9. Al-‘ILMU ( )
Ertinya: Mengetahui.
Iaitu dengan makna nyata dan terang meliputi tiap-tiap sesuatu sama ada yang maujud atau yang ma’dum, nyata tiap-tiap sesuatu pada ‘flmu Allah Ta’ala bagaimana pun keadaannya.
Maka hakikatnya ialah satu sifat yang tetap ada (tsabit) qadim lagi azali, berdiri pada dzat Allah Ta’ala. Dengan dia terang dan nyata pada yang wajib yakni dzat dan sifatNya dan pada yang mustahil, yakni syarikul bari dan sebagainya dan pada segala yang harus yang belum wujudnya dengan i’tibar lagi akan wujud di dalam suatu masa atas jalan yang meliputi kenyatannya tiap-tiap suatu sehingga tiada kesudahan bagaimanapun keadaannya, seperti; ni’mat syurga, ‘azab neraka yang tiada berkesudahan. Maka Allah Ta’ala mengetahui akan dia atas jalan tafsil kerana ia menjadikan dia kerana ta’luq ‘ilmu Tuhan pada azali itu mengikut bagi segala maklumat (yang diketahui) dengan makna bersetuju dan muafakat ‘ilmu dengan maklum kerana yang harus yang lagi akan diadakan itu tsabit di dalam ‘ilmu Tuhan, hanya belum diadakan lagi bagaimana firman Tuhan:
Ertinya: . Tuhan yang amat mengetahui akan segala perkara yang ghaib tidale terlindung daripada ‘ilmunya sekecil-kecil barang yang sebesar zarrah pun yang ada dilangit dan demikianjuga tidak terlindung segala perkara yang ada di bumi dan tidale ada yang lebih kecil daripada zarrah itu dan tidak ada yang lebih besar daripadanya
melainkan iaitu ada nyata tersebut di dalam Lauh Mahfuz. (Surah Saba’: Ayat 3)
Yang demikian nyatalah kepada manusia bahawa Tuhan mengetahui tiap-tiap suatu sama ada perkara itu terang atau tersembunyi sehingga barang yang di dalam hati dan angan-angan manusia itupun Tuhan mengetahui
dan segala turun naik nafas, Tuhan mengetahui. Yang demikian bangkitlah perasaan manusia takut dan gentar
daripada melakukan kesalahan kerana segala perkara itu tcrang dan nyata pada ‘ilmu Tuhan pada bila-bila masa
dan bagaimana jua keadaannya. Apabila manusia sampai ke darjat ini baharulah dinamakan sebnar-benar mengenal dan mengetahui serta percaya ‘ilmu Tuhan.