Bahaya Beramal Tanpa Ilmu

Maka sesiapa yang tidak belajar ilmu:

  1. Segala ibadatnya tidak datang dengan kukuh kemas. Dan hak-hak ibadat itu tidak terlaksana sebagaimana yang wajarnya
  2. Seseorang beribadat kepada Allah swt tanpa ilmu, nescaya adalah dia dripada golongan orang-orang yang rugi.
  3. Jika tidak menuntut ilmu anda akan berada dalam bahaya kesesatan.

Asas-asas Akidah Para Salaf

Iktikad para Salaf yang soleh, diantaranya

  1. Bahawa Allah akan daoat dilihat di akhirat (nanti)
  2. Bahawa Allah itu ada dan (adaNya) tidak pada pihak yang dibatas
  3. Bahawa Al-Quran itu kalam Allah Ta’ala, bukan makhluk, bukan huruf-huruf yang terputus-putus dan bukan suara, kerana jika demikian, nescaya adalah Dia terjumlah daripada makhluk.
  4. Bahawasanya tiada akan berlaku sesuatu lintasan fikiran dan kerlipan mata di alam bawah (atau) di alam atas melainkan dengan Qada’, Qadar dan kemahuan Iradat Allah Ta’ala. Maka daripada Allah jua baik dan jahat manfaat dan mudharat, iman dan kufur.
  5. Bahawasanya tiada wajib atas Allah Ta’ala (membuat sesuatu) bagi seseorang daripada makhlukNya, Maka sesiapa yang Dia berikan pahala adalah dengan kurniaanNya dan sesiapa yang Dia seksakan adalah dengan keadilanNya.
  6. (Bahawa benar) apa yang telah datang (berita) melalui lidah Nabi Muhammad saw mengenai perkara-perkara akhirat seperti perhimpunan mahsyar, kebangkitan (dari kubur) azab kubur, soal mungkar-nakir, neraca dan titian (meyeberangi neraka ke syurga.

Berilmu Sebelum Beribadat

  1. Agar hasil ibadat yang benar lagi sah dan terselamat dari cacat cela
  2. Wajib mengetahui perkara-perkara yang mewajibkan anda mengerjakannya. Dapat melaksanakannya dengan betul. Serta mengetahui apa yang wajib ditinggalkan daripada larangan-laranganNya.