Kesahihan Menurut Syarak

Kesahihan Menurut Syarak

Ji‘alah dibenarkan oleh syarak dan ini dinyatakan oleh hadis yang diriwayatkan oleh Abu Sa‘id al-Khudri r.a. katanya:

Beberapa orang sahabat Nabi s.a.w. berangkat dalam suatu perjalanan. Apabila tiba di sebuah perkampungan Arab, mereka memohon untuk menumpang tetapi penduduk kampung tersebut enggan menerima mereka. Ketika itu ketua kampung tersebut telah disengat dan mereka telah
menggunakan segala-galanya untuk mengubatinya, tetapi sedikitpun tidak berkesan. Beberapa orang di kalangan mereka berkata: ‘Mungkin kamu patut berjumpa dengan orang-orang yang singgah itu. Mereka mungkin ada sesuatu sebagai ubat. ”Lantas mereka datang menemui para sahabat dan berkata: “Wahai kamu sekalian, ketua kami telah disengat. Kami telah gunakan segala-galanya untuk menyembuhkannya, malangnya tidak berkesan. Adakah ada di kalangan kamu yang boleh mengubatinya.” Sebahagian sahabat menjawab: “Ya, demi Allah saya boleh menjampi.

Cuma demi Allah, kami telah mémohon izin untuk menumpang di tempat kamu tetapi kamu menolak. Saya hanya akan menjampi untuk kamu jika kamu berikan kami saguhati. Setelah berbincang, mereka bersetuju memberikan sekawan kambing. Sahabat ini pun pergi menghembus ketua tadi dan membaca ayat bermaksud, “Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam”(surah al-Fatihah). Tlba-tiba ketua kampung bangun seolah-olah baru terlepas daripada ikatan. Lalu bangkit tanpa sebarang kesan penyakit. Abu Sa‘id berkata: “Lalu penduduk kampung itu memberikan saguhati seperti
yang mereka setujui.” Sebahagian para sahabat berkata: “Bahagikan; Namun sahabat yang menjampi tadi berkata: “Tunggu sehingga kita bertemu Nabi s.a. w. dan kita ceritakan kepada Baginda. Kita tunggu periintah Baginda. ”Selepas itu mereka menemui Rasulullah s.a.w. dan menceritakan apa
yang berlaku. Baginda bersabda: “Bagaimana engkau tahu ia adalah jampi?!”Kemudian Baginda bersabda: “Kamu benar, bahagi-bahagikanlah dan letakkan satu bahagian untuk saya bersama kamu.”Lalu Nabi s.a.w. tertawa’.

Sabda Baginda .s.a.w. ini merupakan suatu perakuan kepada perbuatan para sahabat dan menjadi dalil yang mengesahkan ji’alah.

Disengat di sini ialah disengat oleh ular atau kala jengking Beberapa orang di sini merujuk kepada jumlah yang kurang daripada sepuluh. Jampi pula ialah bacaan yang digunakan untuk menyembuhkan sesuatu penyakit atau sebagainya. Saguhati ialah pemberian kerana sesuatu yang dilakukan. Sekawan di sini ada yang mengatakan sejumlah 30 ekor kambing. Menghembus di s1n1 bermaksud meniup dan meludah sedikit.

Perkara ini juga boleh difahami daripada firman Allah Taala

Orang-orang menteri berkata: “Kami kehilangan (penyukat) gantang raja. Sesiapa yang memulangkannya akan diberi (bahan makanan) sebanyak muatan seekor unta, dan aku yang akan menjamin pemberian itu. “
(Yusuf: 72)

Walaupun ayat ini menyebut tentang syariat sebelum kita, namun ada sumber daripada syariat kita yang membenarkannya seperti yang dinyatakan oleh hadis tadi. Dengan ini kita boleh fahami bahawa perkara ini dibenarkan oleh syarak Walaupun dalil ini tidak boleh dijadikan hujah.

 

1. [AI-Bukhari, Sewa, Bab pemberian kerana jampi…, no. 2156. Muslim, Salam, Bab dibenarkan mengambil upah untuk menjampi…, no. 2201]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *