Dunia dan Isinya

Dunia, dengan segala kemewahan, keindahan, kemegahan dan kemilaunya tidak lebih dari sebuah penjara bila dibandingkan dengan surga akhirat. Demikianlah pandangan seorang mukmin, dan inilah sabda Nabi Shallallahu ’alaihi wa sallam yang membenarkan:

Diriwayatkan dari Abu Hurairah, bahwasanya Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda, “Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan surga bagi orang kafir”. (HR. Muslim)

Ya, orang mukmin adalah manusia akhirat yang sedang ‘ditakdirkan’ untuk ‘jalan-jalan’ nengok dunia.

Akhir zaman yang dipenuhi fitnah dan tipu daya, telah banyak membuat manusia lupa akan tujuan hidup yang sebenarnya. Kesulitan hidup, himpitan ekonomi, tekanan dan teror musuh, seakan telah memaksa kita berubah haluan, lupa tujuan dan salah orientasi.

Kehendak manusia dibahagikan kepada 2 iaitu:

  1. Cinta Dunia (Zahir)
  2. Cinta Akhirat (Batin / hati)

Cara untuk menolak dunia ialah dengan bertajarrud ( iaitu mengosongkan hati ) daripada ( cintakan dunia ) dan (hidup ) zuhud.

Wajib bertajarrud dan berzuhud kerana dua perkara:

  1. Supaya ibadat itu mantap lurus dan banyak.
    Maka sesungguhnya gemar kasih kepada dunia menyebabkan sibuk zahir batin. Secara zahirnya sentiasa sibuk siang dan malam dengan menuntut habuan dunia, manakala batin pula memendam keinginan terhadap dunia.
    Sehingga menjadi tajuk percakapan hati sedangkan kedua-duanya akan menghalang ibadat.
  2. Memperbanyakkan nilai amalan dan membesarkan kemuliaannya.
    Maka apabila ibadat menjadi mulia dan banyak pahalanya dengan (sebab zuhudnya) maka wajiblah bagi orang yang menuntut ibadat berzuhud pada dunia dan bertajarrud daripadanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *