ATURCARA BERTAUBAT MENGIKUT JENIS-JENIS DOSA

A. Aturcara taubat kerana dosa kepada Allah

  1. Dosa meninggalkan kewajipan-kewajipan yang telah ditetapkan Allah taala.
    • Jalan melepaskan dosa ini ialah mengqodhak sedapat mungkin kewajipan yang ditinggalkan itu.
  2. Dosa melakukan perkara yang diharamkan Allah Taala.
    • Jalan keluar dari dosa ini dengan rasa menyesal dan bertekad untuk meninggalkannya buat selama-lamanya

B.  Aturcara taubat kerana dosa sesama manusia

  1. Berkaitan harta orang:
    • wajib mengembalikan kepada tuannya semulaØJika tidak mampu berbuat demikian maka minta halal daripada tuannya
    • Jika tuannya sudah tiada kembalikan kepada warisnya
    • Jika tiada warisnya maka sedekahkanlah kepada fakir miskin
    • Jika tidak mampu maka perbanyakkanlah buat ibadat serta pohon pada Allah supaya dia menghalalkannya dihari kiamat.’
  2. Dosa berkaitan diri dan nyawa orang
    • Cara melepaskan dosa itu:
      • Serahkan diri kepada waris mereka atau meminta halal kepadanya
      • Jika tidak mampu maka bertaubatlah kepada Allah semoga ia menghalalkan pada hari kiamat
  3. Dosa berkaitan menjatuhkan maruah orang
    • Jika tidak menimbulkan kemarahan dan fitnah:
      1. wajiblah membuat pengakuan dihadapan orang yang melihat apa yang telah anda lakukan itu dengan menyatakan anda telah membuat satu pembohongan
      2. Dan hendaklah meminta halal daripada tuan empunya.
      3. Jika bimbangkan timbul fitnah dan kemarahannya berserahlah kepada Allah supaya membuka hatinya meredhakan dosa ITU.
  4. Jika dosa berkaitan dengan kehormatan orang’
    • Maka tiada jalan untuk meminta halal kerana akan menimbulkan fitnah dan kemarahan pihak yang terlibat
    • Jadi hendaklah merendah diri memohon kepada Allah supaya ia meredhakan hati empunya hak untuk memberi kemaafan.
    • Serta mohon supaya Allah menjadikan kebaikan yang banyak untuknya gantian kerugian kehormatan yang ternoda.
  5. Dosa berkaitan dengan agama (mengkafirkan orang)
    • Cara melepaskan daripada dosa itu
      • Hendaklah mempersalahkan kebohongan anda dihadapan orang yang mendengar luahan kata tuduhan dusta itu
      • Jika boleh minta maaf daripada tuannya
      • Jika tidak mampu berdoalah kepada Allah serta menyesal diatas keterlanjuran itu, agar Allah meredhakan yang empunya hak mahu memaafkan kesalahan itu.

MUQADDIMAH TAUBAT ADA 3

  1. Mengingati bahawa sangat buruknya dosa
  2. Mengingati tentang sangat kerasnya siksaan Allah
  3. Mengingati tentang kelemahan dan kekurangan menanggung azab siksaan Allah

«النَّدَمُ تَوْبَةٌ»

“Penyesalan adalah taubat”.  (H.R Ahmad, Shahiihul jaami     no. 6802)

Maksud  hadis ialah

  • penyesalan yang timbul kerana membesarkan Allah dan takut siksanya sehingga mendorong untuk bertaubat nasuha
  • Apabila seseorang itu mengingati ketiga-tiga perkara yang menjadi muqaddimah taubat itu nescaya dia rasa menyesal dan penyesalannya itu mendorong ia untuk meninggalkan perbuatan DOSA untuk bertaubat nasuha

SYARAT-SYARAT TAUBAT

  1. Meninggalkan dosa dengan ikhtiar
  2. Bertaubat daripada dosa yang terdahulu
  3. Dosa dahulu sama kedudukannya dengan dosa yang dipilih meninggalkannya sekarang tetapi bukan sama dari segi jenis rupanya.
  4. Peninggalan perbuatan dosa itu dilakukan dengan ikhtiar ialah kerana mengagungkan Allah dan memelihara diri daripada murka Allah.

Pengertian Taubat Nasuha

  • Menurut kata Ulama ialah membersihkan hati dari dosa
  • Mengikut Syeikh Abu Bakar at-Tortosi: Taubat ialah meninggal (oleh seseorang) dengan ikhtiarnya (daripada melakukan) dosa yang kedudukannya sama (dengan dosa-dosa yang pernah dilakukannya) dahulu dan bukan (bererti yang sama) rupanya.

Bahaya Beramal Tanpa Ilmu

Maka sesiapa yang tidak belajar ilmu:

  1. Segala ibadatnya tidak datang dengan kukuh kemas. Dan hak-hak ibadat itu tidak terlaksana sebagaimana yang wajarnya
  2. Seseorang beribadat kepada Allah swt tanpa ilmu, nescaya adalah dia dripada golongan orang-orang yang rugi.
  3. Jika tidak menuntut ilmu anda akan berada dalam bahaya kesesatan.

Asas-asas Akidah Para Salaf

Iktikad para Salaf yang soleh, diantaranya

  1. Bahawa Allah akan daoat dilihat di akhirat (nanti)
  2. Bahawa Allah itu ada dan (adaNya) tidak pada pihak yang dibatas
  3. Bahawa Al-Quran itu kalam Allah Ta’ala, bukan makhluk, bukan huruf-huruf yang terputus-putus dan bukan suara, kerana jika demikian, nescaya adalah Dia terjumlah daripada makhluk.
  4. Bahawasanya tiada akan berlaku sesuatu lintasan fikiran dan kerlipan mata di alam bawah (atau) di alam atas melainkan dengan Qada’, Qadar dan kemahuan Iradat Allah Ta’ala. Maka daripada Allah jua baik dan jahat manfaat dan mudharat, iman dan kufur.
  5. Bahawasanya tiada wajib atas Allah Ta’ala (membuat sesuatu) bagi seseorang daripada makhlukNya, Maka sesiapa yang Dia berikan pahala adalah dengan kurniaanNya dan sesiapa yang Dia seksakan adalah dengan keadilanNya.
  6. (Bahawa benar) apa yang telah datang (berita) melalui lidah Nabi Muhammad saw mengenai perkara-perkara akhirat seperti perhimpunan mahsyar, kebangkitan (dari kubur) azab kubur, soal mungkar-nakir, neraca dan titian (meyeberangi neraka ke syurga.

Berilmu Sebelum Beribadat

  1. Agar hasil ibadat yang benar lagi sah dan terselamat dari cacat cela
  2. Wajib mengetahui perkara-perkara yang mewajibkan anda mengerjakannya. Dapat melaksanakannya dengan betul. Serta mengetahui apa yang wajib ditinggalkan daripada larangan-laranganNya.

ILMU YANG WAJIB DITUNTUT

TIGA ILMU YANG WAJIB DITUNTUT:

  1. ILMU TAUHID
  2. ILMU FEQAH
  3. ILMU TASAWUF

Tahap kefardhuan dalam ilmu tauhid:

Sekadar dapat mengetahui tentang usuluddin mengenai ketuhanan, kenabian dan perkara-perkara sam’iyat seperti malaikat dan perkara yang berkaitan dengan alam akhirat .

Tahap kefardhuan dalam ilmu tasawuf:

Mengenal segala yang diwajibkan dan segala yang dilarang sehingga terhasil perasaan mengagungkan Allah Taala ikhlas baik niat serta terselamat daripada cacat cedera.

Tahap kefardhuan dalam ilmu feqah:

Segala perkara yang difardhukan untuk dilaksana seperti bersuci, sembahyang dan puasa.

Adapun zakat ,haji dan jihad jika sudah tertentu fardhunya keatas anda nescaya anda wajib mengetahuinya, tetapi jika tidak menjadi kefardhuan kerana belum cukup syarat maka tidak wajib mengetahuinya.

Ilmu yang bermanfaat itu ialah ilmu yang menambahkan ketakutan terhadap Allah, menambahkan peglihatan mata hati pada segala keaiban dan makrifat ibadat pada Tuhan,mengurangkan kegemaran pada dunia, menambah kegemaran pada akhirat,membuka mata hati pada perkara yang merosakkan amalan sehingga menampakkan segala tipu daya syaitan.

BERILMU TANPA BERGURU….? BERAMAL TANPA ILMU….?

Kata Imam Ghazali :

Ilmu tanpa amal adalah gila, amalan tanpa ilmu adalah sia-sia

PUJI DAN SYUKUR

PENGERTIAN PUJI DAN SYUKUR

  • Bahasa: Al-hamdu dalam Bahasa Arab memiliki makna “الثناء الكامل” artinya “pujian yang sempurna.
  • Istilah: perbuatan yang muncul dari penghormatan atas sang pemberi nikmat. Penghormatan tersebut sama ada berupa penuturan dalam lisan, kecintaan dalam hati, mahupun pengamalan dengan anggota badan.
  • Bahasa: syukur diambil dari kata syakara, syukuran,dan wa syukuran, yang berarti berterima kasih kepada-Nya.
  • Istilah: bersyukur dan berterima kasih kepada Allah, lega, senang dan menyebut nikmat yang diberikan kepadanya dimana rasa senang, lega itu terwujud pada lisan, hati maupun perbuatan.

Pengertian syukur mengikut ulama:

  1. Ibnu Abbas: syukur ialah mengerjakan taat dengan semua anggota kepada Tuhan sekalian makhluk.
  2. Imam al-Ghazali: Syukur ialah satu pengagungan yang menghalangkan dari timbul kebencian terhadap Allah yang telah berbuat baik kepadanya dan cara pengagungan itu dengan itu ialah dengan mengingati kebaikan Allah, eloknya hal orang yang bersyukur disebabkan kesyukurannya dan buruknya hal orang hal orang kafir disebabkan kekufurannya terhadap Allah Pemberi nikmat.

PERBEZAAN PUJI DAN SYUKUR

PUJI SYUKUR
Kesempurnaan sifat-sifat Allah  atau pujian kepada sesama hamba atas keunggulan-keunggulan yang dimiliki, seperti  prestasi yang diperolehinya, derajat sosial yang tinggi, keelokan fizikal dan seumpanya. Pujian kepada Allah atas nikmat yang telah diberikan.
Amalan zahir seperti tasbih dan tahlil Amalan batin seperti sabar dan tawakkal
Puji >< cela Syukur >< kufur

 

DUA SEBAB MANUSIA WAJIB MEMUJI DAN BERSYUKUR KEPADA ALLAH

  1. Untuk mendapat keberkatan nikmat yang amat besar.
  2. Untuk menghasilkan pertambahan nikmat.

nikmat

 

PERBINCANGAN

  1. Adakah wajib bagi hamba bersyukur apabila ditimpa kesusahan dan bala bencana dunia?         (m/s 323-326)
  2. Adakah wajib bersabar bagi hamba  apabila mendapat nikmat? (m/s 327-329)
  3. Mana yang terlebih utama seorang yang bersyukur atau penyabar? (m/s 326-329)
  4. Adakah nikmat sebenar berupa kekayaan, pangkat dan keturunan? (329-353)

 

KESIMPULAN

  1. Wajib bersyukur atas semua nikmat yang Allah anugerahkan dan mohon agar Allah menambah nikmat.
  2. Apabila lupa bersyukur segera bertaubat dan berdoa memohon pertologan kepada Allah.
  3. Tak ramai yang bersyukur atas nikmat justeru itu kita perlu bermujahadah supaya Allah menunjukkan jalan ke arahnya.

 

PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI BERKAITAN PERJALANAN AKHIRAT

  1. Perjalanan akhirat adalah jalan rohani yang dilalui oleh hati dengan pemikiran dan akidah.
  2. Perjalanan akhirat amat payah dan bahayanya amat besar.
  3. Dalam perjalanan perlu beramal dengan sungguh selaras dengan syarat dan rukunnya sehingga melepasi tujuh aqabah dengan jayanya.
  4. Bagi sesiapa yang berjaya akan mendapat 40 kemuliaan (Imam al-Ghazali) (376-384)
  5. Empat jenis manusia pelik (388-389)

Pergantungan Kepada Rezeki

GANGGUAN RINTANGAN IBADAH ADA 4:

  1. REZEKI
  2. MARA BAHAYA
  3. QADA’ ALLAH
  4. KESUSAHAN DAN BALA BENCANA

GANGGUAN RINTANGAN IBADAH PERTAMA: REZEKI

Pengertian Rezeki

Bahasa:  ar-Rizq, dalam bahasa Arab berasal dari  Razaqa-Yarzuqu-Rizq yang berarti pemberian.

Istilah:

هُوَ كُلُّ مَا تَنْتَفِعُ بِهِ مِمَّا اَبَاحَهُ اللهُ لَكَ سَوَاءٌ كَانَ مَلْبُوْسٌ اَوْ مَطْعُوْمٌ … حَتَّى الزَّوْجَة رِزْق، الاَوْلاَدُ وَ البَنَاتُ رِزْقٌ وَ الصِّحَةُ وَ السَّمْعُ وَ العَقْلُ …الخ

“Segala sesuatu yang bermanfaat yang Allah halalkan untukmu, samada berupa pakaian, makanan, sehingga pada istri. Itu semua termasuk rezeki. Begitu pula anak laki-laki atau anak peremupuan termasuk rezeki. Termasuk pula dalam hal ini adalah kesehatan, pendengaran dan akal.”

Rezeki mengganggu ibadah?

  • Seseorang yang fikirannya selalu terpusat pada rezeki, keperluan, dan urusan-urusan lain tidak akan beribadah dengan baik.
  • Terlalu sibuk mencari rezeki menyebabkan tidak dapat melakukan ibadah
  • Selalu memikirkan rezeki menyebabkan perasaan waswas dalam ibadah.
  • Ketamakan terhadap rezeki menyebabkan tidak ambil berat kepada sumber rezeki sama ada halal mahupun haram.

Kenapa wajib bertawakkal dalam urusan rezeki?

  1. Supaya dapat menumpukan dan melaksanakan ibadah dengan semestinya.
  2. Menjauhkan diri daripada bahaya dan kebinasaan yang besar.
    • Tidak yakin dengan janji, jaminan dan sumpah  Allah.
    • Tidak memperdulikan dengan perintah, janji dan ancaman Allah.

HAKIKAT TAWAKKAL DAN HUKUMNYA

PENGERTIAN TAWAKKAL

Bahasa:

Dari segi bahasa, tawakkal berasal dari kata ‘tawakkala’ yang memiliki erti; menyerahkan, mempercayakan dan mewakilkan (Munawir, 1984 : 1687). Seseorang yang bertawakkal adalah seseorang yang menyerahkan, mempercayakan dan mewakilkan segala urusannya hanya kepada Allah SWT.

Istilah:

  • Imam al-Ghazali “Tawakkal ialah menyandarkan kepada Allah swt tatkala menghadapi suatu kepentingan, bersandar kepadaNya dalam waktu kesukaran, teguh hati tatkala ditimpa bencana disertai jiwa yang tenang dan hati yang tenteram.
  • Menurut Abu Zakaria Ansari, tawakkal ialah “keteguhan hati dalam menyerahkan urusan kepada orang lain”.
  • Imam Ahmad bin Hambal:Tawakkal merupakan aktiviti hati, ertinya tawakkal itu merupakan perbuatan yang dilakukan oleh hati, bukan sesuatu yang diucapkan oleh lisan, bukan pula sesuatu yang dilakukan oleh anggota tubuh. Dan tawakkal juga bukan merupakan sebuah keilmuan dan pengetahuan. (Al-Jauzi/ Tahdzib Madarijis Salikin, tt : 337)
  • Ibnu Qoyim al-Jauzi “Tawakal merupakan amalan dan ubudiyah (penghambaan) hati dengan menyandarkan segala sesuatu hanya kepada Allah, tsiqah terhadap-Nya, berlindung hanya kepada-Nya dan redha atas sesuatu yang menimpa dirinya, berdasarkan keyakinan bahwa Allah akan memberikannya segala ‘kecukupan’ bagi dirinya…, dengan tetap melaksanakan ‘sebab-sebab’ (faktor-faktor yang menjurus pada sesuatu yang dicarinya) serta usaha sedaya upaya untuk dapat memperolehnya” (Al-Jauzi/ Arruh fi Kalam ala Arwahil Amwat wal Ahya’ bidalail minal Kitab was Sunnah, 1975 : 254).

Tawakal  digunakan dalam tiga tempat:

  1. Tawakal kepada keputusan (pembahagian) Allah. Iaitu berkeyakinan penuh dan merasa lapang dada dengan keputusan apa pun dari Allah. Hukum Allah tidak akan berubah, seperti yang tercantum dalam Al-Quran dan hadith.
  2. Tawakal kepada pertolongan Allah. Yakni pergantungan dan percaya penuh pada pertolongan Allah Azza wa Jalla. Jika engkau menyandarkan diri pada pertolongan Allah dalam dakwah dan perjuangan bagi agama Allah, maka Allah pasti akan menolongmu.
  3. Tawakal berkaitan dengan pembahagian rezeki dan hajat keperluan. Yakni meyakini bahawa Allah akan menjamin nafkah dan keperluan hambaNya untuk kekuatan beribadah kepadaNya.

Hukum Tawakkal

Bertawakkal pada tempat rezeki dan keperluan hajat adalah fardhu atau wajib.

وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ

Dan sesiapa bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)-nya. (QS At-Tolaq: 3)

حَدَّثَنَا أَبُو عَبْدِ الرَّحْمَنِ حَدَّثَنَا حَيْوَةُ أَخْبَرَنِي بَكْرُ بْنُ عَمْرٍو أَنَّهُ سَمِعَ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ هُبَيْرَةَ يَقُولُ إِنَّهُ سَمِعَ أَبَا تَمِيمٍ الْجَيْشَانِيَّ يَقُولُ سَمِعَ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ إِنَّهُ سَمِعَ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَوْ أَنَّكُمْ تَتَوَكَّلُونَ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرَزَقَكُمْ كَمَا يَرْزُقُ الطَّيْرَ تَغْدُو خِمَاصًا وَتَرُوحُ بِطَانًا (رواه أحمد(

Rasulullah SAW bersabda, “Jika kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya tawakkal kepada-Nya, niscaya Dia akan memberimu rezeki sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung. Burung itu keluar dari sarangnya di pagi hari dalam keadaan perut yang kempis (kosong temboloknya) dan pulang di petang hari dalam keadaan kenyang perut perutnya” (HR Imam Ahmad, At-Tirmidzi, An-Nasa-i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Al-Hakim)

PEMBAHAGIAN JENIS-JENIS REZEKI

Rezeki itu ada empat  bahagian:

  1. Rezeki yang dijamin.
  2. Rezeki yang dibahagi.
  3. Rezeki yang dimiliki.
  4. Rezeki yang dijanjikan oleh Allah.

1. Rezeki yang dijamin.

Rezeki yang dijamin merujuk kepada makanan dan segala apa yang penguat tubuh dan jiwa hambaNya. Jenis rezeki seperti itu  tanpa sebab dengan sumber-sumber lainnya di dunia. Jaminan terhadap rezeki jenis ini datang dari Allah Ta’ala. Maka, bertawakkal terhadap rezeki jenis ini wajib berdasarkan dalil aqli dan syar’i. Sebab  Allah telah membebankan kita untuk mengabdi kepada-Nya dan mentaati-Nya dengan tubuh kita. Dia telah menjamin apa-apa yang menjadi sumber energi bagi sel-sel tubuh kita agar kita dapat melaksanakan apa yang telah diperintahkan-Nya.

2.Rezeki yang dibahagi

Rezeki yang dibahagi adalah apa yang telah dibagikan oleh Allah dan telah tertulis di Lauwhun Mahfuzh secara  terperinci. Masing-masing dibahagikan sesuai dengan kadar yang telah ditentukan dan waktu yang telah ditetapkan, tidak lebih dan tidak kurang, dari apa yang tertulis itu. Rasulullah SAW bersabda, “Rezeki itu telah dibahagi dan kemudian telah diberikan semuanya. Tidaklah ketakwaan seseorang dapat menambahkannya dan tidak pula kejahatan orang yang berlaku jahat dapat menguranginya.”

3.Rezeki yang dimiliki

Rezeki yang dimiliki adalah harta benda dunia yang dimiliki oleh manusia sesuai dengan apa yang telah ditakdirkan oleh Allah untuk dia miliki. Dan ini termasuk rezeki dari Allah. Allah berfirman,

أَنْفِقُوا مِمَّا رَزَقْنَاكُمْ

“Belanjakanlah (di jalan Allah) sebahagian dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu” (QS al-Baqarah: 254).

4.Rezeki yang dijanjikan

Rezeki yang dijanjikan adalah segala apa yang telah dijanjikan oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya yang bertakwa dengan syarat ketakwaan, sebagai rezeki yang halal, tanpa didahului oleh usaha yang bersusah payah.

وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا   # وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

“Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan menjadikan bagianya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.” (QS At-Tolaq : 2-3)

BENTENG PERTAHANAN TAWAKKAL

Benteng dari benteng tawakkal ialah mengingatkan keagungan Allah, kesempurnaan ilmuNya serta Maha Sucinya Allah dari mungkir janji, lupa, lemah dan kekurangan.

Adakah wajib menuntut  cari sebab?

Tidak.

  • Kerana Allah akan  membuat sesuatu dengan sebab dan dengan tidak bersebab
  • Allah telah menjamin kepada hambanya dengan jaminan yang mutlak.
  • Allah tidak memerintahkan apa yang tidak diketahui oleh hambanya.
  • Kebanyakan para nabi dan wali tidak menuntut cari rezeki,

Adakah rezeki bertambah dengan menuntut cari?

  • Rezeki yang telah dibahagi (maqsum) dan ditetapkan dalam luh mahfuz secara Qadak mubram tiada perubahan, manakala rezeki yang dijanjikan oleh Allah atau rezeki yang dita’liqkan dengan qadak muallaq atau di syaratkan dengan sesuatu perkara mengikut perbuatan-perbuatan dan sunnatullah akan berubah dengan iradat Allah.
  • Masalah membawa bekal dalam perjalanan
  • Mengembara di padang pasir tanpa bekal.
  •  وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى
  • Hendaklah kamu membawa bekal, kerana sesungguhnya sebaik-baik perbekalan itu ialah taqwa (Al-Baqarah: 197)
  • Antara mengambil bekal atau meninggal bekal?