbuatan Tuhan tiada berkehendak kepada wasithah perkakas dan kepada taulan, tiada mengambil faedah pada perbuatan dan hukumnya dan lagi perbuatanNya tidak ada yang sesia.
Sesungguhnya ada perkataan di dalam Qur’an dan hadith yang menyebut muka dan tangan Allah, maka perkataan itu hendaklah kita i’tiqadkan thab it secara yang layak dengan Allah Ta’ala, yang Maha Suci daripada berjisim dan Maha Suci daripada bersifat dengan segala sifat yang baharu, maka tiada yang mengetahui akan diamclainkan Allah Ta’ala jua. Dcmikian inilah perjalanan i’tiqad sekalian sahabat dan orang yang mengikut sahabat dan orang yang mcngikut bagi orang yang mengikut sahabat yang dinamakan ‘ulama’ mutaqaddimin.
Tetapi ‘ulama’ muta’akhirin telah berkata adalah perkataan yang tersebut di dalam Qur’an dan Hadith mengatakan muka dan tangan bagi Allah Ta’ala itu ialah yang dikehendaki dengan muka itu dzat dan yang dikehendaki dengan tangan itu qudrat, demikian lagi tiap-tiap perkataan yang seumpama itu di ta’wil (ditanggungkan) dengan perkara yang munasabah danpada segala sifat yang thabit bagi Allah Ta’ala.
Maka di antara i’tiqad-i’tiqad ini yang lebih sentosa ialah i’tiqad ‘ulama’ mutaqaddimin.