- Membersihkan hati dari semua dosa dengan memperkuatkan azam tidak mengulangi dosa buat selama-lamanya.
- Menuntut keredhaan musuh-musuh seberapa yang mungkin agar sudi memaafkan
- Mengqadhakkan segala kewajipan yang terluput
- Menyerahkan saki baki kewajipan yang tidak mampu diqadhak kepada Allah
- Mandi, basuh pakaian dan berwudhuk .
- Sembahyang taubat 4 rakaat.
- Letakkan muka atas tanah ditempat sunyi yang tidak dilihat orang dan ambil tanah letakkan atas kepala.
- Guling-gulingkan muka ketanah sambil menangis dengan hati yang sedih.
- Teriakkan suara yang nyaring sambil mengingati dosa satu persatu.
- Cerca diri anda yang melakukan maksiat.
- Berkatalah sambil menangis “ wahai diri tidakkah kamu malu pada Allah? bukankah sudah tiba masanya untuk kamu bertaubat? Adakah kamu mampu menanggung azab Allah?
- Kemudian angkat tangan lantas berdoa sebagaimana doa yang telah dianjurkan.
- Perbanyakkan menangis dan berdoa.
- Berselawat dan beristiqfar
- Kembali membuat ketaatan kepada Allah
Category: Aqabah Taubat
BAHAYA MELEWAT LEWATKAN TAUBAT
- Dikhuatiri mati dalam keadaan suul khatimah
- Bimbang berakhir dengan kekufuran.
- Hati menjadi keras dan hitam (tandanya tidak rasa takut buat dosa)
- Tidak merasa nikmat kemanisan ibadat
PENGHALANG TAUBAT
- Kebimbangan kembali melakukan dosa.
Bagi mengelakkannya, wajiblah berazam(kuat) dengan benar-benar(nekad) pada meninggalkan perbuatan dosa itu, serta serahkan kepada Allah Taala untuk menyempurnakan maksud yang luhur itu. Oleh itu, janganlah kebimbangan kembali melakukan dosa itu menghalang dari bertaubat kerana sesungguhnya bertaubat itu pasti meletakkan kedudukan diantara salah satu dari kebajikan - Kebimbangan tidak tetap di atas pengakuan taubat
( Ini adalah satu perasaan dan sangkaan yang timbul daripada tipu daya syaitan ). Maka (sekiranya bertaubat), kemungkinan akan mati sebagai seorang yang bertaubat sebelum sempat kembali melakakan dosa.
ATURCARA BERTAUBAT MENGIKUT JENIS-JENIS DOSA
A. Aturcara taubat kerana dosa kepada Allah
- Dosa meninggalkan kewajipan-kewajipan yang telah ditetapkan Allah taala.
- Jalan melepaskan dosa ini ialah mengqodhak sedapat mungkin kewajipan yang ditinggalkan itu.
- Dosa melakukan perkara yang diharamkan Allah Taala.
- Jalan keluar dari dosa ini dengan rasa menyesal dan bertekad untuk meninggalkannya buat selama-lamanya
B. Aturcara taubat kerana dosa sesama manusia
- Berkaitan harta orang:
- wajib mengembalikan kepada tuannya semulaØJika tidak mampu berbuat demikian maka minta halal daripada tuannya
- Jika tuannya sudah tiada kembalikan kepada warisnya
- Jika tiada warisnya maka sedekahkanlah kepada fakir miskin
- Jika tidak mampu maka perbanyakkanlah buat ibadat serta pohon pada Allah supaya dia menghalalkannya dihari kiamat.’
- Dosa berkaitan diri dan nyawa orang
- Cara melepaskan dosa itu:
- Serahkan diri kepada waris mereka atau meminta halal kepadanya
- Jika tidak mampu maka bertaubatlah kepada Allah semoga ia menghalalkan pada hari kiamat
- Cara melepaskan dosa itu:
- Dosa berkaitan menjatuhkan maruah orang
- Jika tidak menimbulkan kemarahan dan fitnah:
- wajiblah membuat pengakuan dihadapan orang yang melihat apa yang telah anda lakukan itu dengan menyatakan anda telah membuat satu pembohongan
- Dan hendaklah meminta halal daripada tuan empunya.
- Jika bimbangkan timbul fitnah dan kemarahannya berserahlah kepada Allah supaya membuka hatinya meredhakan dosa ITU.
- Jika tidak menimbulkan kemarahan dan fitnah:
- Jika dosa berkaitan dengan kehormatan orang’
- Maka tiada jalan untuk meminta halal kerana akan menimbulkan fitnah dan kemarahan pihak yang terlibat
- Jadi hendaklah merendah diri memohon kepada Allah supaya ia meredhakan hati empunya hak untuk memberi kemaafan.
- Serta mohon supaya Allah menjadikan kebaikan yang banyak untuknya gantian kerugian kehormatan yang ternoda.
- Dosa berkaitan dengan agama (mengkafirkan orang)
- Cara melepaskan daripada dosa itu
- Hendaklah mempersalahkan kebohongan anda dihadapan orang yang mendengar luahan kata tuduhan dusta itu
- Jika boleh minta maaf daripada tuannya
- Jika tidak mampu berdoalah kepada Allah serta menyesal diatas keterlanjuran itu, agar Allah meredhakan yang empunya hak mahu memaafkan kesalahan itu.
- Cara melepaskan daripada dosa itu
MUQADDIMAH TAUBAT ADA 3
- Mengingati bahawa sangat buruknya dosa
- Mengingati tentang sangat kerasnya siksaan Allah
- Mengingati tentang kelemahan dan kekurangan menanggung azab siksaan Allah
«النَّدَمُ تَوْبَةٌ»
“Penyesalan adalah taubat”. (H.R Ahmad, Shahiihul jaami’ no. 6802)
Maksud hadis ialah
- penyesalan yang timbul kerana membesarkan Allah dan takut siksanya sehingga mendorong untuk bertaubat nasuha
- Apabila seseorang itu mengingati ketiga-tiga perkara yang menjadi muqaddimah taubat itu nescaya dia rasa menyesal dan penyesalannya itu mendorong ia untuk meninggalkan perbuatan DOSA untuk bertaubat nasuha
SYARAT-SYARAT TAUBAT
- Meninggalkan dosa dengan ikhtiar
- Bertaubat daripada dosa yang terdahulu
- Dosa dahulu sama kedudukannya dengan dosa yang dipilih meninggalkannya sekarang tetapi bukan sama dari segi jenis rupanya.
- Peninggalan perbuatan dosa itu dilakukan dengan ikhtiar ialah kerana mengagungkan Allah dan memelihara diri daripada murka Allah.
Pengertian Taubat Nasuha
- Menurut kata Ulama ialah membersihkan hati dari dosa
- Mengikut Syeikh Abu Bakar at-Tortosi: Taubat ialah meninggal (oleh seseorang) dengan ikhtiarnya (daripada melakukan) dosa yang kedudukannya sama (dengan dosa-dosa yang pernah dilakukannya) dahulu dan bukan (bererti yang sama) rupanya.
KEWAJIPAN BERTAUBAT KERANA 2 PERKARA:
KEWAJIPAN BERTAUBAT KERANA 2 PERKARA:
- Supaya mendapat taufik mengerjakan taat.
Maka sesungguhnya kesialan dosa-dosa itu mempusakai halangan (untuk mendapat kebajikan) dan nanti mengakibatkan kehinaan. - Supaya ibadat diterima Allah.
Kerana kedudukan taubat itu diumpamakan sebagai hutang yang wajib dibayar dan kedudukan ibadat sebagai hadiah sahaja.
Oleh itu, adalah wajib bertaubat kerana bahawasanyabertaubat daripada segala maksiat dan memohon keredhaaan Allah adalah kefardhuan yang mesti.