Pengakuan berbeza antara pemilik dan penyewa dalam kes pemulangan atau kerosakan

Pengakuan berbeza antara pemilik dan penyewa dalam kes pemulangan atau kerosakan

i. Dakwaan rosak

Jika barangan yang disewa rosak atau cacat dalam tangan penyewa dan penyewa mendakwa dia tidak menyalah gunakannya, sebaliknya ia disebabkan oleh bencana alam iaitu sebab yang di luar kehendaknya, ataupun ia disebabkan oleh faktor yang dibenarkan oleh penggunaan biasa. Sementara pemilik pula mendakwa ia berlaku disebabkan oleh salah guna penyewa akibat penggunaan yang berlebihan atau kecuaian atau tidak menjaga barangan yang disewa dengan baik.

Dalam kes ini pengakuan yang akan diterima ialah pengakuan penyewa dan diperakui selepas dia bersumpah. Ini kerana pemilik membuat dakwaan wujudnya salah guna sementara penyewa menafikannya dan mendakwa penyalah gunaan tidak wujud. Jadi,  mengikut hukum asal, salah guna tidak wujud dan tiada siapa yang dipertanggungjawabkan. Dengan ini, pengakuan yang diterima ialah dakwaan asal yang disokong oleh sumpahnya.

ii. Dakwaan pemulangan

Jika pemilik dan penyewa berbeza pengakuan. Contohnya, penyewa mendakwa dia telah memulangkan barang yang disewa kepada pemilik, namun pemilik menafikannya dan berkata: Anda tidak pulangkan kepada saya. Pengakuan pemilik akan diterima jika disokong oleh sumpah. Ini kerana penyewa memegang barangan yang disewa untuk mendapatkan khidmatnya. Pada asalnya tiada sebarang pemulangan dan penyewa adalah orang yang mendakwa.

Dengan ini, pengakuan yang diterima ialah pengakuan orang yang menafikannya dengan disokong oleh sumpah. Jadi pengakuan pemilik akan diterima kerana dia menafikan wujudnya pemulangan dan dakwaannya ini sesuai dengan hukum asal iaitu pemulangan tidak dilakukan.

Khiyar dalam Kontrak Sewa

Khiyar dalam Kontrak Sewa

1. Khiyar Majlis dan Khiyar Syarat

Dalam kontrak sewa tidak wujud khiyar majlis atau khiyar syarat kerana kontrak sewa termasuk di antara kontrak yang berisiko. Ini kerana ia membabitkan barangan yang tidak wujud iaitu perkhidmatan. Perkhidmatan ini tidak wujud ketika kontrak. Walau bagaimanapun ia tetap dibenarkan bertujuan memudahkan orang ramai. Dalam pada itu, khiyar juga berisiko. Dengan ini ia tidak boleh digabungkan kerana ia akan menyebabkan risiko berganda. Tidak sah suatu kontrak yang melibatkan terlalu banyak risiko.

1 Di antara contoh kontrak yang berisiko ialah jual beli berisiko (al-gharar) iaitu jual beli yang harga, atau barangan, atau tempoh, atau kemampuan untuk menyerahkan barang atau harga tidak diketahui. (pent. Lihat Mujam Lughah a/-Fuqaha’)

2. Khiyar Cacat (Aib)

Namun demikian, khiyar cacat wujud dalam kontrak sewa barangan. Apabila berlaku sesuatu kecacatan kepada barangan yang disewa dan memberikan kesan yang ketara kepada nilai khidmat yang ditawarkan antara ketika sempurna dan ketika cacat, penyewa boleh membuat pilihan sama ada meneruskan sewaan atau membatalkannya. Contohnya, seorang penyewa yang menyewa sebidang tanah pertanian, kemudian saliran air ke kawasan tanah ini terputus. Contoh lain, jika penyewa menyewa sebuah kereta, lalu tayar kereta ini rosak dan pemilik tidak berusaha membaiki
kerosakan tersebut. Penyewa tidak perlu membayar jika kontrak tersebut dibatalkan sebelum bermula tempoh penyewaan. Jika kerosakan berlaku dalam tempoh penyewaan, penyewa hanya perlu membayar bayaran sewa yang sepadan. Iaitu membayar sebahagian sewa yang ditetapkan dalam kontrak.

Walau bagaimanapun, khiyar cacat tidak wujud dalam kontrak sewa jaminan. Contohnya, jika pemilik membawa barangan yang akan digunakan perkhidmatannya. Kemudian didapati barangan tersebut cacat, maka pemilik perlu membawa gantiannya kerana barangan yang disewa ini disyaratkan mestilah elok sedangkan pemilik membawa barangan yang tidak elok. Jika penyewa tidak bersetuju, kes ini perlu dirujuk kepada jaminan yang diberikan dan kontrak sewa ini tidak terbatal.

 

Penamatan Kontrak Sewa

Penamatan Kontrak Sewa

Kontrak sewa dan segala hukum yang berkenaan dengannya dianggap tamat oleh faktor-faktor berikut: _

1. Pembatalan Kontrak

Kontrak sewa adalah kontrak yang perlu dipatuhi oleh kedua-dua pihak. Maksudnya, selepas kontrak tersebut disahkan, pemilik dan penyewa, atau pengupah dan orang upahan tidak boleh membatalkan kontrak tersebut begitu sahaja pada bila-bila masa yang mereka kehendaki. Kontrak ini hanya boleh dibatalkan kerana sesuatu sebab. Apabila ia dibatalkan, kontrak tersebut dianggap tamat. .

Sebab yang Membatalkan Kontrak

Di antara sebab yang boleh menyebabkan sesuatu kontrak dibatalkan ialah:

i. Barangan yang disewa rosak.

Jika penyewa menyewa sebuah rumah atau kereta dan kemudian rumah tersebut musnah atau kereta tersebut rosak sebelum ia digunakan, kontrak tersebut terbatal. Ini kerana khidmat barangan tersebut yang menjadi subjek sewaan tidak lagi boleh digunakan.

Selain kerosakan, termasuk dalam ertikata. ini ialah jika barangan tersebut cacat sehingga tidak boleh digunakan untuk tujuan yang dikehendaki. Jika kerosakan atau kecacatan tersebut berlaku selepas sebahagian khidmatnya digunakan, kontrak tersebut terbatal bermula daripada kerosakan tersebut berlaku dan seterusnya. Pemilik berhak memperolehi bayaran sewa bagi khidmat yang telah digunakan iaitu sebahagian daripada jumlah
bayaran sewa yang telah dipersgtujui bersama.

Jika kontrak sewa ialah kontrak sewa jaminan. Contohnya, penyewa menyewa sebuah kereta yang dinyatakan sifat-sifatnya secara jaminan pemilik supaya dia dihantar ke sesuatu tempat, dan kereta tersebut ‘dibawa kepada penyewa tetapi kemudiannya rosak atau cacat, kontrak ini tidak terbatal. Sebaliknya pemilik perlu menggantikannya dengan kereta lain, sama ada kerosakan berlaku sebelum atau selepas khidmat tersebut digunakan. Ini kerana khidmat yang dijanjikan tidak luput hanya kerana kereta yang disediakan itu rosak, disebabkan kontrak tersebut tidak merujuk kepada kereta tertentu, sebaliknya merujuk kepada kereta yang dinyatakan dengan ciri-ciri tertentu dan ini boleh diganti.

Sepertimana barangan sewaan yang dinyatakan tadi, begitu juga dengan orang upahan. Apabila pengupah mengupah orang tertentu untuk melakukan sesuatu kerja, kemudian orang upahan ini mati atau sakit yang menyebabkan dia tidak boleh melakukan kerja tersebut, kontrak sewa tersebut terbatal. Jika kontrak sewa tersebut dalam bentuk jaminan, lalu orang upahan ini datang membawa seseorang untuk bekerja, kemudian orang ini mati atau sakit, kontrak tersebut tidak terbatal kerana khidmat tersebut boleh diperolehi melalui orang lain.

ii. Barangan sewaan tidak diserahkan pada masa yang ditetapkan. ‘

Bagi kontrak sewa yang membabitkan barangan sewaan dan khidmatnya ditetapkan hanya untuk tempoh tertentu, apabila tempoh ini tamat dan pemilik masih tidak menyerahkan barangan sewaan yang ditetapkan, kontrak tersebut terbatal. Ini kerana barangan tidak dapat diserahkan pada masa yang ditetapkan.

Hukum yang sama berlaku kepada kontrak sewa jaminan, sekiranya pemilik tidak menyerahkan khidmat yang dipersetujui pada masa yang ditetapkan. Namun jika tiada masa yang ditetapkan untuk pemilik menyerahkan khidmat tersebut dan tindakan tidak menetapkan Waktu penyerahan tidak memberi kesan kepada tujuan asal penyewa, manakala pemilik pula hanya menyerahkan khidmat tersebut setelah masa perkhidmatan tersebut boleh digunakan telah berlalu, kontrak ini tidak terbatal kerana kontrak ini ibarat hutang
yang lewat ditunaikan. .

Jika pemilik menyerahkan atau membawa barangan yang disewa setelah tamat sebahagian daripada tempoh sewa, kontrak bagi tempoh sebelum penyerahan tersebut dianggap terbatal. Sementara tempoh selebihnya terserah kepada penyewa untuk membuat pilihan.

Jika khidmat yang ditawarkan ditetapkan berdasarkan kerja dan barangan yang perlu digunakan lewat diserahkan bagi membolehkan kerja tersebut diselesaikan, kontrak tersebut tidak terbatal kerana kontraik tersebut hanya melibatkan khidmat bukan masa. Oleh itu tiada sebab untuk ia tidak diselesaikan sehingga kontrak tersebut perlu dibatalkan.

Sebab yang Tidak Membatalkan Kontrak

i. Kontrak sewa tidak terbatal hanya kerana barangan yang disewa tidak lagi menjadi milik pemilik. Contohnya, pemilik menyewakan sebuah rumah dan kemudian dia menghadiahkan atau menjual rumah tersebut. Alasannya, kontrak sewa hanya merujuk kepada perkhidmatan dan tidak menghalang jual beli barangan yang berkaitan. Hanya hak milik barangan tersebut sahaja yang akan berpindah kepada pembeli atau penerima
hadiah, bukan perkhidmatan barangan tersebut. Alasannya, pada ketika memeterai kontrak jual beli atau anugerah tersebut, penjual atau pemberi anugerah tidak memiliki khidmat tersebut. Dengan itu khidmat ini kekal menj adi hak milik penyewa sehingga tamat tempoh sewaan. Walau bagaimanapun, pembeli berhak membuat pilihan (khiyar jual beli) jika dia tidak tahu mengenai kontrak sewa tersebut atau dia mengetahuinya
tetapi tidak tahu tempoh yang ditetapkan.

ii. Kontrak sewajuga tidak terbatal hanya kerana salah satu pihak, sama ada pemilik atau penyewanya meninggal dunia, mahupun kedua-duanya sekali. Malah kontrak ini kekal sehingga tamat tempohnya. Ini kerana kontrak ini perlu dipatuhi dan tidak akan terbatal hanya dengan kematian, kes ini sama seperti jual beli. Jika penyewa meninggal dunia, warisnya akan mewarisi perkhidmatan tersebut.

iii. Konjrak sewa tidak terbatal jika berlaku, sesuatu yang tidak membabitkan barangan yang disewa. Contohnya, pemilik menyewakan sebuah kereta dan dalam masa yang sama dia menjadi pemandu kereta tersebut. Kemudian, dia jatuh sakit atau tidak berupaya untuk membawa penyewa. Ini kerana khidmat barangan ini masih boleh digunakan walaupun tanpa kehadiran pemiliknya.

Contoh lain, jika seorang penyewa menyewa sebuah kereta untuk mengembara, kemudian dia jatuh sakit dan tidak berupaya untuk mengembara. Atau pun dia menyewa sebuah rumah kediaman, kemudian dia terpaksa mengembara. Faktor yang menghalang kontrak ini dibatalkan ialah perkara-perkara ini tidak melibatkan barangan yang disewa. Malah pihak yang mengikat kontrak boleh mewakilkannya kepada orang lain untuk menggunakan khidmat ini.

2. Penggunaan Barangan Sewaan Berakhir

Kontrak sewa berakhir dari segi hukumnya apabila khidmat barangan tersebut selesai digunakan. Jika khidmat diukur melalui kerja yang dilakukan, kontrak tersebut tamat sebaik sahaja kerja tersebut selesai. J ika khidmat diukur mengikut masa, kontrak tersebut tamat apabila tamat masa yang ditetapkan.

Jika penyewa menggunakan barangan sewaan selepas tamat tempoh kontrak, dia perlu membayar bayaran sewa yang sepadan sebagai bayaran kepada khidmat yang digunakan selepas tamat tempoh tersebut. Dia juga bertanggungjawab dengan barangan yang d-isewa kerana, menggunakan khidmat tersebut tanpa kontrak dianggap sebagai suatu tindakan salah laku.

Begitu juga jika penyewa menyewa sebidang tanah untuk tujuan penanaman sejenis tanaman dalam tempoh yang tertentu. Tetapi apabila tempoh ini tamat, hasil tanaman masih belum dituai. Dalam keadaan ini penyewa tidak boleh dipaksa mencabut tanaman tersebut kerana tindakan itu merugikannya. Sebaliknya dia wajib membayar sewa sepadan bagi tempoh tambahan. Walau bagaimanapun dia tidak perlu bertanggungjawab dengan tanah tersebut kerana dia tidak menyalah gunakan tanah tersebut.

Tanggungjawab ke atas Barang Sewaan

Tanggungjawab ke atas Barang Sewaan

Orang yang memegang barangan sewaan dianggap sebagai pemegang amanah. Oleh itu dia tidak perlu menanggung segala kerosakan atau kecacatan yang berlaku pada barangan tersebut. Sama ada ia berlaku ketika khidmat barangan tersebut digunakan, sebelum atau selepasnya. Alasannya ialah, barangan ini diterima sebagai hak penyewa kerana tidak mungkin khidmat barangan ini boleh digunakan oleh penyewa (sedangkan khidmat ialah
subjek kontrak sewa ini), jika dia tidak menerimanya atau memegangnya.

Sebarang kerosakan atau kecacatan pada barangan yang disewa tidak akan ditanggung oleh penyewa selagimana ia bukan berpunca daripada salah laku atau cuai ketika menggunakannya. Contohnya, apabila penyewa menyewa sebuah rumah kediaman dan dia mendiaminya. Rumah ini kemudiannya terbakar berpunca daripada alat memasak yang biasa digunakan di dalam rumah dan bukan kerana kecuaiannya. Dalam keadaan ini, penyewa tidak perlu bertanggungjawab dengan sebarang kerosakan akibat kebakaran tersebut.

Namun demikian, jika kebakaran berlaku bukan disebabkan oleh apa yang biasa berlaku di dalam rumah kediaman. Contohnya penyewa membuat pembakaran untuk perusahaan besi atau sebagainya. Dalam keadaan ini, penyewa perlu bertanggungjawab kerana dia menyalahgunakan rumah tersebut lain daripada tujuan asal penyewaan.

Demikian juga jika kebakaran berlaku disebabkan oleh kecuaian. Contohnya penyewa membiarkan api menyala ketika tidur hingga menyebabkan kebakaran. Penyewa perlu bertanggungjawab di atas segala kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran tersebut kerana dia cuai dengan membiarkan api menyala ketika tidur. Malah kecuaian yang dilakukan itu jarang dilakukan oleh orang ramai dan bercanggah dengan perintah syarak. Rasulullah s.a.w. bersabda:

Janganlah kamu biarkan api menyala di rumah kamu ketika kamu sedang tidur.

Suatu ketika Baginda diberitahu tentang kebakaran yang berlaku di rumah sebuah keluarga di Madinah pada Waktu malam.
Lalu Baginda bersabda:

Sesungguhnya api ini adalah satu musuh bagi kamu. Oleh itu, apabila kamu hendak tidur, maka padamkanlah ia (bagi mengelakkan bahayanya) daripada kamu.‘ 1

Termasuklah jika kebakaran tersebut berpunca kerana membiarkan punca kebakaran berada di tangan kanak-kanak atau yang seumpama dengan mereka.

Begitulah juga dengan semua kerosakan pada barangan sewaan yang berpunca akibat salah guna. Contohnya, penyewa menyewa sebuah kereta penumpang dan dia memandu laj u di jalan yang sibuk atau jalan yang tidak elok hinggakan berlaku kerosakan.

Begitu juga jika penyewa cuai menjaga barangan sewaan. Contohnya, penyewa meletakkan barangan tersebut di tempat yang tidak sesuai seperti meletakkan kereta di tengah jalan atau di tempat yang tidak selamat tanpa pengawalan. Dalam keadaan ini, penyewa perlu bertanggungjawab dengan semua perkara yang berlaku ke atas barangan sewaan. Namun jika penyewa meletakkan barangan sewaan tersebut di kawasan yang selamat seperti yang biasa dilakukan oleh orang ramai, kemudian berlaku sésuatu ke atas barangan tersebut, penyewa tidak perlu bertanggungj awab ke
atas sebarang kerosakan. ‘ –

Begitu juga penyewa perlu bertanggungjawab jika dia menggunakan barangan sewaan di luar tempoh sewaan, atau dia tidak menggunakannya tetapi tidak menyerahkan semula kepada pemiliknya. Namun jika penyewa tidak menggunakan dan berlaku sesuatu sebelum sempat dia memulangkannya atau sebelum sempat dia melepaskan hak antaranya dengan pemiljknya, dia tidak perlu bertanggunawab. Hukum ini disamakan dengan hukum kerosakan sebelum tempoh sewa tamat kerana ketika itu dia tidak dipertanggunawabkan (istishab al-asl).

1 [Al-Bukhari, Minta lzin, Babjangan membiarkan api di rumah ketika‘tidur, no. 5935, 5936. Muslim, Minuman, Bab perintah menutup periuk dan tabung air.., mematikan api pelita dan api ketika ingin tidur…., no. 2015, 2016]

Kontrak Tidak Sah dan Kadar Sewa Sepadan

Kontrak Tidak Sah dan Kadar Sewa Sepadan

Jika mana-mana syarat kontrak sewa ini tidak dipenuhi, kontrak tersebut tidak sah dan penyewa perlu memulangkan semula barangan yang disewa, jika dia telah menerimanya.

Jika penyewa telah menggunakannya, atau berlalu suatu tempoh pada kebiasaannya penyewa sempat menggunakannya, penyewa perlu membayar kadar yang sepadan sepenuhnya. Samaada kadar tersebut sama dengan kadar yang ditetapkan atau lebih tinggi atau lebih rendah.

Menurut kebanyakan ulama mazhab Hanafi, kadar bayaran sewa sepadan tidak boleh melebihi kadar sewa yang ditetapkan. Kerana kedua-dua belah pihak bersetuju dengan kadar maksimun 1tu.

Jika sebahagian daripada khidmat barangan tersebut telah digunakan, kemudian kontrak tersebut dibatalkan kerana kerosakan barangan tersebut, penyewa perlu membayar kadar sewa sepadan dengan kadar yang telah digunakan tanpa perlu membayar selebihnya. Sama seperti khidmat barangan ialah upah khidmat kerja. Apabila orang yang diupah menyelesaikan seluruh atau sebahagian kerja yang diupah, dia berhak mendapat bayaran upah bagi kerja yang telah diselesaikan sama ada keseluruhan atau sebahagiannya. Dalam kes ini berlaku perbezaan pendapat ulama,
sama seperti kes di atas.

Sewa sepadan ialah kadar sewa yang biasanya ditetapkan oleh Orang yang berpengalaman yang sepadan dengan nilai barangan
yang disewa atau kerja yang diupah.

Sewa yang ditetapkan ialah kadar sewa yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak yang mengikat kontrak. Mungkin lebih tinggi atau
lebih rendah daripada kadar sewa sepadan.

Bayaran sewa sepadan diwajibkan bagi kontrak sewa yang tidak sah kerana kontrak sewa ialah kontrak jual beli perkhidmatan. Jika kontrak ini tidak sah, ia bermakna kadar -sewa yang ditetapkan tidak perlu dipatuhi kerana bayaran ini hanya perlu dibayar setelah Wujudnya kontrak. Sedangkan di sini kontrak tidak wujud. Khidmat di sini sama seperti barangan yang dijual. Apabila barang ini digunakan, ia perlu dibayar gantinya iaitu kadar sewa yang sepadan.

Hak Menggunakan Perkhidmatan

Hak Menggunakan Perkhidmatan

Sepertimana yang dimaklumi, jika kontrak sewa telah disahkan, penyewa berhak memiliki khidmat yang ditawarkan oleh barangan yang disewa. Dengan ini dia berhak menggunakannya.

Penyewa berhak rnenggunakan sendiri khidmat tersebut atau pun diserahkan kepada orang lain. J ika penyewa menyewa sebuah rumah, dia berhak mendiaminya bersama-sama orang lain atau membenarkan orang lain mendiaminya dengan cara pinjaman atau sewa. Jika pemilik meletakkan syarat hanya penyewa sahaja yang boleh menggunakan khidmat barangan tersebut, kontrak tersebut tidak sah. Kes ini sama seperti kes penjual yang menjual sesuatu barangan kepada pembeli dengan syarat pembeli tidak boleh menjualkannya. J ual beli tersebut tidak sah.

Syarat-syarat bagi membolehkan khidmat barangan tersebut digunakan oleh orang lain selain penyewa ialah :

1. Orang yang diberikan kebenaran menggunakan barangan yang disewakan itu mestilah seorang yang amanah.

2. Pengguna tersebut mestilah menggunakan barangan tersebut dengan cara yang sama seperti penyewa atau dengan cara yang kurang memberikan kesan yang buruk kepada barangan berbanding penyewa.

Oleh itu apabila penyewa menyewa sebuah rumah kediaman, dia tidak berhak menyerahkannya kepada orang lain untuk digunakan sebagai premis kilang atau perniagaan.

Ataupun jika pemilik menyewakan sebuah kenderaan penumpang, penyewa tidak berhak menyerahkan kepada orang lain yang akan menggunakannya untuk mengangkut barangan atau sebagainya jika apa yang dilakukan itu boleh memberikan kesan yang buruk kepada kereta tersebut lebih daripada jika ia hanya dinaiki.

Ataupun jika pemilik menyewakan sehelai baju, penyewa tidak berhak menyerahkan kepada orang lain yang bertubuh lebih besar. Begitulah dengan kes yang lain.

Hukum Kontrak Sewa

Hukum Kontrak Sewa

Apabila kontrak sewa memenuhi rukun dan syarat yang ditetapkan, kontrak tersebut sah dan segala hukum yang berkaitan (implikasi syariat) akan terpakai sebaik sahaja kontrak dimeterai.

1. Hak milik penyewa terhadap khidmat yang disewa disahkan dan penyewa berhak menggunakannya.

2. Hak milik pemilik sewaan terhadap bayaran sewa iaitu bayaran bagi perkhidmatan yang diserahkan kepada penyewa pada masa kontrak disahkan.

Suatu perkara yang perlu diberikan perhatian dalam soal pemindahan hak milik ini ialah, setiap kali masa berjalan dan barangan yang disewa masih di tangan penyewa dalam keadaan baik, maka pemilik mengesahkan hak miliknya ke atas sebahagian bayaran sewa sebagai timbal balas kepada perkhidmatan yang diberikan dalam tempoh tersébut.

Apabila khidmat barangan tersebut selesai digunakan atau tempoh yang dijetapkan berakhir, maka pemilik mengesahkan hak miliknya ke atas semua bayaran sewa. Walaupun barangan yang disewakan tidak digunakan oleh penyewa, dengan syarat ia masih dalam keadaan baik di tangan penyewa. Ini kerana khidmat barangan tersebut luput dalam tangan penyewa, dengan itu pemilik berhak memperolehi timbal balasnya. Kes ini sama seperti barangan yang rosak dalam tangan pembeli, maka penjual berhak memperolehi bayarannya.

Jika barangan yang disewa rosak selepas sebahagian khidmatnya sahaja yang digunakan, beberapa perkara perlu dilihat:

Jika bahagian yang telah digunakan pada kebiasaannya boleh dimanfaatkan, pemilik berhak memperolehi bayaran sewa bagi bahagian yang telah digunakan. Contohnya, jika penyewa menyewa sebuah kereta untuk membawanya ke suatu tempat lalu kereta ini rosak sebelum tiba, pemilik berhak memperolehi bayaran sewa untuk jarak yang telah dilalui hanya jika penyewa boleh meneruskan perjalanan dari tempat tersebut tanpa perlu bersusah payah, atau pun penyewa mempunyai urusan tertentu di tempat tersebut.

Jika khidmat (manfaat) daripada bahagian yang digunakan biasanya tidak boleh dirnanfaatkan. Contohnya, tempat kereta tersebut rosak biasanya bukan tempat tuju atau sukar untuk meneruskan perjalanan dari tempat tersebut, pemilik tidak berhak memperolehi Walau sedikitpun bayaran sewa. Kes ini sama seperti 3 barangan yang dijual rosak sebelum diserahkan atau sebelum sesuatu barangan boleh digunakan khidmatnya sedikitpun atau digunakan sepenuhnya.

Hak milik bagi bayaran sewa disahkan sama ada bayarani dibuat secara tunai atau hutang.

Sepertimana yang dimaklumi, jika kontrak sewa adalah sewaa jaminan, bayaran sewa tidak boleh ditangguhkan. Malah ia perlu diserahkan dalam majlis kontrak.

Walau bagaimanapun bagi kontrak sewa barangan:

Jika bayaran sewa telah ditentukan. Contohnya jika pemilik menyewakan rumahnya selama setahun dengan kadar dirham-dirham ini (merujuk kepada matawang tertentu), atau dibayar dengan permaidani ini, bayaran tersebut perlu dibayar secara tunai(serta-merta) dan tidak boleh ditangguhkan kerana pertukaran antara dua barangan tidak boleh ditangguhkan.

Jika bayaran sewa tersebut dalam bentuk jaminan. Contohnya pemilik menyewakan rumahnya selama setahun dengan bayaran
RM2,000.00, bayaran tersebut boleh dilakukan secara tunai atau pun dikemudiankan; atau pun boleh dibayar sebahagian dahulu dan
bakinya dibayar kemudian; atau pun dibayar secara beransur selama beberapa bulan mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak.

Jika kontrak tidak menyatakan mana-mana cara pembayaran, bermakna pembayaran hendaklah dibuat secara tunai.

Syarat Sewa Jaminan

Syarat Sewa Jaminan

1. Bayaran sewa adalah serta-merta dan diserahkan dalam majlis kontrak.

Ini kerana sewa ini ialah jual salam perkhidmatan. Dengan itu penyerahan modal salam (sewa) mestilah dilakukan ketika majlis kontrak. Mensyaratkan penangguhan penyerahan bayaran dikira sama seperti tidak menyerahkannya.

Jika kedua-dua pihak bersetuju menangguhkan bayaran sewa, kontrak tersebut tidak sah walaupun ia diserahkan dalam satu majlis. Hukum yang sama jika kedua-dua pihak tidak bersetuju menangguhkan bayaran tetapi penyerahan tidak dilakukan dalam majlis kontrak.

2. Spesifikasi barangan yang ditawarkan perkhidmatan itu hendaklah dinyatakan dengan jelas.

Contohnya penyewa yang memeferai kontrak dengan syarikat pengangkutan supaya menghantarkannya ke sesebuah negara. Pada ketika itu, jenis pengangkutan yang akan digunakan perlu dinyatakan dengan jelas. Adakah ia menggunakan pengangkutan udara atau laut atau darat? Adakah ia kereta yang besar atau kecil? Adakah ia kereta baru atau lama? Begitulah spesifikasi lain bergantung kepada kehendak penyewa yang berbeza-beza.

Syarat Sewa Barangan

Syarat Sewa Barangan

1. Barangan yang disewa mestilah ditetapkan.

Tidak sah menyewa salah satu daripada dua buah kereta, seperti yang dibincangkan sebelum ini.

2. Barangan yang disewa mestilah wujud dan dipamerkan di hadapan kedua-dua pihak ketika memeterai kontrak sewa.

Jika pemilik berkata: Saya sewakan rumah saya atau kereta saya atau baju saya, sedangkan mereka tidak berada di rumah tersebut, atau pun kereta atau baju tersebut tidak dipamerkan dalam majlis kontrak tersebut, kontrak tersebut tidak sah. Kecuali jika kedua-dua pihak telah melihat barangan yang akan disewa sebelum majlis kontrak dan barangan tersebut biasanya tidak mengalami apa-apa perubahan dalam tempoh tersebut, kontrak ini sah.

3. Penggunaan khidmat (manfaat) barangan tersebut tidak ditangguh selepas kontrak dimeterai.

Contohnya, pemilik menyewakan rumahnya untuk disewa pada tahun hadapan, atau dia menyewakan (menawarkan) dirinya bahawa dia akan memulakan kerjanya bulan hadapan, atau dia menyewakan keretanya esok, atau dia menyewakan rumahnya selama setahun atau sebulan bermula dari awal bulan hadapan dan begitulah seterusnya. Kecuali jika sewa masa hadapan tersebut membabitkan orang yang sama yang sedang menyewa barangan tersebut pada ketika kontrak tersebut dibuat. Dan kontrak tersebut akan berakhir pada tarikh permulaan kontrak baru. Kontrak ini sah kerana kedua-dua tempoh tersebut bersambung untuk penyewa yang sama. Seolah-olah penyewa menyewa barangan tersebut untuk dua tempoh dalam satu kontrak.

Jenis dan Syarat Penyewaan

Jenis dan Syarat Penyewaan

Terdapat dua jenis kontrak sewa: Sewa barangan dan sewa Jaminan.

1. Sewa barangan ialah sewa yang membabitkan perkhidmatan yang diperolehi daripada barangan tertentu. Contohnya pemilik berkata: Saya sewakan rumah ini kepada anda atau sebuah kereta yang dikenalpasti oleh kedua-dua pihak. Atau seseorang menyewa (mengupah) orang tertentu untuk sesuatu kerja, atau untuk menjahitkan baju tertentu.

2. Sewa jaminan ialah sewa yang membabitkan perkhidmatan yang diperolehi melalui jaminan pemilik. Contohnya penyewa menyewa (mengupah) seseorang untuk menghantarnya ke suatu tempat menggunakan sebuah kereta yang dinyatakan sifat-sifatnya berdasarkan jaminan pemiliknya, atau menyewa sebuah kereta yang dinyatakan sifatnya berdasarkan jaminan pemiliknya untuk tempoh tertentu. Contoh lain, pengupah menetapkan sesuatu kerja yang perlu dilaksanakan dengan jaminan orang yang diupah. Contohnya membuat binaan atau menjahit pakaian atau sebagainya.

Sewaan (upah) jenis ini diguna pakai oleh pelbagai perkhidmatan pengangkutan hari ini. Sewa ini merujuk kepada’ perkhidmatan yang dinyatakan ciri-cirinya melalui jaminan pemilik bukan perkhidmatan yang diperolehi daripada barangan tertentu.