Mensabitkan Keturunan

Mensabitkan Keturunan

Syarak mensabitkan keturunan berdasarkan salah satu daripada tiga perkara berikut:

  1. Penyaksian (syahadah)
    Syarat penyaksian ialah dua orang lelaki yang memenuhi kriteria-kriteria saksi sebagaimana yang dijelaskan dalam syarat-syarat nikah. Penyaksian perempuan atau penyaksian seorang lelaki dan dua orang perempuan dalam mensabitkan keturunan tidak diterima. Ini kerana keturunan adalah salah satu cabang perkahwinan. Kebiasaannya, hanya lelaki yang yang lebih terkehadapan dalam masalah perkahwinan. Oleh itu penyaksian kaum wanita tidak diterima.
  2. Pengakuan (ikrar)
    Ikrar berlaku dengan seorang lelaki mengaku bahawa dia adalah bapa kepada Zaid misalnya. Ataupun Zaid mengaku bahawa dia adalah anak lelaki tersebut.

Syarat Sah Ikrar

Ikrar hanya diiktiraf apabila memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Keadaan fizikal menolak ikrar itu sebagai suatu cubaan berbohong. Contohnya, kedua-duanya berada pada peringkat umur yang sesuai untuk dianggap sebagai bapa dan anak. Sekiranya mereka berada pada peringkat umur yang tidak boleh diterima mereka mempunyai hubungan sebagai bapa dan anak seperti umur mereka sebaya, ikrar itu tidak sah dan hubungan keturunan tidak boleh disabitkan. Ini kerana keadaan fizikal mereka tidak mengiktiraf ikrar tersebut.
  2. Ikrar diperakui oleh syarak. Syarak tidak mengiktiraf sesuatu ikrar jika anak yang diperakui itu diketahui umum bukan daripada keturunannya. Ini kerana keturunan yang pasti dan dikenali umum tidak boleh berubah menerusi ikrar; sama ada ikrar itu diiyakan oleh yang didakwa atau pun tidak.
  3. Orang yang didakwa mengiyakan ikrar pendakwa sekiranya dia berkelayakan mengiyakannya. Syarat kelayakan ialah mukallaf. Ini kerana dia lebih berhak terhadap keturunannya dan dia lebih mengetahui susur galur keturunannya daripada orang lain.
  4. Orang yang berikrar tidak berikrar demi kepentingan dirinya
    sendiri atau demi mengelakkan diri daripada ditimpa mudarat.
    Jika dilakukan kerana faktor-faktor ini, ia tidak dikira
    sebagi ikrar tetapi dinamakan dakwaan. Dakwaan seperti ini
    tidak diterima pakai melainkan apabila wujud bukti seperti
    penyaksian dan sebaginya.

Contohnya seorang pemuda kaya meninggal dunia. Kemudian seorang lelaki datang dan berkata: “Dia adalah anak saya.” Kata-katanya tidak boleh diterima dan tidak dianggap sebagai ikrar mahu pun penyaksian. Ini kerana di antara tuntutan ikrar ialah menunaikan sesuatu, atau ia menjadi tanggung jawab orang yang berikrar.
Dalilnya ialah hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan bahawa:

“Syahadah az-zhonin tidak harus (dan tidak sah).”’
1 Riwayat Tirmizi dalam kitab penyaksian, bab hadis tentang siapa yang tidak sah penyaksiannya, no. 2299

Syahadah az-zhonin ialah penyaksian orang yang ditohmah, yang mahu membawa manfaat kepada dirinya, atau menolak bahaya daripada menimpanya.
Kata-kata lelaki dalam contoh di atas termasuk dalam katagori dakwaan. Sesuatu dakwaan tidak diterima melainkan jika dikukuhkan dengan bukti yang diiktiraf oleh syarak. Antaranya ialah dua orang saksi yang adil dan benar kata-katanya.

3. Al-Istifadhoh (penerimaan orang ramai dalam kuantiti yang ramai)

Gambaran bagi istifadhoh ialah seseorang individu menasabkan dirinya kepada seorang lelaki (ayahnya) atau sesebuah kabilah. Orang ramai di kawasan itu turut menasabkannya kepada lelaki atau kabilah yang sama tanpa wujud sebarang perselisihan. Perkara ini berlarutan dalam tempoh masa yang panjang.
Kedudukan istifadhoh sama dengan penyaksian yang sahih. Ia dikira sebagai dalil syarak dalam mensabitkan keturunan seseorang. Dengan syarat ia diperakui oleh orang ramai yang hi du p bersamanya dalam kuantiti yang ramai. Iaitu kuantiti yang mustahil pada lojik akal mereka bersepakat untuk berbohong.
Kenapa istifadah dianggap setaraf dengan syahadah dalam mensabitkan asal keturunan‘? Ini kerana keturunan adalah sesuatu yang kekal dan berterusan sekalipun generasi manusia silih berganti. Oleh kerana lamanya masa berlalu, menjadi sesuatu yang sukar untuk mencari asal usulnya yang terdahulu. Oleh itu isiifadhoh amat perlu dalam rnengsabitkan keturunan seseorang. ‘
Pada zaman Rasulullah s.a.w., para sahabat menasabkan keturunan mereka kepada kabilah-kabilah dan nenek moyang mereka. Baginda s.a.w. tidak meminta mereka membawa saksi yang menyaksikan sendiri perkahwinan-perkahwinan yang telah berlaku. Malah Baginda berpada dengan penerimaan orang ramai dengan kuantiti yang ramai terhadap perkara tersebut tanpa ada yang mempertikaikannya. Ketika itu hukum hakam dalam masalah ini dibina di atas asa ini


Pendahuluan Keturunan

Pendahuluan Keturunan

Keturunan ialah kaum keluarga (kerabat) yang hampir. Keturunan adalah asas penting dalam menentukan pelbagai hukum. Contohnya: harta pusaka, halal ataupun haramnya seseorang untuk dikahwini, wali, wasiat dan sebagainya.
Oleh itu, bukti-bukti yang menetapkan susur galur keturunan itu perlulah jelas. Perlu diletakkan garis panduan yang jelas supaya ia tidak diragui ataupun mengelirukan. Bagaimanakah syarak mensabitkan keturunan seseorang individu? Apakah pula kesannya terhadap hukum-hukum yang berkaitan dengannya?