Hukum Berkaitan
Terdapat beberapa hukum membabitkan kontrak saguhati.
1. Kontrak ini bersifat harus dan bukan wajib.
Malah ia boleh dibatalkan oleh pemberi saguhati pada bila-bila masa. Begitu juga pekerja boleh membatalkan kerjanya pada bila-bila masa. Sama ada dipersetujui oleh pihak satu lagi atau tidak. Sama ada diketahui atau tidak. Ini kerana kontrak ini ialah kontrak bagi melakukan suatu kerja yang tidak diketahui bagi mendapatkan bayaran tertentu. Dengan ini rnana-mana pihak berhak membatalkannya.
Jika kontrak ini dibatalkan oleh pekerja, dia tidak berhak mendapat apa-apa Walaupun dia telah melakukan sebahagian kerja tersebut. Ini kerana dia hanya layak menerima upah apabila kerja tersebut selesai. Dalam hal ini, pekerja yang membatalkannya, dengan itu haknya digugurkan.
Jika kontrak ini dibatalkan oleh pemberi saguhati; jika dibatalkan sebelum kerja dimulakan, pemberi tidak perlu membuat sebarang bayaran kerana ia dibatalkan sebelum khidmat pekerja digunakan. Dengan itu, dia tidak perlu membuat sebarang bayaran.
Jika dibatalkan selepas kerja dimulakan, pemberi perlu membayar mengikut upah sepadan bergantung kepada kerja yang telah dilakukan. Ini kerana sebahagian khidmat pekerja telah digunakan dengan syarat bayaran. Ini bermakna pemberi wajib membayar upahnya.
2. Pekerja hanya layak mendapat saguhati dengan izin pemberi saguhati.
Contohnya pemberi berkata: “Sesiapa yang menemui barangan saya yang hilang, dia akan mendapat saguhati ini.” Jika sesuatu kerja dilakukan tanpa izin pemberi saguhati, dia tidak berhak mendapat apa-apa bayaran. Kes ini sama seperti kes orang yang menemui barangan milik orang lain yang hilang, kemudian dia memulangkannya kepada pemilik asalnya. Atau orang yang mengajar seorang kanak-kanak tanpa izin penjaganya. Ini kerana
pekerja tersebut menawarkan khidmatnya tanpa sebarang bayaran, dengan itu dia tidak berhak memperolehinya.
Jika pemberi saguhati memberikan keizinan untuk bekerja tetapi tidak ditetapkan sebarang saguhati, menurut pendapat mazhab; pekerja ini tidak berhak mendapat sebarang bayaran. Menurut pendapat lain, pemberi wajib membayar upah sepadan dengan kerja tersebut jika pekerja tersebut dikenali ramai sebagai seorang yang biasa melakukan sesuatu dengan mendapat upah. Apabila pemberi memberi keizinan kepada seseorang untuk
melakukan kerja tersebut, kemudian ia dilakukan oleh orang lain, orang kedua ini tidak berhak mendapat sebarang bayaran, walaupun dia dikenali melakukan sesuatu kerja dengan mendapat upah. Ini kerana dalam keadaan ini pemberi tidak perlu membuat sebarang bayaran. Dengan itu kerja yang dilakukan bersifat sukarela.
3. Pekerja hanya berhak mendapat saguhati setelah kerja yang dilakukan selesai.
Contohnya, penyakit telah berjaya disembuhkan jika saguhati tersebut untuk menyembuhkan penyakit. Atau pun kanak-kanak tadi pandai membaca dan menulis, jika saguhati tersebut untuk mengajar. Atau pun barangan yang hilang diserahkan, jika saguhati tersebut untuk memulangkan barangan tersebut. Begitulah seterusnya.
Jika kerja tersebut dilakukan oleh lebih daripada seorang, mereka akan berkongsi saguhati secara saksama walaupun kerja yang dilakukan berbeza beza. Ini kerana kadar kerja yang dilakukan tidak dapat dikenal pasti bagi membolehkan saguhati dibayar mengikut kadar kerja yang dilakukan.
4. Kadar saguhati boleh ditambah dan dikurangkan sebelum kerja diselesaikan.
Contohnya pemberi saguhati berkata kepada seseorang: “Jika anda lakukan kerja ini, anda akan beroleh RM10.00.” Kemudian dia berkata pula: “Jika anda lakukannya, anda akan beroleh RM20.00.” Ataupun: “RM5.00.” Pemberi wajib membayar kadar terakhir yang ditetapkan iaitu RM20.00 atau RM5.00 setelah kerja tersebut selesai. Dengan syarat, pemberi mengucapkannya sebelum kerja tersebut dimulakan dan pekerja yang ditentukan mengetahuinya. Atau pun pemberi mengiiklankan jumlah tersebut jika dalam keadaan pekerja tidak ditentukan.
Jika pemberi mengucapkannya setelah kerj a bermula, dia wajib membayar upah sepadan kepada pekerja kerana syarat kedua ini membatalkan syarat yang pertama. Pembatalan dalam tempoh kerja ini memerlukan kes ini dirujuk kepada upah sepadan.
Begitu juga jika perubahan ini berlaku sebelum kerja dimulakan dan pekerja yang ditentukan tidak mengetahninya atau pemberi tidak mengiklankannya. Menurut pendapat yang lebih kuat, pekerja ini berhak mendapat upah sepadan.
5. Jika wujud pengakuan berbeza antara pekerja dan pemberi saguhati;
Jika mereka berbeza mengenai syarat saguhati; Contohnya, pekerja berkata: “Pemberi telah menetapkan saguhati bagi kerja tersebut.” Sementara pemberi berkata: “Saya tidak menetapkannya.” Pengakuan pemberi berserta sumpahnya akan diterima pakai kerana pada asalnya tiada sebarang syarat yang ditetapkan. Ini kerana, pekerja mendakwa pemberi perlu bertanggun awab dan membayar saguhati. Sedangkan mengikut hukum asal ia tidak wujud. Oleh itu pengakuan yang diterima ialah pengakuan orang yang berpegang dengan hukum asal yang disertakan dengan sumpahnya.
Begitu juga jika mereka berbeza pengakuan tentang kerja yang perlu dilakukan. Contohnya pemberi mendakwa: “Saya tetapkan saguhati untuk mengembalikan kereta saya yang hilang.” Pekerja pula mendakwa: “Anda menetapkan saguhati untuk mengembalikan barang perhiasan anda yang hilang.” Atau pun mereka berbeza pengakuan tentang siapakah yang melakukan kerja itu: Seorang yang bernama Zaid berkata: “Saya yang dilantik untuk melakukan kerja ini.” Sementara pemberi pula mendakwa: “Tidak, saya melantik orang lain.”
Dalam kedua-dua kes di atas, dakwaan pemberi yang disertakan dengan sumpah akan diterima kerana pekerja tersebut mendakwa pemberi meletakkan syarat saguhati untuk suatu kontrak yang pada asalnya syarat tersebut tidak wujnd. Kes ini sama seolah pekerja tersebut mendakwa seseorang bertanggungjawab dengan kerja yang dilakukannya. Sedangkan pada dasarnya, tiada siapa yang bertanggungjawab.
Jika mereka berbeza pengakuan mengenai kadar atau sifat atau jenis saguhati; Contohnya pekerja mendakwa: “Anda menetapkan upah sebanyak RM1,000.00.” Sementara pemberi mendakwa: “Saya hanya tetapkan RM500.00 sahaja.” Atau pun pekerja mendakwa: “Anda tetapkan USD10.00.” Pemberi mendakwa: “Tidak, RM10.00 sahaja.” Atau sebagainya. Mereka berdua perlu bersumpah bahawa apa yang dikatakan itu benar dan apa yang dikatakan oleh lawannya adalah salah. Apabila mereka bersumpah, dakwaan mereka digugurkan dan pekerja akan mendapat upah yang sepadan.
Hukum yang sama jika mereka berbeza pengakuan mengenai kerja. Pekerja mendakwa: “Anda tetapkan saya hanya perlu lakukan kerja ini sahaja”. Sementara pemberi saguhati pula berkata: “Tidak, saya tetapkan anda perlu lakukan kerja ini dan ini.”