SAGUHATI (JI‘ALAH)
Takrif
Ji‘alah ( ) dalam bahasa Arab boleh dibaca ja‘alah ( ), dengan baris atas; ji‘alah ( ), dengan baris bawah; dan ju‘alah ( ) dengan baris hadapan. Kata nama ini merujuk kepada sesuatu yang diberikan oleh seseorang kepada seseorang kerana sesuatu yang dilakukan. Ia juga disebut ju/l atau ja‘ilah
Menurut syarakji‘alah atau saguhati ialah mewajibkan gantian yang diketahui untuk kerja tertentu, sama ada diketahui atau tidak diketahui, oleh orang yang dikenali atau tidak dikenali. Maksudnya kerja ini dilakukan oleh seseorang pekerja yang dikenali atau tidak dikenali. Takrif ini akan dijelaskan lagi ketika membincangkan tentang rukun nanti. .