Rukun dan Syarat Sewa
Kontrak sewa mempunyai empat rukun iaitu dua pihak yang berkontrak, sighah, perkhidmatan (manfaat) yang diberikan dan bayaran sewa atau upah.
1. Rukun Pertama: Dua Pihak yang Berkontrak iaitu Pemilik Perkhidmatan (manfaat)_dan Penyewa
Syarat bagi kedua-dua pihak yang berkontrak ialah kedua-duanya mestilah layak untuk mengikat kontrak iaitu baligh dan berakal. Kontrak sewa tidak sah jika membabitkan kanak-kanak dan orang gila kerana kedua-dua golongan ini tidak mempunyai kuasa hak milik pada diri sendiri dan harta mereka; Kedua-dua pihak juga mestilah bukan orang yang dihalang daripada menggunakan harta mereka (mahjur ‘alaih) kerana kontrak ini membabitkan harta.
Dengan itu kontrak ini hanya sah jika membabitkan orang yang boleh membelanjakan harta.
2. Rukun~Kedua: Sighah Kontrak iaitu Penawaran dan Persetujuan
Penawaran (ijab) ialah apa jua lafaz yang dilahirkan oleh pemilik perkhidmatan (manfaat). Lafaz penawalran hendaklah menunjukkan perkhidmatan tersébut adalah miliknya untuk ditukarkan dengan sesuatu gantian dan dapat difahami dengan jelas sama ada secara langsung ataufcidak langsung.
Contoh lafaz secara langsung: “Saya sewakan barangan ini” atau “saya milikkan khidmat (manfaat) barangan ini selama setahunkepada anda dengan bayaran sekian”.
Contoh lafaz tidak langsung: “Tinggallah rurnah saya selama setahun dengan bayaran sekian” atau “saya jadikan khidmat (manfaat) barangan ini untuk anda dengan bayaran sekian”.
Persetujuan (qabul) ialah apa jua lafaz yang lahir daripada penyewa yang menunjukkan persetujuan untuk memiliki khidmat (manfaat) dan ia difahami secara jelas. ’ ‘
Contoh persetujuan: “Saya setuju” atau “saya sewa” atau sebagainya.
Selain menggunakan ucapan, kaedah hulur-menghulur juga diterima pakai jika kaedah ini menjadi amalan setempat yang diguna pakai (uruf). Contohnya, penumpang yang menaiki teksi untuk pergi ke sesuatu destinasi tanpa sebarang kontrak, kemudian dia memberi upah ketika sampai ke destinasi atau sebelumnya. Pada hakikatnya, kaedah hulur-menghulur diterima sebagai penawaran dan persetujuan dalam menyatakan persetujuan dengan sesuatu kontrak dengan syarat ia menjadi amalan setempat yang diguna pakai (uruf).
Syarat Sighah Kontrak
i. Persetujuan dan penawaran mestilah selari.
Jika pemilik berkata : “Saya sewakan rumah saya dengan bayaran RM400.00 sebulan.” Penyewa menjawab: “Saya terima tetapi dengan bayaran RM300.00 sebulan.” Kontrak ini tidak sah kerana penawaran dan persetujuan tidak selari. Keadaan ini menunjukkan persetujuan tidak wujud antara kedua belah pihak. Ini kerana lafaz kontrak sepatutnya menjadi bukti persetujuan. Dan persetujuan adalah syarat bagi kontrak ini disahkan.
ii. Tidak wujud jurang masa yang lama antara penawaran dan persetujuan.
Jurang masa tersebut sama ada diselangi oleh diam atau oleh percakapan asing yang tiada kena mengena dengan isi kontrak. Ini kerana tindakan tersebut menunjukkan kontrak tersebut tidak dipersetujui.
iii. Tidak bersyarat.
Contohnya, seorang berkata: “Jika Zaid datang, saya akan sewakannya kepada anda dengan bayaran tersebut.”
3. Rukun Ketiga: Perkhidmatan (Manfaat)
Beberapa syarat ditetapkan:
i. Perkhidmatan mestilah mempunyai nilai.
Maksudnya, perkhidmatan tersebut diterima dan diperlukan menurut syarak dan uruf (amalan kebiasaan orang ramai), supaya ia boleh dibayar dengan bayaran yang setimpal. Contohnya, sewa rumah untuk didiami, atau kenderaan untuk dinaiki. Jika khidmat tersebut tidak bernilai menurut syarak, bayaran tersebut dianggap sia-sia dan membazir. Sedangkan syarak melarang segala bentuk pembaziran.
a. Dengan itu, tidak sah penyewaan peralatan yang melalaikan kerana penggunaannya diharamkan. Demikian juga, tidak sah mengupah pengukir untuk mengukir benda yang bernyawa atau mengupah penyanyi wanita untuk menyanyi kepada bukan mahram, kerana semua ini haram.
b. Tidak sah menyewa anjing untuk memburu atau mengawal kerana binatang tersebut tidak bernilai menurut syarak dan begitulah juga dengan khidmatnya.
c. Tidak sah mengupah seseorang untuk bercakap tanpa henti walaupun perbuatan tersebut boleh melariskan barangan atau memberikan keuntungan. Begitu juga dengan penyewaan dirham atau dinar untuk tujuan hiasan.
Semua khidmat yang dinyatakan ini tidak diperlukan menurut uruf (amalan setempat yang diguna pakai). Selain itu, semua khidmat ini tidak menjadi kebiasaan masyarakat untuk diperolehi melalui kontrak sewaan.
ii. Pemilik perkhidmatan mestilah mampu menyerahkan perkhidmatannya supaya penyewa boleh menggunakannya.
Jika pemilik tidak mampu menyerahkan khidmat tersebut secara fizikal atau syarak, penyewaan tidak sah. Oleh itu,
a. Tidak sah menyewakan barangan yang telah dirampas kepada orang yang tidak memegang barangan tersebut. Sedangkan dia tidak mampu mengambil semula barangan tersebut daripada orang yang memegangnya pada ketika kontrak.
b. Tidak sah menyewakan kereta yang hilang.
c. Tidak sah menyewakan tanah untuk tzujuan pertanian tetapi tiada sumber air yang tetap, sementara hujan atau seumpamanya seperti salji dan embun tidak dapat memenuhi keperluan pengairannya.
Alasannya ialah semua barangan ini tidak boleh diserahkan dari segi fizikal.
Contoh penyewaan yang tidak dibenarkan kerana khidmatnya tidak boleh diserahkan dari segi syarak ialah:
a. Mengupah Wanita dalam haid atau nifas untuk berkhidmat di dalam masjid. Ini kerana perkhidmatan ini memerlukan Wanita ini berada dan berlegar di dalam masjid, sedangkan perbuatan tersebut tidak dipenarkan walaupun dia boleh menjamin kebersihannya. Sebabnya, syarak hanya membenarkan wanita ini melintas sahaja dan tidak dibenarkan sama sekali berada atau berlegar di dalamnya. Dengan ini bermakna khidmat wanita ini tidak boleh diserahkan dari segi syarak.
Jika wanita yang diupah untuk kerja tersebut ialah wanita yang tidak dalam haid, tetapi kemudian didatangi haid atau nifas pada masa bekerja, kontrak tersebut terbatal. Jika dia tetap masuk ke masjid dalam keadaan tersebut dan melakukan kerja-kerja tadi, dia berdosa dan tidak berhak mendapat upah. Termasuk dalam ertikata berkhidmat di dalam masjid ialah mengajar al-Quran.
b. Tidak sah mengupah wanita yang berkahwin untuk tugas menyusu atau sesuatu khidmat tanpa kebenaran suaminya. Ini kerana segala masanya dikhususkan untukxmenunaikan tanggunawab terhadap suami. Dengan itu syarak tidak membenarkannya menggunakan masanya untuk selain tugasnya melainkan dengan kebenaran suami. Ini bermakna, menurut syarak dia tidak mampu menyerahkan khidmat yang diperlukan.
c. Tidak sah mengupah seorang wanita melakukan sesuatu kerja yang memérlukan dia bermusafir tanpa ditemani oleh suami atau mahramnya, atau kerja yang memerlukan dia bersendirian dengan lelaki bukan mahram. Ini kerana pengharamannya sabit melalui larangan secara jelas dan sahih. Ini bermakna menurut syarak wanita ini tidak mampu memberikan khidmat tersebut.
iii. Khidmat diperolehi oleh pengupah bukan oleh orang yang diupah.
Tidak sah mengupah seseorang melakukan ibadat yang memerlukan kepada niat dan tidak boleh diwakilkan kepada orang lajn seperti sembahyang dan puasa. Ini kerana dalam keadaan ini, khidmat (manfaat) di sini iaitu pahala menjadi hak orang yang diupah bukan hak orang yang mengupah. Sebabnya, tujuan ibadat ialah menguji ketaatan dan ketundukan jiwa manusia. Ini tidak dapat dilakukan oleh orang lain selain pelakunya sendiri.
Namun demikian mengupah seseorang melakukan ibadat yang boleh diwakilkan adalah sah walaupun ibadat tersebut memerlukan niat. Dengan ini, mengupah seseorang melakukan haji bagi pihak orang yang tidak berupaya atau telah meninggal dunia adalah sah. Begitu juga dengan puasa bagi pihak orang yang telah meninggal dunia. Termasuklah ibadat korban, sembelihan haji dan mengagihkan zakat. Ini kerana semua ibadat ini dibenarkan oleh syarak untuk dilakukan oleh wakil bagi pihak yang dipertanggungjawabkan.
Bagi ibadat yang tidak memerlukan kepada niat seperti ibadat fardhu kifayah:
a. Jika ibadat tersebut pada asalnya bersifat menyeluruh (setiap orang Islam diwajibkan melakukannya, tetapi apabila dilakukan oleh sebahagian umat Islam, kewajipan ini digugurkan kepada baki umat Islam), contohnya jihad, ibadat ini tidak sah diupah. Ini kerana bagi orang Islam yang mengambil upah berjihad, apabila dia berada di medan pertempuran dia diwajibkan berperang secara fardhu ain. Oleh itu jihad tersebut dilakukan
untuk dirinya bukan untuk orang yang mengupahnya. Ini bermakna khidmat (manfaat) tersebut diperolehi oleh orang yang diupah bukan oleh orang yang mengupah. Kerana itu pengupahan seperti ini tidak sah.
b. Jika pada dasarnya ibadat tersebut tidak menyeluruh, pengupahan adalah sah. Contohnya untuk mengendalikan urusan jenazah seperti mandi, kafan dan mengkebumi. Ibadat ini pada dasarnya berkaitan dengan pusakanya. Jika pusakanya tiada, orang yang menanggung nafliahnya wajib
menguruskannya. Jika tidak, orang-orang Islam yang kaya wajib menguruskan j enazahnya.
Demikian juga dengan mengajar seluruh atau sebahagian al-Quran. Ini kerana pada dasarnya pembelajaran wajib ditanggung oleh pelajar atau oleh orang yang menanggung perbelanjaannya. Menurut riwayat yang sahih Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesungguhnya perkara yang paling berhak kamu ambil upah kerananya ialah kitab Allah (al-Quran).’
Mengajar ilmu sains, ilmu kehakiman dan ilmu-ilmu lain yang dikategorikan sebagai fardhu kifayah yang pada dasarnya tidak diwajibkan kepada semua mukallaf, hukumnya sama seperti mengajar al-Quran. Apabila seseorang diupah melakukan ibadat fardhu kifayah ini dan dia melakukannya, ibadat tersebut bukan bagi pihak dirinya. Ini kerana itu bukan tujuan perbuatannya itu. Oleh itu khidmat (manfaat) tersebut tidak diperolehi olehnya.
Demikian juga dengan amalan-amalan yang tidak diwajibkan seperti azan. Amalan seperti ini boleh diupahkan. ‘
iv. Khidmat (manfaat) disewa bukan bertujuan mendapatkan barangan.
Dengan ini tidak sah menyewa kebun untuk mendapatkan buah-buahannya. Tidak sah menyewa kambing untuk mendapatkan bulu, susu atau hasilnya. Ini kerana, pada dasarnya, kontrak séwa ialah pemilikan khidmat. Oleh itu kontrak sewa tidak boleh dilakukan dengan tujuan mendapatkan barangan. Selain itu, perbuatan seperti ini sebenarnya merujuk kepada penggunaan barangan secara langsung, bukan penggunaan khidmat Barangan tersebut. Konteks sewa ialah penggunaan khidmat, bukan penggunaan barangan.
Jika kontrak sewa membabitkan penggunaan barangan secara sampingan dan bukan menjadi tujuan kontrak, ia dibenarkan. Contohnya apabila seseorang mengupah seorang wanita sebagai pengasuh dan penyusu atau sebagai penyusu sahaja, kontrak ini dengan sendirinya membabitkan penggunaan susu penyusu yang merupakan suatu barangan. Perbuatan ini sah kerana darurat atau hajat yang perlu.
Firman Allah:
Jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upah-upah mereka. (Ath-Tholaq 6)
Demikian juga apabila seseorang menyewa sebuah rumah kediaman yang mengandungi kebun dan pokok yang berbuah. Ia dibenarkan kerana memakan buah tersebut adalah perkara sampingan dalam penggunaan khidmat.
v. Khidmat mestilah dimaklumi oleh kedua-dua pihak dari segi barangan, sifat dan kadarnya.
Dengan ini, syarat sah sesuatu kontrak sewa ialah: –
a. Maklumat mengenai barangan perkhidmatan. Maklumat membabitkan pengetahuan mengenai kedudukan barangan tersebut. Oleh itu tidak sah penyewaan salah satu daripada dua buah rumah tanpa ditentukan yang mana satu. Ini kerana barangan yang disewa tidak diketahui disebabkan
kedudukannya tidak diketahui. Begitu juga jika pemilik berkata: “Saya sewakan kepada anda sebuah rumah.”, tanpa dinyatakan sifat atau dirujuk kepada rumah tertentu. Ini kerana perkhidmatan adalah perkara pokok dalam kontrak sewa.
Oleh itu ia perlu dinyatakan dengan jelas bagi mengesahkan kontrak tersebut. Oleh kerana perkhidmatan adalah sesuatu yang bukan berbentuk benda yang boleh dijelmakan atau ditentukan, maklumat mengenainya boleh digantikan dengan maklumat mengenai kedudukan barangan tersebut. Dengan ini, maklumat mengenai kedudukan barangan mengambil alih maklumat mengenai khidmat tersebut.
b. Maklumat mengenai jenis dan sifat perkhidmatan (manfaat). Perkara ini perlu bagi barangan yang mempunyai kegunaan berbeza mengikut pengguna dan penggunaannya tidak boleh ditolak ansur.
Oleh itu tidak sah penyewaan tanah untuk pertanian tanpa dinyatakan dengan jelas tanaman yang bakal ditanam. Ini kerana kesan kepada tanah berbeza mengikut penggunaan. Namun, jika penyewa menyatakan dia menyewa tanah tersebut untuk menanam apa sahaja yang dikehendakinya, kontrak tersebut sah kerana kenyataan tadi merangkumi penggunaan yang paling maksimum. Jika tanah tersebut hanya digunakan secara minimum sudah tentu dibenarkan.
Jika penggunaan yang dimaksudkan tidak jauh berbeza dan tidak akan’ membawa pertelingkahan, kontrak sewa tersebut sah walaupun cara penggunaan tidak dinyatakan dengan jelas. Contohnya, penyewaan rumah kediaman. Penyewa tidak perlu menyatakan siapa ahli keluarganya yang akan tinggal bersama. Penyewa juga tidak perlu menjelaskan barangan dan perabot yang diletakkan di dalam rumah tersebut. Ini kerana kes ini biasanya boleh ditolak ansur.
Tidak dibenarkan menggunakan barangan yang disewa selain daripada penggunaan biasa, Contohnya apabila sebuah rumah kediaman digunakan untuk tujuan industri atau perniagaan.
Oleh itu, bagi rumah yang boleh digunakan untuk tujuan kediaman dan lain-lain, rumah ini boleh disewa dengan syarat perlu dinyatakan sama ada ia akan digunakan untuk tujuan kediaman atau perniagaan atau perindustrian. Selain itu, perlu dinyatakan juga jenis perniagaan atau perindustrian tersebut.
Begitu juga dalam kontrak kerja, perlu dinyatakan dengan jelas kerja yang perlu dilakukan oleh orang yang diupah.
c. Maklumat mengenai,kadar khidmat. Kadar perkhidmatan berbeza mengikut jenis perkhidmatan. Ada yang dinilai berdasarkan masa penggunaan. Ada yang dinilai berdasarkan kerja yang dilakukan. Ada yang dinilai berdasarkan kedua-dua perkara tadi.
i. Khidmat yang dinilai berdasarkan masa penggunaan.
Ia membabitkan semua perkhidmatan yang hanya boleh dinilai berdasarkan masa penggunaan sama ada sedikit atau banyak, lama atau sekejap. Contohnya penyewaan rumah kediaman. Penggunaan rumah mungkin memakan masa yang lama dan mungkin sekejap. Begitu juga dengan upah penyusuan misalnya, susu yang diminum oleh bayi mungkin banyak dan mungkin sedikit. Begitu juga dengan upah menampal simen dinding, penampalan ini mungkin nipis dan mungkin tebal.
Dengan ini, semua perkhidmatan ini hanya dapat dinilai mengikut masa yang digunakan kerana kaedah penilaian lain tidak dapat memberikan ukuran yang tepat. Atas dasar ini Al-Quran menyebut kata-kata Nabi Syuaib a.s.:
Dengan syarat bahawa engkau bekerja denganku selama delapan tahun. (Al-Qasas: 27)
Nabi Syuaib menilai khidmat Nabi Musa a.s. berdasarkan masa. Upah ini sebenarnya untuk mengembala dan yang berlaitan dengannya. Pengembalaan hanyalah salah satu perkhidmatan yang diberikan.
Perkhidmatan yang boleh disewa mengikut masa
Apabila sesuatu perkhidmatan dinilai berdasarkan tempoh perkhidmatan perlu dinyatakan. Perkhidmatan tersebut mestilah masih wujud dalam tempoh tersebut. Ini supaya boleh memanfaatkan perkhidmatan yang disewa.
Asas dalam menentukan jangka hayat sesuatu barangan bergantung kepada uruf dan pengetahuan pakar. Jangka hayat ini berbeza mengikut jenis barangan. ,
Tanah contohnya, boléh disewa selama 100 tahun atau lebih. Rumah boleh disewa selama 30 tahun. Kenderaan boleh disewa selama 10 tahun. ‘
Jadi, tempoh sewaan bergantung kepada jangka hayat dan menurut penilaian pakar bahawa barangan tersebut masih elok dalam tempoh tersebut.
Pengecualian .
Mengenai tempoh penyewaan (dalam kes upah), terdapat beberapa perkara yang dikecualikan. Iaitu masa yang diambil untuk sembahyang wajib yang ditunaikan dalam tempoh sewaan dan juga masa makan yang biasa diambil oleh pengupah dan orang yang diupah.
Begitu juga jika tempoh upah memakan masa yang lama. Dalam keadaan ini, hari-hari perayaan yang ditetapkan oleh syarak dan hari-hari cuti yang ditetapkan oleh amalan masyarakat dikecualikan daripada masa tersebut. Dalam tempoh ini, orang yang diupah masih berhak menérima upah walaupun tidak dinyatakan dalam kontrak. Orang yang mengupah tidak boleh mengurangkan upah yang dipersetujui sama ada untuk sehari, sebulan atau setahun.
ii. Perkhidmatan yang dinilai berdasarkan kerja.
Perkhidmatan ini ialah perkhidmatan yang mungkin memakan masa yang lama atau sebentar dan tidak dapat dipastikan tempoh yang digunakan. ‘
Contohnya, upah menjahit baju, mengecat dinding, memasak makanan atau sebagainya.
Perkhidmatan seperti ini akan dinilai berdasarkan kerja yang dibuat, bukan berdasarkan masa. Kerana masa yang digunakan tidak pasti lama atau sebentar. Sedangkan kerja tersebut boleh dipastikan dan dihadkan.
iii. Perkhidmatan yang boleh dinilai dengan masa atau kerja.
Contohnya, mengupah seseorang menjahit atau menyewa kereta. Perkhidmatan ini boleh dinilai berdasarkan masa.
Contohnya, mengupah tukang jahit selama sehari. Perkhidmatan ini juga boleh dinilai berdasarkan kerja. Contohnya, mengupah tukang
jahit menjahit sehelai baju.
Dengan ini, sah apabila seseorang menyewa sebuah teksi untuk menghantarnya dari Damsyik ke Mekah. Perkhidmatan ini akan dinilai berdasarkan kerja, tanpa mengambil kira masa yang diambil. Di samping itu; sah juga teksi tersebut disewa selama sehari atau dua hari dan pérkhidmatan tersebut akan dinilai mengikut masa tanpa mengambil kira jarak yang diambil malah tanpa mengira teksi tersebut digunakan atau tidak.
Namun demikian sesuatu perkhidmatan tidak boleh dinilai, mengikut masa dan kerja secara serentak. Contohnya, mengupah seseorang menjahit sehelai baju dalam masa sehari, mengupah seseorang membina sebuah rumah daIam masa dua hari, atau mengupah seseorang menghantarnya dari Damsyik ke Mekah dalam masa tiga hari. Ini kerana, kerja tersebut mungkin dapat disiapkan dalam tempoh yang kurang daripada tempoh yang ditetapkan ataupun mungkin memakan masa yang lebih lama. Dengan ini wujud risiko (al-gharar) (2) dan ini menyebabkan kontrak tersebut tidak sah.
4. Rukun Keempat: Bayaran Sewa atau Upah
Bayaran sewa atau upah perlu mengikut syarat yang sama sebagaimana syarat pembayaran dalam kontrak jual beli. Ini kerana bayaran ini sebenarnya ialah bayaran kepada perkhidmatan yang ingin dimiliki melalui kontrak sewa. Syarat yang ditetapkan ialah:
i. Bayaran sewa mestilah bayaran yang suci.
Kontrak sewa tidak sah jika bayaran sewa atau upah berupa anjing atau khinzir atau kulit yang belum disamak atau arak kerana semua barangan ini najis.
Menurut Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim:
Rasulullah s.a.w. melarang bayaran berupa anjing. V
Menurut riwayat al-Bukhari dan Muslim, Nabi s.a.w. bersabda:
Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya telah mengharamkan jual beli arak, bangkai, babi dan berhala.
Begitu juga dengan barangan yang terkena najis dan tidak boleh dibersihkan seperti cuka, susu, minyak, cecair, minyak masak dan minyak sapi. Ini kerana Nabi s.a.w. pernah memerintahkan agar minyak yang cair dibuang jika terkena najis. Ibnu Hibban meriwayatkan hadis daripada Abu Hurairah r.a.:
Rasulullah s.a.w. pernah ditanya tentang tikus yang terjatuh ‘ke dalam minyak lalu mati? Baginda menjawab: Jika ia beku, buang sekelilingnya dan makanlah. Jika ia cair, jangan dekatinya.
Dalam riwayat lain disebut:
Hendaklah kamu buang?
Oleh kerana barangan ini tidak sah dijual beli kerana najis, ia juga tidak sah dijadikan sebagai bayaran upah atau sewa.
Hukum ini diqiaskan kepada semua barangan yang terkena najis tetapi tidak disenaraikan di sini.
ii. Bayaran sewa boleh dimanfaatkan.
Tidak sah memberikan bayaran sewa atau upah berbentuk sesuatu yang tidak boleh dimanfaatkan kerana tidak bernilai seperti serangga atau dua biji gandum, atapun kerana bahayanya seperti haiwan buas, atau pun kerana diharamkan oleh syarak seperti alat yang melalaikan, berhala dan ukiran. Ini kerana barangan ini dan yang seumpama dengannya tidak bermanfaat dan tidak boleh dinilai sebagai harta. Oleh itu, ia tidak sah digunakan sebagai tukaran untuk menerima sesuatu yang lain. Perkhidmatan yang menjadi isi kontrak sewa adalah suatu harta yang bernilai. Oleh itu, ia tidak
boleh dibayar dengan sesuatu yang tidak diiktiraf sebagai harta.
iii. Mampu diserah
Tidak sah bayaran sewa atau upah berupa burung yang masih diyudara atau ikan yang masih dalam sungai. Tidak sah juga jika ia berupa barangan rampasan kecuali jika diberikan kepada orang yang memegang barangan tersebut atau orang yang mampu mengambilnya semula.
iv. Pihak yang berkontrak mempunyai kuasa (wilayah) untuk menyerahkannya.
Maksud kuasa (wilayah) di sini sama ada sebagai pemilik atau sebagai wakil. Jika bayaran sewa atau upah tersebut di luar kuasa pihak yang mengikat kontrak, kontrak tersebut tidak sah. ‘
v. Bayaran sewa atau upah diketahufoleh kedua-dua pihak.
Tidak sah sewa rumah jika dibayar dengan keperluan baik pulih rumah tersebut. Tidak sah sewa kereta jika dibayar dengan minyaknya. Tidak sah menyewa seekor haiwan jika dibayar dengan memberi makannya. Sebabnya kadar bayaran sewa tidak dapat dipastikan.
Termasuk dalam ertikata kadar bayaran sewa atau upah yang tidak pasti ialah apabila sebahagian daripada upah diperolehi daripada hasil kerja orang yang diupah. Contohnya, upah menyembelih kambing dan melapahnya dibayar dengan kulit atau sebahagian anggota kambing tersebut. Ini kerana ketebalan kulit dan kadar anggota kambing tersebut tidak diketahui.
Begitu juga jika seseorang diupah mengisar gandum dengan kuantiti tertentu dan upahnya dibayar dengan memberikan sebahagian daripada tepung gandum yang dihasilkan, contohnya 1/4 atau 1/5. Sebabnya, jumlah tepung gandum tadi tidak diketahui. Selain itu, orang yang diupah mendapat manfaat daripada hasil kerjanya, dengan itu dari satu segi dia bekerja untuk dirinya sendiri. Oleh itu dia tidak berhak dibayar upah daripada hasil kerjanya itu.
Ad-Daraquthni meriwayatkan [dalam bab jual beli, hadis 195]:
Nabi s.a.w. melarang qafiz pengisar.
Hadis ini ditafsirkan sebagai menetapkan upah kerja mengisar sebanyak satu qafiz tepung gandum daripada gandum yang dikisar.
Qafiz ialah sejenis sukatan yang digunakan pada zaman dahulu.
Jika upah yang dibayar berupa sejumlah gandum, sementara bakinya dikisar, kontrak ini sah kerana punca larangan yang disebutkan di atas iaitu ketidak pastian dan bekerja untuk diri sendiri tidak wujud di sini.
Larangan ini lebih ditekankan lagi bagi kes berikut:
i. Memberikan sebahagian daripada hasil tanaman kepada seseorang yang menuainya sama ada menggunakan alat atau tidak. Contohnya, 10% atau sebagainya sebagai upah kerana kerja menuai yang dilakukan.
ii. Memberikan sebahagian darjpada Wang yang dikutip kepada pengutip Wang sama ada untuk persatuan atau sebagainya. Contohnya 2% atau sebagainya.
iii. Memberikan kadar tertentu yang diperolehi daripada harga jualan rumah kepada broker rumah atau sebagainya. Contohnya, 2% atau 3%.
Ketiga-ketiga kontrak sewa ini tidak sah kerana upah yang ditetapkan tidak pasti. Perlu diingatkan pendapatan melalui cara ini adalah cara yang tidak baik dan bercanggah dengan syarak. Orang yang memberi dan menerima akan dihukum. Oleh itu mereka yang melanggar syariat Allah perlu berwaspada terutama para pengutip Wang untuk persatuan; kebanyakan harta yang dikutip adalah hak fakir miskin. Mereka makan sebahagian hasil kutipan ini secara tidak sah walaupun mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan. Hendaklah mereka ini takutkan kemurkaan dan azab
Allah.
1 [Riwayat al-Bukhari, Perubatan, Bab syarat jampi dengan bahagian kambing daripada lbnu Abbas r.a, no. 5405]
2 Sebagai maklumat tambahan, jual beli berisiko (al-gharar) ialah jual beli yang harga, atau barangan, atau tempoh, atau kemampuan untuk menyerahkan barang atau harga tidak diketahui. (pent. Lihat Mujam Lughah al-Fuqaha’)
1 [Al-Bukhari, Jual beli, Bab jual beli bangkai dan berhala dan Bab bayaran berupa anjing, no. 2121, 2122. Muslim, Musaqah, Bab pengharaman bayaran berupa anjing, upah tukang tilik dan upah pelacur, Bab haram jual beli arak, bangkai, khinzir dan bemala, no. 1567 dan 1581]
2 [Sila lihat, Mawarid al-Zam‘an Ila Zawa‘id lbnu Hibban, Makanan, Bab tikus jatuh ke dalam minyak, no. 331]Perintah supaya membuang dan larangan daripada mendekatinya menunjukkan barangan ini tidak boleh dibersihkan. Dengan itu ia tidak dibenarkan untuk dijual beli.