Tanggungjawab ke atas Barang Sewaan
Orang yang memegang barangan sewaan dianggap sebagai pemegang amanah. Oleh itu dia tidak perlu menanggung segala kerosakan atau kecacatan yang berlaku pada barangan tersebut. Sama ada ia berlaku ketika khidmat barangan tersebut digunakan, sebelum atau selepasnya. Alasannya ialah, barangan ini diterima sebagai hak penyewa kerana tidak mungkin khidmat barangan ini boleh digunakan oleh penyewa (sedangkan khidmat ialah
subjek kontrak sewa ini), jika dia tidak menerimanya atau memegangnya.
Sebarang kerosakan atau kecacatan pada barangan yang disewa tidak akan ditanggung oleh penyewa selagimana ia bukan berpunca daripada salah laku atau cuai ketika menggunakannya. Contohnya, apabila penyewa menyewa sebuah rumah kediaman dan dia mendiaminya. Rumah ini kemudiannya terbakar berpunca daripada alat memasak yang biasa digunakan di dalam rumah dan bukan kerana kecuaiannya. Dalam keadaan ini, penyewa tidak perlu bertanggungjawab dengan sebarang kerosakan akibat kebakaran tersebut.
Namun demikian, jika kebakaran berlaku bukan disebabkan oleh apa yang biasa berlaku di dalam rumah kediaman. Contohnya penyewa membuat pembakaran untuk perusahaan besi atau sebagainya. Dalam keadaan ini, penyewa perlu bertanggungjawab kerana dia menyalahgunakan rumah tersebut lain daripada tujuan asal penyewaan.
Demikian juga jika kebakaran berlaku disebabkan oleh kecuaian. Contohnya penyewa membiarkan api menyala ketika tidur hingga menyebabkan kebakaran. Penyewa perlu bertanggungjawab di atas segala kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran tersebut kerana dia cuai dengan membiarkan api menyala ketika tidur. Malah kecuaian yang dilakukan itu jarang dilakukan oleh orang ramai dan bercanggah dengan perintah syarak. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Janganlah kamu biarkan api menyala di rumah kamu ketika kamu sedang tidur.
Suatu ketika Baginda diberitahu tentang kebakaran yang berlaku di rumah sebuah keluarga di Madinah pada Waktu malam.
Lalu Baginda bersabda:
Sesungguhnya api ini adalah satu musuh bagi kamu. Oleh itu, apabila kamu hendak tidur, maka padamkanlah ia (bagi mengelakkan bahayanya) daripada kamu.‘ 1
Termasuklah jika kebakaran tersebut berpunca kerana membiarkan punca kebakaran berada di tangan kanak-kanak atau yang seumpama dengan mereka.
Begitulah juga dengan semua kerosakan pada barangan sewaan yang berpunca akibat salah guna. Contohnya, penyewa menyewa sebuah kereta penumpang dan dia memandu laj u di jalan yang sibuk atau jalan yang tidak elok hinggakan berlaku kerosakan.
Begitu juga jika penyewa cuai menjaga barangan sewaan. Contohnya, penyewa meletakkan barangan tersebut di tempat yang tidak sesuai seperti meletakkan kereta di tengah jalan atau di tempat yang tidak selamat tanpa pengawalan. Dalam keadaan ini, penyewa perlu bertanggungjawab dengan semua perkara yang berlaku ke atas barangan sewaan. Namun jika penyewa meletakkan barangan sewaan tersebut di kawasan yang selamat seperti yang biasa dilakukan oleh orang ramai, kemudian berlaku sésuatu ke atas barangan tersebut, penyewa tidak perlu bertanggungj awab ke
atas sebarang kerosakan. ‘ –
Begitu juga penyewa perlu bertanggungjawab jika dia menggunakan barangan sewaan di luar tempoh sewaan, atau dia tidak menggunakannya tetapi tidak menyerahkan semula kepada pemiliknya. Namun jika penyewa tidak menggunakan dan berlaku sesuatu sebelum sempat dia memulangkannya atau sebelum sempat dia melepaskan hak antaranya dengan pemiljknya, dia tidak perlu bertanggunawab. Hukum ini disamakan dengan hukum kerosakan sebelum tempoh sewa tamat kerana ketika itu dia tidak dipertanggunawabkan (istishab al-asl).
1 [Al-Bukhari, Minta lzin, Babjangan membiarkan api di rumah ketika‘tidur, no. 5935, 5936. Muslim, Minuman, Bab perintah menutup periuk dan tabung air.., mematikan api pelita dan api ketika ingin tidur…., no. 2015, 2016]