6. AL-WAHDANIYYAH ( )
Ertinya: Esa Allah Ta’ala pada dzat, pada sifat dan pada perbuatan.
Maka hakikatnya ‘ibarat daripada menafikan berbilang pada dzat, pada sifat dan pada perbuatan sama ada bilangan yang muttasil (yang berhubung) atau bilangan yang munfasil (yang bercerai).
Adapun makna Esa Tuhan pada dzat itu iaitu menafikan kam muttasil pada dzat (menafikan bilangan yang berhubung pada dzat) sepérti tiada dzat Tuhan bersusun daripada darah, daging, tulang, urat dan menafikan kam munfasil pada dzat (menafikan bilangan yang bercerai pada dzat Tuhan) seperti tiada dzat yang lain menyamai seperti dzat Allah Ta’ala.
Ma’na Esa Tuhan pada sifat iaitu menafikan kam muttasil pada sifat (menafikan bilangan yang berhubung pada sifatNya), iaitu tidak sekali-kali bagi Allah Ta’ala pada satu-satu jenis sifatNya dua sifat seperti dua qudrat dan mcnafikan kam munfasil pada sifat (menafikan bilangan-bilangan yang bcrcerai pada sifat) iaitu tidak ada sifat yang lain menyamai scbagaimana sifat Tuhan).
Esa Tuhan pada perbuatan itu menafikan kam munfasil pada pcrbuatan (menafikan bilangan~bilangan yang
lwcrcerai pada perbuatan), iaitu tidak ada perbuatan yang lain menyamai seperti perbuatan Tuhan bahkan segala
barang yang bcrlaku di dalam ‘alam semuanya pcrbuatan ‘l‘uhan sama ada perbuatan itu baik rupanya dan hakikatnya seperti iman dan taat atau jahat rupanya tiada pada hakikatnya seperti kufur dan maksiat dan sama ada
pcrbuatan dirinya atau pcrbuatan yang lainnya, scmuanya itu pcrbuatan Tuhan tiada sekali-kali hamba mempunyai
pcrbuatan pada hakikatnya hanya ada usaha dan ikhtiar yang tiada memberi bekas .
Walhasil apakala dikata wajib bagi Tuhan bersifat wahdaniat, maka ternafilah kam-kam yang lima itu iaitu
ternafi kam muttasil dan munfasil pada dzat, kam muttasil dan munfasil pada sifat dan kam munfasil pada perbuatan.
Maka dcngan kenyataan yang di atas ini zahirlah tiada dzat yang lain, sifat yang lain dan perbuatan yang lain mcnyamai dengan dzat, sifat dan perbuatan Tuhan. Yang dcmikian tertolaklah segala kepercayaan-kepercayaan
yang mcmbawa kepada menyegutukan Tuhan. Bagaimana yang berlaku di sisi satu bangsa di dalam dunia ini ada mcmpunyai ‘adat dan kepercayaan yang karut, schingga membawa rosak imannya kerana kepercayaannya itu membawa menyegutukan Tuhan dengan yang lainnya.
Maka perkara yang seperti ini masih banyak pada masa ini dan banyak pula yang melakukan dia dengan tidak sedar akan mudharatnya merosakkan iman kepada Tuhan. Maka di sini disebutkan sebahagian daripadanya supaya dapat diketahui kesalahannya.
a. Ancak dan Scbagainya.
Adalah membuang ancak dan memberi makan hantu syaithan ini satu daripada ‘adat kepercayaan orang yang menyembah berhala kerana mereka itu berftiqad bahawa hantu dan syaithan itu berkuasa menyebabkan sakit atau
sampuk dan sebagainya, maka mereka yang mengadakan ancak serta mengadakan jamuan, simah tukar ganti,
temiku dan perkara yang seumpamanya itu telah melakukan perbuatan orang musyrikin.
b. Upacara Harimau.
Suatu upacara dinamakan jamuan harimau. Upacara ini dilakukan setahun sekali di dalam belukar di tepi-tepi
hutan. Di sana dipanggil harimau yang disangkakan sakti itu. Kiranya harimau ini tidak dipuja kelak, dia akan
membinasakan ahli-ahli kampung dan binatang ternak, maka harimau ini dinamakan harimau maujud, maka di
dalam upacara ini disembelih seekor kerbau. Hati, jantung, lidah, kepala, mata, telinganya untuk makanan harimau
maujud itu. Maka dagingnya bagi makanan orang-orang yang hadir di dalam upacara itu.
Maka kepercayaan yang mengatakan hantu-hantu, jin-jin dan syaitan-syaitan itu berkuasa memberi mudharat dan mendatangkan manfa’at, itulah kepercayaan yang menyengutukan Allah dengan makhluknya.