5. QIAMUHU TA’ALA BINAFSIHI
Ertinya: Berdiri Allah dcngan sgmdiri (beisendirian).
Tidak berkehendak kepada tempat berdiri (dzat) dan tiada berkehendak kepada yang menjadikan dia. Maka
hakikatnya ‘ibarat daripada mcnafikan Allah Ta’ala berkehendak kepada tempat berdiri dan kepada yang menjadikan dia, tegasnya Allah Ta’ala itu terkaya dan tiada berhajat kepada sesuatu sama ada pada perbuatanNya atau hukumanNya tetapi Tuhan menj adikan flap-tiap suatu dan mengaclakan undang-undang semuanya untuk faedah dan maslahat yang kembali kepada sekalian makhluk dan ia menjadikan semata-mata kerana kclcbihannya dan belas kasihannya bukan sekali-kali kerana berhajat kepada faedah.
Maka Tuhan terkaya daripada mengambil manfaat atas taat hambaNya dan tidak sekali~kali menjadikan mudharat kepadanya oleh sebab maksiat hambaNya, hanyasanya disuruh, diperintah, ditegah makhluk itu iaitu bagi perkara yang kembali faedahnya kepada makhluk jua sebagaimana firmanNya:
Ertinya: Barangsiapa berbuat ‘amal yang soleh maka pahalanya itu kepada dirinya jua dan barangsiapa berbuat jahat maka balasannya (seksanya) itu tertanggung ke atas dirinyajua (Surah Fusshilat: Ayat 46)
Ertinya: Jika kamu berbuat kebajikan, maka kebajikan itu terpulang bagi diri kamu (kerana pahalanya itu kembali kepada diri kamu). Dan jika kamu berbuat jahat maka kejahatan itu terpulang kepada diri kamu sendiri (kerana dosanya kembali kepada diri kamu jua) (Surah Isra’: Ayat 7)
Maka kata Syeikh Suhaimi Rahimahullahu Ta’ala, adalah segala yang maujudat itu dengan nisbah berkehendak kepada tempat dan kepada yang menjadikan dia itu terbahagi kepada 4 bahagian:
a. Terkaya daripada tempat berdiri dan daripada yang menjadikan dia iaitu dzat Allah Ta’ala.
b. Berkehendak kepada tempat berdiri dan kepada yang menjadikan dia iaitu segala ‘aradh.
c. Terkaya daripada dzat tempat berdiri tetapi berkehendak kepada yang menjadikan dia iaitu segala jirim.
d. Terkaya daripada yang menjadikan dia dan berdiri ia pada dzat iaitu sifat Allah Ta’ala.