Hikmah
Hikmah amalan ini dibenarkan oleh syarak ialah amalan seumpama ini diperlukan oleh manusia. Adakalanya manusia kehilangan sesuatu dan tiada siapa yang secara sukarela mahu mencari dan memulangkan kepadanya. Mungkin seseorang itu tidak berupaya untuk bekerja sedangkan kerja tersebut tidak boleh diupah kerana wujud unsur ketidakpastian. Melalui cara ini, dia boleh mendapatkan seseorang untuk melakukannya dengan
dibayar saguhati. Oleh itu kes ini dibenarkan bagi memenuhi keperluan ini.