Takrif Al-Ijarah

Takrif

Menurut penggunaan Bahasa Arab, kalimah al-ijarah ( ) merujuk kepada bayaran yang diberikan kepada orang yang melakukan sesuatu kerja sebagai ganjaran kepada apa yang dilakukannya. Ia juga disebutkan sebagai al-ajr ( ) atau al-ujrah ( ).

Al-Ajr atau  Al-Ujrah bermaksud memberi upah kerana kerja yang dilakukan. Perkataan ini hanya digunakan bagi merujuk kepada sesuatu yang rnemberikan keuntungan dan tidak digunakan untuk sesuatu yang merugikan.

Al-Ajr biasanya digunakan bagi merujuk ganjaran akhirat. Sementara al-ujrah pula merujuk kepada ganjaran dunia. Menurut istilah fuqahak, seperti yang dinyatakan oleh pengarang Mughni al-Muhtaj, al-‘ijarah ialah kontrak untuk mendapatkan khidmat (manfaat) tertentu yang boleh dibayar dan dihalalkan dengan barangan tertentu.

Maksud kontrak untuk mendapatkan khidmat (manfaat) ialah memindahkan hak milik khidmat (manfaat) tersebut. Ini dinyatakan oleh sesetengah takrif sebagai pemindahan hak milik suatu khidmat (manfaat) dan dibayar dengan suatu barangan.

Takrif di atas dengan jelas menggariskan syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh khidmat (manfaat) tadi. Ini akan dibincangkan dalam tajuk khidmat dan s‘yarat-syaratnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *