Rukun Ji’alah

Rukun

Terdapat empat rukun bagi saguhati iaitu dua pihak yang berkontrak, sighah, kerja dan bayaran.

1. Dua pihak yang berkontrak

Dua pihak yang berkontrak ialah:

i. Pemberi saguhati iaitu pemilik kerja yang akan memberikan saguhati dan disyaratkan mestilah seorang mukallaf iaitu baligh, berakal dan waras.

ii. Pekerja iaitu orang yang melakukan kerja dan berhak mendapat saguhati dan tidak disyaratkan mesti orang yang telah ditentukan. Contohnya, pengupah berkata: “Sesiapa yang kembalikan kereta saya, dia akan beroleh saguhati ini.” Ini kerana pemberi saguhati mungkin mempunyai kerja
yang perlu diselesaikan tetapi dia tidak tahu siapa yang boleh melakukannya. Dengan cara ini dia boleh memberikan saguhati dengan jumlah tertentu untuk orang yang bersedia melakukan kerja tersebut, Walaupun dia tidak mengenali orang tersebut.

2. Sighah Kontrak

Sighah kontrak ialah lafaz yang digunakan bagi merujuk kepada kebenaran untuk melakukan sesuatu kerja dengan bayaran yang wajib. Contohnya pemberi saguhati berkata: “Sesiapa yang memulangkan kereta saya kepada saya, dia akan beroleh saguhati ini. Atau pun dia berkata kepada seorang doktor. Jika doktor merawat penyakit saya sehingga sembuh, doktor akan beroleh saguhati ini.” Atau pun dia berkata kepada seorang guru: “Jika
cikgu mengajar anak saya membaca dan menulis, cikgu akan beroleh saguhati ini.” Begitulah seterusnya.

Kontrak ini tidak memerlukan persetujuan orang yang melakukan kerja tersebut, walaupun orang tersebut telah ditentukan. Ini kerana kerja ini boleh dilakukan oleh orang yang tidak dikenali. Apa yang penting ialah kerja tersebut.

3. Kerja

Iaitu tugas yang ditetapkan oleh pemilik bagi membolehkan seseorang memperolehi saguhati. Contohnya, memulangkan barangan yang hilang atau mengajar kanak-kanak atau merawat penyakit atau sebagainya.

Dalam kontrak ini, kerja yang dilakukan tidak disyaratkan diketahui secara terperinci seperti yang dikehendaki dalam kes khidmat (manfaat) bagi kontrak sewa. Seperti yang kita fahami, dalam kontrak sewa, khidmat perlu diperincikan mengikut kerja atau masa. Ini bermakna, kontrak saguhati dibenarkan Walaupun tabiat kerja tidak diketahui.

Maksudnya, kerja tersebut tidak  mengikut kerja atau masa. Mungkin usaha untuk mencari barang yang hilang atau mengajar kanak-kanak itu memakan masa yang lama dan mungkin singkat. Mungkin ia membabitkan ramai orang dan mungkin tidak. Semua keadaan ini menyebabkan kerja ini tidak dapat dipastikan, walau bagaimanapun ia masih dibenarkan kerana kerja ini diperlukan.

4. Bayaran

Iaitu bayaran yang Wajib dibayar oleh pemilik kerja kepada pekerja. Bayaran ini mestilah berupa kadar yang dimak1umi_kerana ia dikategorikan sebagai kontrak pertukaran. Pembayaran yang tidak ditetapkan kadarnya tidak dibenarkan dalam kontrak ini. Jika kadar saguhati tidak ditetapkan, kontrak tersebut tidak sah.

Dalam kes ini, jika kerja telah dilakukan oleh seseorang, dia berhak mendapat saguhati yang sepadan. Ini kerana setiap kontrak yang diwajibkan kadar yang tetap dan tertentu untuk menjadikannya sah, ia wajib dibayar mengikut kadar sepadan ketika kontrak tersebut tidak sah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *