Syarat Sewa Barangan

Syarat Sewa Barangan

1. Barangan yang disewa mestilah ditetapkan.

Tidak sah menyewa salah satu daripada dua buah kereta, seperti yang dibincangkan sebelum ini.

2. Barangan yang disewa mestilah wujud dan dipamerkan di hadapan kedua-dua pihak ketika memeterai kontrak sewa.

Jika pemilik berkata: Saya sewakan rumah saya atau kereta saya atau baju saya, sedangkan mereka tidak berada di rumah tersebut, atau pun kereta atau baju tersebut tidak dipamerkan dalam majlis kontrak tersebut, kontrak tersebut tidak sah. Kecuali jika kedua-dua pihak telah melihat barangan yang akan disewa sebelum majlis kontrak dan barangan tersebut biasanya tidak mengalami apa-apa perubahan dalam tempoh tersebut, kontrak ini sah.

3. Penggunaan khidmat (manfaat) barangan tersebut tidak ditangguh selepas kontrak dimeterai.

Contohnya, pemilik menyewakan rumahnya untuk disewa pada tahun hadapan, atau dia menyewakan (menawarkan) dirinya bahawa dia akan memulakan kerjanya bulan hadapan, atau dia menyewakan keretanya esok, atau dia menyewakan rumahnya selama setahun atau sebulan bermula dari awal bulan hadapan dan begitulah seterusnya. Kecuali jika sewa masa hadapan tersebut membabitkan orang yang sama yang sedang menyewa barangan tersebut pada ketika kontrak tersebut dibuat. Dan kontrak tersebut akan berakhir pada tarikh permulaan kontrak baru. Kontrak ini sah kerana kedua-dua tempoh tersebut bersambung untuk penyewa yang sama. Seolah-olah penyewa menyewa barangan tersebut untuk dua tempoh dalam satu kontrak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *