Perbezaan Antara Kontrak Sewa (Ijarah) dan Kontrak Saguhati

Perbezaan Antara Kontrak Sewa (Ijarah) dan Kontrak Saguhati

Terdapat beberapa perbezaan antara sewa dan saguhati ‘

1. Kontrak saguhati boleh melibatkan kerja yang tidak spesifik sementara sewa tidak sah melainkan bagi kerja yang spesifik.

2. Kontrak saguhati sah walaupun melibatkan pekerja yang tidak ditentukan tetapi kontrak sewa (ijarah) tidak sah jika melibatkan pekerja yang tidak ditentukan.

3. Dalam kontrak sewa, persetujuan pekerja yang akan melakukan kerja tergsebut adalah perlu. Dalam kontrak saguhati, persetujuan pekerja tidak diperlukan.

4. Dalam kontrak saguhati, pekerja tidak berhak mendapat saguhati melainkan setelah kerja selesai. J ika ditetapkan upah mestilah dibayar terlebih dahulu, kontrak tersebut terbatal. Dalam kontrak sewa, pemilik berhak meminta bayaran pendahuluan.

5. Seperti yang dimaklumi, kontrak saguhati adalah kontrak yang harus dipatuhi, sementara kontrak sewa adalah kontrak yang wajib dipatuhi. Iaitu tiada pihak yang berhak membatalkannya melainkan dengan persetujuan pihak satu lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *