Mara Bahaya

GANGGUAN RINTANGAN IBADAH IBADAH KEDUA: MARA BAHAYA

Ada 2 bahaya yang mengharuskan kita menyerahkan segala sesuatu kepada Allah.

a. bahaya yang timbul dari sikap ragu-ragu ketika menginginkan sesuatu. Sehingga dalam pelaksanaannya perlu mengucapkan Insya Allah. Meskipun yang demikian tidak termasuk tafwid, melainkan menyangkut niat dan amalan = Ketenangan hati

b. bahaya merusak, iaitu suatu perbuatan yang tidak diyakini adanya maslahat. Jadi perbuatan tersebut mesti ditinggalkan, kerana kemungkinan perbuatan yang dilakukan mengandungi dosa = Menghasilkan kabaikan dan kebajikan di masa akan datang.

KEEMPAT: HAWA NAFSU

  • HAWA NAFSU MUSUH PALING MERBAHAYA.
    • RAWATANNYA PALING PAYAH SEMBUH
  • WAJIB BERWASPADA DARIPADANYA KERANA:
    1. MUSUH DARI DALAM
    2. MUSUH YANG DICINTAI
  • MANUSIA BUTA DARI KEAIBAN KEKASIHNYA.
  • “MANUSIA YANG MENGANGGAP BAIK SEMUA KEBURUKAN YANG LAHIR DARIPADA HAWA NAFSUNYA SUDAH PASTI DIA HAMPIR TIDAK DAPAT MELIHAT KEAIBAN DIRINYA SENDIRI.”

TAKWA PENGAWAL UTAMA HAWA NAFSU

  • CARA MENGAWAL HAWA NAFSU :
  • HENDAKLAH MENJALANI  SATU CARA DARIPADA DUA JALAN INI:
    1. MENDIDIK HAWA NAFSU DAN PERKUATKANNYA DENGAN MEMBUAT SEGALA KEBAJIKAN DAN KETAATAN PERINTAH ALLAH SEKADAR YANG MAMPU DITANGGUNG OLEHNYA.
    2. MEMPERLEMAHKANNYA DAN MENAHAN KEMAHUAN JAHATNYA SEKADAR DIA TIDAK BOLEH MELAMPAUI HAD

KETIGA – SYAITAN

  • WAJIB MEMERANGI SYAITAN KERANA 2 PERKARA:
    1. DIA ADALAH MUSUH NYATA LAGI SYAITAN YANG MENYESATKAN .
      • SUDAH JADI TABIAT SYAITAN BUAT SELAMA-LAMANYA  DAN DENGAN PELBAGAI CARA MEMUSUHI MANUSIA TANPA HENTI DAN JEMU.
    2. PERMUSUHAN KUAT SYAITAN BAGI ORANG YANG BERTAKWA PADA ALLAH.

CARA-MEMERANGI SYAITAN

  1. MEMOHON PERLINDUNGAN DARIPADA ALLAH TAALA
  2. MENOLAK GODAAN SYAITAN- DENGAN PERJUANGAN –TIDAK TERPENGARUH DENGAN GODAANNYA.

CARA MENGALAHKAN SYAITAN

  1. MENGENALI TIPU DAYA SYAITAN DAN HELAHNYA.
  2. MEMPERINGAN-RINGANKAN AJAKAN JAHATNYA-JANGAN MENURUTINYA.
  3. MENGEKALI INGATAN PADA ALLAH DENGAN LIDAH DAN HATI.

CARA-CARA SYAITAN MEMPERDAYAKAN MANUSIA

  1. LARANGAN MEMBUAT KETAATAN
  2. PERASAAN INGIN MENANGGUHKAN KETAATAN KEMASA AKAN DATANG
  3. MELAKUKAN AMALAN DENGAN GOPOH GAPAH
  4. MEMBUAT SESUATU UNTUK RIYAK ATAU PUJIAN ORANG.
  5. PERASAAN UJUB
  6. BISIKAN HALUS DALAM HATI-UNTUK MENCAMPUR BAURKA N AMAL KERANA ALLAH DAN JUGA YANG LAIN.
  7. BISIKAN SUPAYA MENINGGALKAN USAHA JADI BAIK -BERALASANKAN BAHAWA SEGALA YANG BAIK DAN YANG BURUK ITU SUDAH DITETAPKAN ALLAH SEJAK AZALI LAGI.

KEDUA: MAKHLUK

  • Cara menolak penghalang ibadah kedua ialah beruzlah.
  • Dituntut beruzlah kerana dua sebab :
    1. Orang ramai  akan menyibukkan anda daripada menumpukan perhatian kepada ibadat kepada Allah
    2. Mereka akan merosakkan apa yang sedang terhasil daripada ibadat –apa yang mendatang daripada pihak mereka (ejekan yang mengheret anda kepada riya dan menghias diri untuk dapat pujian).

HUKUM BERUZLAH

Hukum beruzlah  adalah mengikut peringkat keadaan seseorang:

  1. Orang yang tidak dihajati akan ilmunya dan penerangan hukum agama daripadanya  maka terlebih utama baginya beruzlah.
  2. Kecuali dalam menunaikan  ibadat fardhu, menghadhiri majlis ilmu yang berkaitan sunah rasul atau berhajat kepada keperluan hidup yang penting.

Cara-Cara Bertaubat

  1. Membersihkan hati dari semua dosa dengan memperkuatkan azam tidak mengulangi dosa buat selama-lamanya.
  2. Menuntut keredhaan musuh-musuh seberapa yang mungkin agar sudi memaafkan
  3. Mengqadhakkan segala kewajipan yang terluput
  4. Menyerahkan saki baki kewajipan yang tidak mampu diqadhak kepada Allah
  5. Mandi, basuh pakaian dan berwudhuk .
  6. Sembahyang taubat 4 rakaat.
  7. Letakkan muka atas tanah ditempat sunyi yang tidak dilihat orang dan ambil tanah letakkan atas kepala.
  8. Guling-gulingkan muka ketanah sambil menangis dengan hati yang sedih.
  9. Teriakkan suara yang nyaring sambil  mengingati dosa satu persatu.
  10. Cerca diri anda yang melakukan maksiat.
  11. Berkatalah sambil menangis “ wahai diri tidakkah kamu malu pada Allah? bukankah sudah tiba masanya untuk kamu bertaubat? Adakah kamu mampu menanggung azab Allah?
  12. Kemudian angkat tangan lantas berdoa sebagaimana doa yang telah dianjurkan.
  13. Perbanyakkan menangis dan berdoa.
  14. Berselawat dan beristiqfar
  15. Kembali membuat ketaatan kepada Allah

PENGHALANG TAUBAT

  1. Kebimbangan kembali melakukan dosa.
    Bagi mengelakkannya, wajiblah berazam(kuat) dengan benar-benar(nekad) pada meninggalkan perbuatan dosa itu, serta serahkan kepada Allah Taala untuk menyempurnakan maksud yang luhur itu. Oleh itu, janganlah kebimbangan kembali melakukan dosa itu menghalang dari bertaubat kerana sesungguhnya bertaubat itu pasti meletakkan kedudukan diantara salah satu dari kebajikan
  2. Kebimbangan tidak tetap di atas pengakuan taubat 
    ( Ini adalah satu perasaan dan sangkaan yang timbul daripada tipu daya syaitan ). Maka (sekiranya bertaubat), kemungkinan akan mati sebagai seorang yang bertaubat sebelum sempat kembali melakakan dosa.