1. AL-WUJUD ( )
Ertinya: Ada.
Dimaknakan dengan tetap, benar dan sungguh yang wajib bagi dzat Allah Ta’ala yang tiada dikeranakan dengan suatu kerana.
Maka wujud itu di sisi Imam Fakhrul Razi dan Imam Abu Mansur Al-Mathuridi bukan ia ‘ain maujud dan bukan lain daripada ‘ain maujud, maka atas qaul iniadalah wujud itu haliyyah (yang menepati antara ada dengan tiada) tetapi pada pendapatan Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ari wujud itu ‘ain Al-Muujud, yakni wujud itulah dzat maujud kerana tidak disebutkan wujud melainkan kepada dzat.
Barang diingat tentang percayakan wujud Tuhan (Tuhan itu ada) bukan sahaja di sisi agama Islam bahkan semua agama dalam dunia ini mcngaku mengatakan Tuhan itu ada bagaimana firman Tuhan:
Ertinya: Dan jika kamu tanya orang-orang kafir itu siapa yang menjadikan langit dan bumi nescaya berkata mereka itu Allah yang menjadikan……. (Surah Luqman: Ayat 25)