13. AL-KALAM ( )
Ertinya: Berkata-kata Tuhan tidak dengan bcrmulut, tidak dcngan suara atau sebagainya sebagaimana bcrkata-kata makhluk.
Hakikamya ialah satu sifat yang tetap ada, yang qadim lagi azali, berdiri pada dzat Tuhan dengan dia, menunjukkan apa-apa yang dikctahui oleh ‘ilmu daripada yang wajib, maka ia menunjukkan atas yang wajib seperti firman Tuhan:
Ertinya: ….. Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan Aku …… (Surah Thaha: Ayat 14)
Dan daripada yang mustahil seperti firmanNya:
Ertinya: (kata orang Nasranz) bahawasanya Allah Ta’ala yang ketiga daripada tiga (Surah Al-Ma’idah: Ayat 73)
Dan daripada yang harus seperti frman Tuhan:
Ertinya: Bermula Allah yang menjadikan kamu dan barang perbuatan kamu. (Surah Ash-Shafaat: Ayat 96)
Maka kalam Allah itu satu sifat jua tiada berbilang tetapi ia berbagai-bagai apabila dipandang dari segi perkara yang dikatakan iaitu jika ia menunjuk kepada suruh dinamakan ‘amar (suruh) seperfi tuntutan mengerjakan puasa jika ia menunjuk kepada tegahan atau larangan dinamakan nahyu (tegahan) seperti tegahan main judi dan Jika menunjuk kepada berita dinamakan khabar (cerita) seperti riwayat fir’aun memperbuat begini-begini. Jika menunjuk kepada janji baik dinamakan wa’ad (janji) seperti orang yang ta’at dapat balasan syurga dan jika menunjukkan kepada ugutan dinamakan wa’ud (janji balasan seksa) seperti orang yang menderhaka itu dibalas dengan ‘azab.